Bermalam di Hotel Relax Marrakech
10:08 PGBismillahirrahmanirrahim.
Majorel Voyage membawa kami menghala ke Marjane Square, Rte de Casablanca, Marrakech untuk daftar masuk Hotel Relax Marrakech. Lebih kurang pukul 10 malam, selesailah urusan pembahagian kunci bilik.
Lobi Hotel Relax Marrakech |
Dua buah pintu lift Hotel Relax Marrakech. |
Oleh kerana Amie dan Kamsiah antara orang yang terakhir untuk masuk ke bilik kerana urusan simkad bersama tour leader, jadi tercari-cari pintu lift. Rupa-rupanya pintu lift ditutup dengan gambar kasut seperti dalam gambar di atas!
Zam-zam ala kazam... bawalah aku naik ke tingkat atas! |
Jom cari bilik 107.
Alhamdulillah. Sampai juga akhirnya ke tempat kami untuk istirahat malam ini. Sebenarnya kelopak mata pun sudah tidak dapat ditahan lagi untuk celik! Tapi, apakan daya. Itulah rutin apabila mengembara. Penat dan letih memang sudah termasuk dalam kamus kelana.
Sempatlah juga rakam suasana bilik kami.
Tak boleh terus rebahkan diri. Sudah berapa hari menahan diri dari rasa sedikit rimas dan sudah sampai masanya untuk bersihkan diri. Mandi dan seterusnya solat jamak. Barulah rasa lega dan bersedia untuk merehatkan diri.
Beginilah keadaan di dalam bilik. Tiada bekalan air mineral, cerek atau pun cawan serta paket minuman. Oleh kerana sudah terlalu letih, jadi tidaklah kami memikirkan sangat segala perkara tersebut.
Bilik air, seadanya tetapi berfungsi sepenuhnya. Yang penting ada air panas untuk mandi.
Seperti biasa, beginilah tandasnya. Bidet pun tidak ada.
Pandai-pandailah cari akal hendak bersihkan diri selepas qadha' hajat.
Tiga jam sebelum masuk waktu subuh kami sudah terjaga. Berkemas-kemas dan menyiapkan diri supaya tidak terlambat apabila berkumpul di lobi. Tiba-tiba perut rasa keroncong pula. Alhamdulillah, raba-raba beg sandang, jumpa biskut dan kit kat (tak silap makanan ringan dari Royal Air Maroc), tapi rasa tercekiklah pula ketika menelannya! Air pula tiada.... aduhai!
Peringatan daripada tour leader:
Waktu subuh : 7.01 pagi
Sarapan : 7:30 pagi
Bas Gerak : 8:15 pagi
Selesai sarapan, dan bersedia untuk naik Majorel Voyage. |
Hotel Relax Marrakech di waktu pagi.
Memang jelas terpamer semangat patriotisme di sini. Malam tadi nampak deretan bendera di Restaurant Falais Chahramane, pagi ini terpandang bendera lagi di hadapan Hotel Relax Marrakech.
4 comments
Cantiknya pintu lif. Colorful dengan gambar menarik especially kasut tu. Bilik hotel kemas cantik, selesa untuk tidur dan rehat.
BalasPadamrajin betul dok buat design cm tu kat lif...
BalasPadamlaa x de bidet? pelik ni... negara muslim x de bidet...
Tak pernah lagi jumpa pintu lif cantik macam tu. Yang selipar tu paling kreatif. Aduh, susah jugak tu kalau tak ada bidet, akal kena panjang, hahaha.
BalasPadamcantik sangat pintu lif, orang igtkan hiasan dinding ,,tu yang tak jumpa lif..
BalasPadamtandas duduk pun linda tak suka sangat, ini pulak takde bidet...memang tak boleh berkelana luar Malaysia nie..hihihi