11 Cadangan Resepi Untuk Hari Raya Yang Wajib Dicuba!
9:07 PG
Assalamualaikum.
Jumpa lagi setelah beberapa hari menghilangkan diri dari dapur maya sebab sibuk urus itu dan ini, maklumlah esok kita akan menyambut Aidil Fitri. Kesibukan kami agak bertambah dari tahun-tahun sebelumnya kerana tahun ini kami beraya di rumah sendiri, setelah beberapa tahun beraya di rumah Bonda di Selangor.
Apa pun moga semuanya sihat sejahtera di samping keluarga tersayang.
Mudah-mudahan yang balik kampung selamat sampai ke destinasi.
Apa agaknya juadah hidangan untuk hari raya kali ini? Sudah tentu rendang, ketupat lemang tidak dapat dipisahkan! Hidangan tradisi ini patut dikekalkan kerana ia warisan budaya bangsa kita yang tidak ternilai harganya.
Namun begitu, adakalanya kita buntu juga memikirkan juadah selain ketupat dan rendang sebagai hidangan kepada para tetamu terutamanya apabila mengadakan rumah terbuka atau jamuan raya pada hari-hari berikutnya. Jadi di sini, Amie cadangkan 11 hidangan yang mungkin dapat memenuhi selera tuan rumah dan juga tetamu yang bertandang. Antara menu tersebut termasuklah:
1. Nasi Minyak & The Gang
2. Nasi Daging
3. Nasi Gajus Ayam Jintan
4. Nasi Minyak dan Kurma Daging
5. Nasi Minyak dan Rendang Daging
6. Nasi Oren
7. Nasi Beriani Cedawan & Ayam Masak Kurma
8. Nasi Asoka
9. Nasi Hujan Panas & Ayam Panggang Madu.
10. Nasi Minyak, Ayam Masak Merah dan Acar Timun Berempah.
11. Nasi Tomato Berserai & Ayam Masak Merah
Untuk dapatkan resepi penuh, klik sahaja tajuk resepi di bawah gambar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Selamat mencuba dan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.
Resepi: NASI MINYAK & THE GANG
Resepi : NASI DAGING
Resepi: NASI GAJUS AYAM MASAK JINTAN
Resepi : NASI MINYAK DAN KURMA DAGING
Resepi: NASI MINYAK DAN RENDANG DAGING
Resepi: NASI OREN
Resepi: NASI ASOKA
2 comments
Hi Amie! Selamat Hari Raya! Best2 semua resipi Amie.
BalasPadamSelamat hari raya k. Amie!
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. Jika ada orang nak datang beraya, boleh try salah satu menu tu. Minta halal resepinya ye kak.