Perjalanan Pun Bermula : Kuala Lumpur ke Doha
9:23 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Turutkan rasa, memang tak bermulalah entri kembara ke Morocco, Sepanyol & Portugal. Ikutkan hati, entah sampai bila segala pengalaman berkelana hendak dikongsi. Apabila hati berkata nanti - nantilah, sudah pasti banyak peristiwa yang semakin hilang dari memori. Maka, gagahkanlah diri mengetik keyboard walaupun hanya beberapa perkataan sahaja. Lama-lama tentu terus bersemangat untuk menulis entri seterusnya.
Ketika berada di pesawat MAS MH0160 Kuala Lumpur - Doha, sempat melihat waktu tempatan dan waktu di Doha. Selesai solat jamak maghrib dan isya, kami cepat-cepat menuju ke pintu pelepasan kerana tepat pukul 8:00 malam kami dikehendaki memasuki perut pesawat. Sebelum pesawat berlepas, sempat melihat di skrin, pukul 8:50 malam di negara kita dan pada masa yang sama pukul 15:50 waktu di Doha. Bermakna waktu di tempat kita 5 jam lebih cepat berbanding waktu di Doha. Dalam tiket tercatat :
01FEB25 - KUL-DOH 21:00 PM - 23:40 PM
Nampak seperti terbang dalam tempoh 2 jam 40 minit sahaja kan? Sebenarnya kami terbang selama 6 jam 55 minit. Jarak Kuala Lumpur - Doha sejauh 6072 KM.
Pesawat MH0160 meninggalkan KLIA 1 pada pukul 9:00 malam.
Sepatutnya kami menaiki Qatar Airways QR4990 tetapi pada hari keberangkatan baru kami sedari penerbangan sudah ditukar dengan menaiki pesawat MAS MH0160.
Kuala Lumpur - Doha - 6072 KM (6 jam 55 minit). |
Dalam paparan skrin di tempat duduk , dapat dilihat tiga jenis menu pilihan untuk para penumpang:
- Chicken Kofta with Rice
- Beef Ragout with Polenta
- Fish and Mashed Potato
Sebelum makanan berat dihidangkan, para penumpang disajikan dengan pelbagai jenis minuman ringan dan juga kacang masin.
Pukul 10:52 malam sampailah hidangan di tempat duduk kami.
Chicken Kofta with Rice |
Sempat menjeling hidangan yang disajikan di meja Kamsiah : Chicken Kofta with Rice. Kita pula memilih Beef Ragout with Polenta.
Beef ragout with Polenta |
Oleh kerana badan sudah terlalu letih dan mata pula sangat mengantuk, tidaklah dapat memberi tumpuan terhadap makanan yang dihidangkan.
Dessert |
Yang ini kita makan habis. Entah apa namanya. Sedap jew kunyah kacang kuda yang lembut dicampur dengan kacang merah, timun, lobak merah dan tomato. Ada hirisan ayam dan daun salad.
Selepas menjamah makanan, sambung tidur. Melihat kiri kanan, depan belakang semua tarik selimut, kita pun tidurlah sama.... ahaks!
Dua jam sebelum pesawat mendarat di Doha Airport, kami dihidangkan dengan makanan ringan. Ada dua pilihan iaitu Chicken Puff dan Potato Puff. Amie pilih Chicken Puff tetapi tidak terus makan sebaliknya simpan sahaja dalam beg. Amie hanya ambil minuman ringan sahaja.
MH0610 mendarat di Hamad International Airport (Doha) pada pukul 23:35 waktu Doha. Oh! Sungguh sesak keadaan di dalam terminal dipenuhi dengan penumpang yang entah dari mana-mana. Ada sebahagiannya yang duduk atas lantai kerana tidak cukup kerusi!
Google: Hamad International Airport (Doha) |
Kami tidak mempunyai masa untuk berlengah-lengah di bangunan Hamad International Airport kerana masa sangat terhad. Sekarang tarikh sudah bertukar dari 01 Februari kepada 02 Februari 2025. Kami dijadualkan menaiki pesawat ke Casablanca, Morocco pada pukul 01:10 AM dan tiba di sana pada pukul 7:30 AM waktu Morocco.
Selepas melalui pemeriksaan imigresen kami terus menaiki bas, dihantar hingga di depan tangga pesawat Royal Air Maroc.
Bersambunglah penerbangan kami selama 8 jam 12 minit dari Doha ke Casablanca. Walaupun pada awalnya kami akan menaiki Qatar Airways tetapi bertukar ke Royal Air Maroc. Tak apalah. Kira rezeki juga sebab Amie pun sudah beberapa kali menaiki Qatar Airways. Dapat naik Royal Air Maroc pun rasa sangat teruja kerana inilah kali pertama terbang bersama!
Jadi, selama 8 jam 12 minit dalam penerbangan (tidak termasuk waktu masuk dan menunggu pesawat selesai mendarat), buat apalah? Tidur saja ke.... ahaks!
Kiranya penerbangan dari Kuala Lumpur ke Casablanca mengambil masa selama lebih 15 jam. Tambah masa penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur selama 2 jam 45 minit. Hurmmm... dekat 18 juga duduk dalam pesawat.
11 comments
Fuh! Baca pun ikut rasa penat. 3 penerbangan berterusan.
BalasPadamLamaaaa yaaa 🤣😂. Kadang saya malaaaas sangaaat kalo penerbangan lama. Tp tak mungkin diskip. Sebab saya msh cinta sangaaat traveling. Mau tak mau dinikmati lah setiap kali terbang lama 😄.
BalasPadamTHN lalu saya diajak ke marocco sebenernya, pergi dengan teman2. Tp tak bisa sebab baru balik dari Azerbaijan dan Belarus juga Georgia.
Saya nih memang tipe yg tak bisa pergi mendadak. Semuanya harus di plan jauh2 hari 😄
Lamanya duk dalam flight penat rasa perjalanan.
BalasPadamPernah ke Maroko thn 2019..lamanyaaa di pesawat dari jakarta ke sana, blum lagi transit 3 jam, tapi semua lelah tergantikan dengan keindahan maroko.
BalasPadamJauhnyer terbang
BalasPadamLamanya 18 jam, jenuh tidur bangun tidur bangun 🤭
BalasPadamaduhhh... kematu!
BalasPadamLamanya Kak Amie..bagai terasa kepenatan Kak Amie...tapi demi sebuah pengalaman melihat tempat orang memang kena kuat semangat kan
BalasPadamsedap pula sy tgk dessert kaler hijau tu
BalasPadammcm kuih seri muka versi moden...
18 jam tu dah mcm nak terbang ke london tu kak...
eee seramnya kalau waktu transit sekejap ni...
rasa nak buang air pun tak sempat
Menggiurkan semua makanan dalam flight. 18 jam memang keras kejung badan nanti ye. Tapi takpe sebab destinasi dituju menarik banget
BalasPadamwaahh lamanya kak amie di atas awan...
BalasPadam