Sedapnya Kek Lumut!

8:35 PTG

Terima kasih buat empunya resepi Kek Lumut yang sangat sedap ini : DAYANG JACK, dari Dapurku Sayang. Ini merupakan kali pertama Amie cuba resepi Kek Lumut dari dapur beliau, dan entah kali keberapa Amie cuba pelbagai resepi  kek yang lain dari dapurnya. Terima kasih banyak-banyak DJ! Moga DJ kembali aktif berkongsi resepi dengan kami ye....

Mmmmm.... rasa tak sabar nak makan Kek Lumut ini tau!

Gambar pun simple dimple saja ni, kek posing atas redai aje, tanpa sebarang aksesori. .... sebab dah ada yang sedang menunggu, tak sanggup nak tunggu lama-lama nak makan Kek Lumut yang orang kata sangat sedap! Jadi, jamu mata sajalah dengan gambar yang sempat Amie ambil ini yea....
Berbaloi-baloi sangat rasanya walaupun dah lama tak mengukus kek. Amie gunakan separuh adunan dari resepi asal, dan dapat jimatkan masa yang sepatutnya kukus selama 4 jam untuk satu adunan. Jadinya, Amie hanya perlu tunggu 2 jam 1/2 sahaja sehingga kek ini masak sempurna. Biar pun hanya 1/2 adunan tapi banyak pulak hasilnya... dapat pula hantar ke kampung, dan bawa ke tempat kerja!

Semua memuji keenakan Kek Lumut ini... tak seorang pun yang kata tak sedap! Baik di kampung... ipar duai dan anak buah, mahu pun rakan-rakan di tempat kerja! Istimewanya Kek Lumut ini tidak menggunakan sebarang agen penaik! Tapi.... teksturnya lembut, gebu.... lembap! Rugi rasanya tak cuba dari dulu-dulu.... ini kes ketinggalan keretapilah nih!
Kata Dayang Jack, Kek Lumut ini ada banyak versi mengikut citarasa masing-masing. Apa pun resepi asalnya sudah tentunya menggunakan bahan-bahan seperti serbuk horlicks, seri kaya dan nestum. Katanya lagi, sesetengah resepi Kek Lumut menggunakan tepung Samolia atau tepung Almond, tapi penggunaan tepung gandum pun masih dapat mengekalkan kelazatannya! Untuk resepinya, Amie panjangkan dari dapur Dayang Jack di bawah ini:

Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks - Amie tambah 1/2 cawan nestum
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dengan sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 1/2jam. (tambah air panas jika hampir kering)


Masih terasa-rasa betapa sedapnya Kek Lumut ini.... tapi dah habis! In shaa Allah akan buat lagi....

Mengukus kek sampai ke pagi,
Lupakan bantal, lupakan selimut,
Tak cukup sepotong nak makan lagi,
Itulah bahayanya resepi Kek Lumut!

13 comments

  1. cantik warna hijaunya,nanti saya pun nak cuba buat juga. nampak mudah saja resepi yang Amie kongsikan ini.

    BalasPadam
  2. Warna hijau yang cukup menarik. Nanti nak cuba hasil tangan Kak Amie la. Boleh order ke? Hehehe

    BalasPadam
  3. salam kak amie.. tun makan laju, nk buat tu malas nk menunggu kukusan lama sgt.. hahaha

    BalasPadam
  4. InsyAllah nak cuba buat ni sis...terima kasih atas perkongsian resepi ni..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Amie,
    Aku tanya Apa Khabar.......(sambil nyanyi lagu Joe Flizzow,) hehehe. Ku dtg dgn hidangan pengantin.
    Kek ni.mmg dlm senarai menunggu, entah dah berapa tahun sampai la ni tak jadi jadi lagi, hehehe. Hasilan tangan Amie nampak lembut dan sedap sgt, Ambil gambar cam gini pun cantik jadinya Amie.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Amie,
    Aku tanya Apa Khabar.......(sambil nyanyi lagu Joe Flizzow,) hehehe. Ku dtg dgn hidangan pengantin.
    Kek ni.mmg dlm senarai menunggu, entah dah berapa tahun sampai la ni tak jadi jadi lagi, hehehe. Hasilan tangan Amie nampak lembut dan sedap sgt, Ambil gambar cam gini pun cantik jadinya Amie.

    BalasPadam
  7. dah malam ni mmg teringin nk makan yg lumut2 ni Mie

    BalasPadam
  8. Suzana,
    silakan Suzana... bahannya pun tak cerewet, cuma kena sabar sikit masa mengukusnya yang agak lama tu.

    Pojie,
    tq Pojie.. bila kakak tangkap gambar lumut di kaki Gunung Silam pagi kelmarin tu... teringat2 kat kek lumut yang hijau ni he hehhee.

    Tun,
    memang kena tahan hati nak tunggu kek ni dikukus Tun.

    BalasPadam
  9. Mardiah,
    silakan ... in shaa Allah menjadi, sedap!

    Wattie,
    waalaikumussalam Tie... kita pun bertahun simpan resepi, asyik tertangguh2 nak buat. Sekali buat ni rasa nyesal pulak sebab tak cuba dari dulu... bukan apa Tie... sedaaaappp!

    Kak Noor,
    jemput Kak Noor... tak boleh berhenti makan ni kak, sebab sedap ooo!

    BalasPadam
  10. Cantik warnanya, ya seakan warna lumut.. nampak sedap sangat!

    BalasPadam
  11. Perghhhh..mmg sedap kek lumut ni amie. Akak dah try bnyk resipi termasuk resipi dayang n alongroz juga. Semua pun sedap sgt hasilnye!

    BalasPadam
  12. nak tanya kak . ni adunan untuk loyang 7x7 ke atau setengah adunan loyang 7x7 ?

    BalasPadam
  13. Nurul,
    Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "

    Maksudnya: 1/2 adunan (dari 1 adunan resepi asal)
    Sesuai dikukus dalam loyang ukuran 7" X 7 ".

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe