Sambal Bawang @ Udang
7:28 PTG
Resepi asalnya ialah Sambal Bawang DI SINI.
Dulu Amie masak dengan campuran belacan tapi kali ini Amie tidak gunakan belacan, sebaliknya Amie gantikan dengan udang kering. Sambal ini tahan beberapa hari jika tidak dimasukkan dalam peti sejuk, itu pun sekiranya gunakan minyak lebih sebagai bahan pengawet ketahanannya. Amie tak ambil gambar sebab tak berhasrat nak kongsi memandangkan sudah ada entri mengenainya sebelum ini.
Masuk hari ke tiga, Sambal Bawang @ Udang ini masih ada lagi. Ketika Fairuz datang ke dapur melihat Amie masak, tiba-tiba dia berkata : Bolehkah Mummy masukkan udang basah dalam sambal ini? Kebetulannya ketika itu Amie sedang bersihkan udang, dan pada masa yang sama Amie panaskan Sambal Bawang @ Udang tadi.
Wokeeehhh sayang! Nanti Mummy buat.
Bahan-bahan:
350 gram bawang merah saiz kecil - kupas dan belah 2 atau 4
1/2 cawan gula melaka (sudah diparut)
1 sudu makan pati asam jawa
1/2 cawan minyak
1 sudu teh garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
25 biji cili padi - boleh tambah jika suka pedas
7 ulas bawang putih
1 cawan udang kering - rendam hingga lembut
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan gula melaka, pati asam jawa, dan bawang merah.
3. Masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak.
4. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
5. Padamkan api dapur.
Untuk menjadikannya sebagai sambal udang, panaskan kembali sambal tersebut dan masukkan udang basah yang sudah dibersihkan. Gaul sebati dan tumislah sehingga udang masak.
Sambal Bawang semangkuk di meja,
Aroma semerbak seluruh dapur,
Boleh dicicah dengan apa sahaja,
Kalau pedas jangan menggelupur!
3 comments
sedapnya...lama xmkn sambal udang :(
BalasPadamEca,
BalasPadamjemput .... :)
Waaa... Amie, really superb!
BalasPadam