Nasi Tomato Berserai & Ayam Masak Merah
6:31 PTG
Assalamualaikum.
Agak terlewat hari ini untuk kongsikan menu tengahari. Oleh kerana Amie ada urusan di luar, jadi hidangan tengahari tadi menjadi paparan hidangan malam pula. Amie sempat sediakan Nasi Tomato Berserai digandingkan dengan Ayam Masak Merah dan sudah semestinya ada acar mentah sebagai pelengkap. Resepi ini akan Amie kirimkan kepada Mieza - When a Working Mother Cooks untuk memeriahkan lagi contest MAGGI GOOD TO GREAT CAMPAIGN.
Sebenarnya resepi Nasi Tomato Berserai & Ayam Masak Merah mempunyai nilai nostalgia yang tersendiri buat Amie. Hidangan ini telah beberapa kali Amie sediakan untuk rumah terbuka Hari Raya Aidil Fitri di rumah MIL & FIL semasa hayat mereka masih ada. Pada waktu itu, kami hanya membawa bahan seperti beras basmathi, daging ayam serta mentimun, lobak merah dan nanas untuk dibuat acar. FIL memang mempunyai pelbagai stok bahan perencah Maggi yang tersimpan dalam kabinet dapur. Jadi, Amie tidak perlu memikirkan hasil dan rasanya kerana dengan menggunakan bahan jenama Maggi sudah tentu dapat memenuhi citarasa para tamu.
Nasi Tomato Berserai & Ayam Masak Merah dengan penggunaan pelbagai bahan Maggi sudah tentu menjadi ingatan manis buat Amie bila dikenang. Walaupun FIL & MIL sudah lama meninggalkan kami, namun masih terngiang-ngiang di telinga Amie ketika tetamu sedang menjamu selera, dengan senyum mesra MIL memberitahu mereka: Ini Mak Farid (panggilan Amie mengikut nama anak sulung kami) yang masak.
Entah pukul berapa dia bangun pagi tadi. Saya bangun untuk ambil wudhu, sudah terbau masakan dari dapur, itulah kata-kata FIL menyambung ayat MIL yang tidak dapat Amie lupakan hingga ke saat inil
Ayam Masak Merah sangat mudah untuk disediakan. Rasanya sudah tentulah sedikit masam, manis dan tidak berapa pedas. Bukan golongan dewasa sahaja yang boleh menikmatinya, malahan kanak-kanak juga amat menggemarinya.
Resepi : Nasi Tomato Berserai
Bahan A:
3 mangkuk beras basmathi PUSAGOLD - cuci dan rendam selama 10 minit
4 sudu makan minyak sapi
5 sudu besar puri tomato
2 sudu makan Sos Tomato Maggi
1 cawan susu cair
2 sudu makan yogurt asli
Bahan B:
2 ulas bawang putih - hiris halus
2 ulas bawang merah -hiris halus
4cm halia - hiris halus
2 batang serai - dititik
rempah penumis - bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga & bunga cengkih
Bahan C:
3 mangkuk air - ikut sukatan beras
3 sudu makan Stok Ayam Pekat Maggi
Bahan D:
1/2 cawan kismis
1 cawan kacang gajus goreng
Cara.
1. Panaskan minyak sapi. Tumis semua bahan B hingga harum dan layu.
2. Masukkan puri tomato, Sos Tomato Maggi, susu cair dan yogurt.
3. Tambahkan Bahan C dan biarkan mendidih..
4. Masukkan beras. Kacau rata dan tutup periuk.
6. Apabila air sudah kering, taburkan kismis di atasnya, kemudian tutup periuk rapat-rapat.
7. Setelah nasi masak, angkat dan taburkan kacang gajus sebelum dihidangkan.
Resepi : Ayam Masak Merah
Bahan A:
12 keping daging ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan Maggi Cukup Rasa
minyak
Bahan B : kisar
1 batang serai
4 cm lengkuas
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
4cm halia
Bahan C:
3 sudu besar madu
2 cawan Sos Tomato Maggi
1 cawan Sos Cili Maggi
1 sudu makan Sos Perisa Tiram Manggi
1 cawan air
Bahan D:
1 cawan kacang peas
Cara:
1. Gaulkan daging ayam dengan kunyit dan Maggi Cukup Rasa. Goreng hingga masak.
2. Tinggalkan sedikit minyak bekas gorengan ayam tadi dan tumis kesemua Bahan B sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kesemua Bahan C. Kacau rata sehingga kuat pekat.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan kacang peas.
6. Tutup api dapur dan angkat.
Jangan lupa lengkapkan hidangan Nasi Tomato Berserai & Ayam Masak Merah dengan acar mentah untuk mengimbangi rasa dan nikmatilah kelazatannya! Jemputlah makan ye.... Amie nak keluar lagi, ada urusan di kampung pula malam ini.
************************************************
Untuk pengetahuan rakan-rakan yang berminat, contest ini bermula dari 26 November sehingga 25 Disember 2012. Hadiah yang ditawarkan pula sungguh lumayan berupa satu set Maggi Culinary Solutions dan Percutian Keluarga ke Legoland Malaysia bernilai RM1500.
Syarat-syarat penyertaan:
1) Hendaklah menjadi FOLLOWER kepada blog When A Working Mother Cooks. Kalau belum jadi follower cepat-cepat tekan butang follow kat sebelah kanan blog ni.
2) Memasak apa-apa sahaja makanan kegemaran dengan menggunakan barangan MAGGI (contoh Maggi stocks cubes, Maggi Cukup Rasa, Maggi liquid stocks, Maggi Hari-Hari Favourites, Maggi oyster sauce, Maggi seasoning and Maggi sauces range.- apa-apa sahaja barangan MAGGI) - INGAT tau baragan MAGGI je jadi jangan pula guna Knorr ke, Lee Kum Kee ke etc
3) Mengambil gambar dan postkan entry tersebut di blog anda.
4) Ceritakan tentang pengalaman indah anda (testimonial) menggunakan barangan MAGGI dan bagaimana MAGGI menyumbang kepada kehidupan seharian anda.
5) Hantarkan entry blog anda beserta gambar masakan kepadaasliza.yusoff@live.com.my dengan menyertakan butiran berikut:
a) Nama
b) URL untuk post berkenaan
c) Nama masakan
6) Anda boleh post seberapa banyak post/entry yang anda suka dalam masa sebulan kempen. Setiap kali anda post entry tersebut ke blog anda, sila hantar email bersama butiran seperti di perkara (5) di atas.
7) Pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan post yang terbanyak dan pengalaman (testimonial) yang paling unik.
SEBARKAN CONTEST INI kepada semua rakan-rakan anda...
26 comments
kenangan yg indah sukar dilupa kan Amie..tambah2 dari org yg tahu menghargai air tgn kita..nampak sgt berselera tgk menu nasi tomato ni.. :)
BalasPadamsebelum ni pernah nmpk dlm dpr kak ita masam manis pasal peraduan tu...masih terbuka lg ye...semoga akk amie berjaya ye :)
BalasPadamsampai skrg stok ayam pekat tu mas x jumpa2 kt pasaraya..asyik habis je huhuhu...yg susah jadi mudah kalau semua tu ada kan kak :)
apa2 pun nasi tomato+aym msk merah nmpk sgt2 superb sedap... kalaulah dpt makan hehehe...
seapnya kak amie..tgok beras akk guna tu cantik..smoga brjaya kak:)..zila kt umh nie jrg guna maggie brand..biasa msk mee maggie jew kak..;)x dapat nk join la..
BalasPadamsemua nya sedap je masakan AMie terutama nasi tu ngancam lah, semoga Amie berjaya lah ya, akak ni guna jugak produk maggi ni tapi tk semua lah
BalasPadambetul2 menyelerakn set nasi ni...good luck kak dgn contest yg akk sertai....
BalasPadamNaai tu cantik le amie
BalasPadamBeras dia panjang2
Akak mmg rajin la...:) hari2 ada je menu yg disajikan....
BalasPadamsy jarang plak guna brand maggie nie...makan megi tu adala...tp nak join2 contest cmnie...ntah le...hehe...
Assalam kak amie,suma nmpk menyelerakan
BalasPadam.Bila kak amie post suma produk megi terdetik dlm hati kak amie wt iklan percuma ke hihi.Bila bc smpai abes bru paham.
alahai sedapnya QH tgk set nasi tomato tu...menyelerakan..QH pon suka mggunakn produk maggi..tp xleh nk join..masa keje dh xmenentu skrg ni..moga akak berjaya ye nti..
BalasPadamSalam kk..wahhh..lni menu fevret kami sekeluarga ni..suka jgk guna perencah maggie ni..tak yah susah2 kan...:-)
BalasPadamsaya pun salah seorang peminat setia maggi.almost everday di gunakan di rumah ini.nak join juga tapi rasanya tak sempat la.
BalasPadamwahhhh sedapnya...
BalasPadamTerharu pulak membaca kata2 dari MIL Amie tu..
BalasPadamCantik nasi Amie tu, sebiji2 beras/nasinya, ummi tau mesti sedap. Good luck ye, ummi doakan Amie berjaya dengan resipi yang penuh nostalgia ni.
Salam Amie..mmg nostalgia betul nasi tomato & ayam masak merah ni..kenangan trindah bersama MIL & FIL.
BalasPadamGgod luck tuk Amie ya....
semga amie menang contest.. tgok nasi tomato yg pjg2 tu.. mmg sungguh myelerakan..
BalasPadamgood luck!
BalasPadamGud luck kak amie..dh sume barangan megi ade ni..kalo.juri x tgk.ni mmg rugi la ni..hehe
BalasPadamrasa nk pitam tgk ayam masak merah tu sedap nyerrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!
BalasPadamLesung Batu,
BalasPadamsemuanya kini tinggal kenangan, FIL & MIL pun dah tak ada, Amie pun dah tak masak2 lagi di kampung seperti dulu.
Mas,
ikut contest ni nak sokong Mieza & bagi meriah-meriah gitu....suka-suka saja Mas.
Zila,
he he hehh Zila... perencah Maggi ni buat penyelamat keadaan Zila, senang main campak2 aje.
Kak Nooriah,
BalasPadamterima kasih kak.... kalah menang tu adat pertandingan kan kak.
Rohah,
terima kasih Rohah... yok cicipi segoku.
Kasih,
terima kasih... memang bersemangatlah juga kalau dapat hasil nasi berderai panjang gitu.
Asyifa,
BalasPadamterima kasih.... ada masa memang kakak sering update, tapi kalau tak ada masa memang sepi je dapur tak berasap...
Lina,
waalaikumussalam... sesaja nak sokong contest Mieza...
Qasey Honey,
Kak Amie pun terkejar ke sana ke mari sejak awal Disember, tapi sebab nak sokong dan meriahkan contest yang dianjurkan, Kak Amie usaha juga sedaya upaya he he hehh asalkan puas hati, tak peduli kalah ke menang ke...
Sury,
BalasPadamalhamdulillah... makan nasi tomato ni tak muak, sebab penggunaan puri tomatonya, ada rasa masam sikit2...
Suzana,
boleh joint... masih sempat...ada lagi beberapa hari untuk sampai ke tarikh 25 Disember.
Faa,
terima kasih Faa...
Ummiross,
BalasPadamterima kasih Ummi... memang semuanya tinggal kenangan, semuanya sudah hilang dari pandangan....
Azatie,
terima kasih banyak... iyelah.. orang dah tak ada, memang rasa terharu bila diingat!
Dzana,
terima kasih Dzana... bAmie gnakan beras basmathi PUSAGOLD yang extra panjang tu.
SudipVSSenduk,
BalasPadamterima kasih banyak....
Nens,
terima kasih Nnens...
Delima,
jangan pitam dulu... makan dulu yok!
akak , saya nak tanya ... ermm agak2 berapa lame nak masak eh?
BalasPadamakak , saya nak tanya ... ermm agak2 berapa lame nak masak eh?
BalasPadam