Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Acar Timun Berempah

5:39 PTG

Buku Resepi Masakan Tradisi Melayu Johor oleh Noraini Margono memang tidak pernah mengecewakan! Amie telah mencuba pelbagai resepi antaranya Nasi Beriani dan Daging Beriani. Dan hari ini biarlah orang kata Amie masuk bakul angkat sendiri kerana sesungguhnya resepi Nasi Minyak serta lauk-pauk pilihan yang Amie cuba masak sungguh lazat! 


Semasa Amie masak di dapur, entah berapa kali anak-anak silih berganti menjengok, menghidu aroma masakan dan bertanya bilakah akan siap? Bilalah kami boleh makan? Hai... tiba-tiba saja perut anak-anak jadi lapar! Amie hidangkan Nasi Minyak dengan lauk Ayam Masak Merah dan juga Acar Timun Berempah.


Resepi: Nasi Minyak
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono

Bahan A:
3 mangkuk beras 

Bahan B:
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan
3 1/2 mangkuk air

Bahan C:
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
rempah penumis: kayu manis, cengkih, bunga lawang
4cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 ulas bawang merah - dikisar
2 sudu besar rempah beriani

Bahan D:
2 sudu besar air mawar
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
garam secukup rasa
1 biji limau nipis

Cara:
1. Rebus Bahan B di dalam periuk nsi
2. Panaskan minyak sapi dan marjerin. kemudian tumis kesemua Bahan C hingga kekuningan.
3. Masukkn rempah beriani dan beras. Gaul beras sehingga berkilat dan kemudian matikan api.
4. Masukkan kesemua Bahan D ke dalam air rebusan Bahan B tadi.
5. Setelah air mendidih semula, masukkan beras dan kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan ir limau nipis, kacau lagi dan tutup periuk.
6. Tutup periuk rapat-rapat, jangan dikacau sehingga air di dalam periuk kering. Apabila air beras kering, kacau perlahan-lahan. Tutup periuk dan perlahankan api. Jika menggunakan periuk elektrik, biarkan nasi betul-betul masak dan bolehlah dihidang.
7. Untuk hiasan, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreg di atasnya.

Seperti kebiasaannya, Amie masak Nasi Minyak cara kukus. Dan untuk resepi Nasi Minyak ini, Amie tambah herba saffron.



Resepi : Ayam Masak Merah
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono

Bahan A:
1 ekor ayam - potong 12
2 mangkuk minyak
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar garam
2 helai daun limau purut

Bahan B : kisar
1 batang serai
4cm lengkuas
15 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4cm halia
2 cm kunyit

Bahan C:
3 sudu besar madu atau gula merah
2 sudu besar gula
1 mangkuk sos tomato
1 sudu besar garam
1/2 mangkuk air

Cara:
1. Gaulkan daging ayam dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak.
2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi dan tumis kesemua Bahan B sehingga terbit minyak atau sehingga masak.
3. Masukkan kesemua Bahan C. Kacau rata sehingga kuat pekat.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan daun limau purut.



Resepi : Acar Timun Berempah
Sumber : Masakan Tradisi Melayu Johor - Noraini Margono

Bahan A:
2 biji timun - buang biji, potong kecil memanjang 2 inci
1 batang lobak merah - buang kulit, potong kecil memanjang 2 inci
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar minyak

Bahan B: kisar
5 tangkai lada kering
1 sudu besar udang kering
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah

Bahan C:
2 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar biji sawi
rempah penumis: bunga lawang, cengkih & kulit kayu manis

Cara:
1. Rendam timun dan lobak merah bersama air kapur dan garam. Kemudian cuci hingga bersih.
2. Perap timun dan lobak merah tadi dengan garam dan gula. Kemudian toskan.
3. Tumis kesemua Bahan B hingga terbit minyak.
4. Masukkan rempah kari dan gaul rata.
5. Masukkan kesemua Bahan C, dan kacau hingga pekat.
6. Masukkan timun dan lobak merah. Gaul hingga timun dan lobak merah mesra dengan rempah.

34 comments

  1. Kak Amie cayang.adoiii tenet lembab yg amat rini,geram sungguh,pic nasi mnyak n ayam xabis load g,baru nmpk pic acar jer,huhu..sian toi kan,tapi sy dah blh byang kan air tangan akak sure sedap,xper jab g abis load leh tgk,huhu..

    BalasPadam
  2. assalam k.Amie
    sedapnya ni, rajinnya,dahlah sy tgh takda selera ni, terus jadi lapar he he mintak sepinggan
    sy suker nasi minyak ni tp kan tak reti nk buat, kena tunggu kenduri kawen kak baru merasa he he

    BalasPadam
  3. Zaliedana cayangggg...
    memang sedp dik oiiii! Tak tipu punya ha hahhahhh...

    BalasPadam
  4. Mama Sara Nur,
    Boleh... nanti kakak hantar sepiring ye..siannya takde selera makan ye...

    BalasPadam
  5. Glekkk.. *telan air liur.. sedap sekali nih kak Amie.. tunggu sebentar lagi melly datang yah, siapkan 2 piring.. slurrp

    BalasPadam
  6. Salam kak amie!! sedap bangat nmpk nya tuh. tun mmg suka makan nasi minyak dgn ayam masak merah ^^ acar berempah tu x penah rasa lagi.

    BalasPadam
  7. aduiii..saya kalau menu cam gini memagn makan berganda kak..hahahahhaha

    BalasPadam
  8. Salam Kak Amie sedap nya aduhai bila lah Ani nak buat nih.. Rajin sungguh la Kak Amie ni.. best tul tgk ayam tu..

    BalasPadam
  9. sedapnya nasi minyak...paling suka makan dgn ayam masak merah....

    BalasPadam
  10. Salam Kak Amie..mmg gandingan yg mantop nasi minyak dgn ayam masak merah..terus jer kelaparan nii.. ^_^

    BalasPadam
  11. salam Amie,aduh sedapnya semuanya yg kat atas tu rajinnnnnnn snagat cikgu kita ni time coti2 ni ya mesti happy anak2 tu dpt mama rajin macam Amie ni..

    BalasPadam
  12. Salam Kak Amie cayang sha melihat ni pun perut berbunyi2... mau taknya.. nasi tu hadoii.. ayam tu hadooii... acar tu lagi hadoiiiiii!!!!!!!!!

    BalasPadam
  13. assalam aie..lengkapnya hidangan amie..acik kalau masak nasi minyak..lauknnya ayam masak merah je..ngan goreng papadom..
    nanti ada masa acik nak cuba..tapi macam mana amie masak nai minyak dengan cara mengukus..mesti sedap kan amie

    BalasPadam
  14. assalam amie..maaf ya mama lambat dtg melawat..yg tak menahan bila dtg kesini tgk pic.yg membuatkan mama akan menelan air liur..hu2x..sedap2nya makanan yg amie masak..kalaulah rumah mama sebelah rumah amie..bolihlah mama dgn muka tak malu mintak sikit makanan tu.. :)

    BalasPadam
  15. assalam kak Amie cyng, kalau akak msk lauk dan nasi memang buatkan saya lapar blk jer tau..sedapnya..:)

    BalasPadam
  16. wow wow pagi dah mengundang kelaparan pada hamba ni.

    BalasPadam
  17. cedappnyerrr...igt raya tahun lepas nens first time buat nasik minyak tuk makan kawan2 suami saya..kak ami tahu semalaman sy xleh tdo..tertido je mimpi nasik x menjadi..hohoho..punyer ler takut x jadi..tp alhamdulillah..sedapp jer..hehe..;)

    BalasPadam
  18. dah lama tak makan menu ni kak amie... ish terliur pulak... ayam tu sangat menyelerakan...

    BalasPadam
  19. Melly,
    jemput datang...kak Amie tunggu yah.

    Tun Telani,
    acar berempah tu first time kak Amie buat... Encik Suami kata sedap, ha ha hahh masuk kerisik juga tu Tun..

    Quinnie,
    lupakan dulu diet Quinnie tu he he heh kita jamu selera ye (jahatnya kak Amie ye)

    BalasPadam
  20. Choco Ani,
    sementara anak-anak cuti & ada masa masak ni Ani, lagi pun ada tukang makannya he he heh

    Ummiakid,
    memang sedaplah makan nasi minyak dengan ayam masak merah.... jomlah makan sama.

    Yana,
    alhamdulillah, menu ini diterima baik oleh family...

    BalasPadam
  21. Kak Noor,
    maklumlah hari2 biasa asyik makan di kantin...

    Shahriah,
    asyik hadoiii saja nih ha ha ha mesti sakit mata memandang ye Shah.

    Acik Erna,
    masak cara kukus lebih sedap dan selamat sebenarnya Acik, tak takut lembik atau mentah...

    BalasPadam
  22. Mama Aini,
    seronoknya berjiran dengan mama Aini, Amie memang suka berkawan dengan orang yang tak malu he he he hehh

    Nieza,
    sekali-sekala jamu selera Nieza, marilah makan sama...

    Azie,
    lapar ye... marilah datang makan.

    BalasPadam
  23. Nens,
    kuat betul gelombang minda Nens ye sampai terbawa2 mimpi pulak...

    Hanis,
    nanti kalau dah ramai anak (he he heh macamlah banyak sangat anak kakak ni), mesti Hanis suka masak.

    BalasPadam
  24. salam,kak mane nk dapat air mawar yek,sbb mmg xpnh pn gune sblm ni,hehe..tp bile tgk masakan akak ni mmg terliur,dh lame xmkn nasi minyak,bile dh ade resipi ni blhla saya nk cuba2 buat sendiri...

    BalasPadam
  25. Salam...anak-anak saya suka resepi ni.Kalau masak mesti habis licin...

    BalasPadam
  26. Terbaek..wife sy suh buat lg tu..huhu..w'pun xckup bhn sgt..hehe

    BalasPadam
  27. salam kak amie,
    minta copy ayam masak merah dan beberapa resipi kat blog akak, nak masak utk anak2 dan open house hari raya.

    Fais
    Johor Bahru

    BalasPadam
  28. salam kak amie,
    minta copy ayam masak merah dan beberapa resipi kat blog akak, nak masak utk anak2 dan open house hari raya.

    Fais
    Johor Bahru

    BalasPadam
  29. assalam sis amie .. bestnye.. xpenah buat nasi minyak sendiri .. terima kasih yer resepi nye ..

    BalasPadam
  30. assalam sis amie .. bestnye.. xpenah buat nasi minyak sendiri .. terima kasih yer resepi nye ..

    BalasPadam
  31. Noradmira,
    maaf ye... saya baru terbaca komen saudari. Untuk mendapatkan air mawar tu boleh cari di kedai mamak, ada dijual dalam botol.

    BalasPadam
  32. Mobwerks,
    maaf jua... lambat reply.
    Saya masak untuk keluarga saya seramai 5 orang, tapi boleh makan hingga 7-8 orang sebab beras yang saya gunakan tu (basmathi) mengembang 3 kali ganda.

    BalasPadam
  33. Akar Mekar,
    silakan... terima kasih sudi cuba.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe