Nasi Goreng Budu Pedas Berapi!

11:59 PG

Tukang masak kerjanya enteng,
Bangun pagi masak nasi goreng,
Campur cili campur udang kering,
Bila makan mata naik juling.

Memang lazat memang sedap,
Kurang masin boleh tambah kicap,
Nasi goreng sudahlah terpuji,
Seantero dunia seluruh negeri.

Betul ke mudah sangat kerjaya sebagai tukang masak seperti dalam senikata lagu Nasi Goreng Bubur Kacang gubahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee seperti di atas tu?  Ha hahaa... mari kita lihat Nasi Goreng Budu Pedas Berapi yag Amie masak pagi tadi. Betul tak apa kata P. Ramlee tentang masakan nasi goreng ni


Bahan-bahan:
3 cawan nasi putih
2 batang serai - hiris halus
15 helai daun kesum - hiris halus
10 biji cili padi kampung - hiris nipis
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
3 sudu makan budu
3 sudu makan minyak
1 sudu teh serbuk pati ayam

Bahan tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Bahan hiasan:
telur goreng mata kerbau
ikan bilis goreng
kacang gajus goreng

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan nasi putih dan gaul sebati.
3. Masukkan serai, daun kesum, bunga kantan dan budu. Gaul rata dan tambahakan serbuk pati ayam sebagai pelengkap rasa.
4. Akhir sekali taburkan cili padi dan gaul sekali lagi.
5. Hidangkan bersama telur goreng mata kerbau, taburan ikan bilis goreng dan kacang gajus.

Kalau nak lagi pedas, semasa menghidangkannya tambahkan lagi taburan hirisan cili padi..... barulah nanti bila makan mata naik juling seperti kata P. Ramlee...... ahaks!

10 comments

  1. Telan air liur acik jadinya Amie..suka sangat dengan nasi goreng bila letak cili api ni

    BalasPadam
  2. kak amie, kalau saya buat nasi goreng budu, mesti letak daging masin... heaven sangat2.... saya kat sini sengaja tak bawak budu, nanti makan nasi banyak. he he he

    BalasPadam
  3. Amie..walaupun budu makanan harian Cik Wan tapi tak pernah pulak terpikir nak buat nasi goreng budu...tak sabar nak ke dapur..nak buat jugak..mesti sedap ni..terima kasih byk2 bagi resepi

    BalasPadam
  4. wah. dah seperti nasi goreng kerabu sebab menggunakan ulam-ulam begitu..

    BalasPadam
  5. Fiza & Muzai,
    tq... jemput makan sama.

    Acik,
    ha hahah.. sedangkan P Ramlee pun dah kata mata naik juling ye Acik.

    Cheq Sue,
    alahai... tak pernah jumpa daging masin Cheq Sue... kalu ado nak cuba juga.

    BalasPadam
  6. Adda,
    he hehhe... meriahkan Adda.

    Cik Wan,
    saya biasa makan nasi goreng kerabu, tapi yang ni sebab tak cukup ulam... buh nama nasi goreng budu ha haha.

    Ha Md,
    betl tu tapi ulam tak berapa lengkap laaa...

    BalasPadam
  7. Sungguh menarik! saya tak pernah masak nasi goreng masukkan budu!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe