Mencari Resepi Kuih Raya 2013? Jom Selongkar Balang Kuih di Dapur Kak Wan!

12:13 PTG

Pertama sekali, Amie ucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Wan kerana sudi menyertai MERIAHNYA DUNIA MASAKAN. Sudah semestinya warga Meriahnya Dunia Masakan rasa sangat bangga dan gembira di atas kesudian Kak Wan yang sudi berkongsi pelbagai resepi dari masa ke semasa. Walaupun Kak Wan sudah cukup terkenal sebagai blogger masakan yang tersohor dengan pelbagai hasil air tangannya yang menakjubkan, namun Kak Wan tetap meluangkan masa untuk bersama di alam maya mengirim dan menyumbang resepi khususnya dalam kumpulan kami. Mudah-mudahan segala usaha Kak Wan sentiasa mendapat keberkatan daripada-Nya, dan rezeki Kak Wan akan terus berlipat ganda!

Jadi, jangan buang masa untuk mengetuk pintu dapur Kak Wan di BLOG CITARASA WAN. Kak Wan sudah semestinya dengan segala senang hati memberi keizinan untuk mengongsi resepi pelbagai jenis biskut raya yang terkini! Kan Kak Wan.... he he ehhh! Walaupun diri terasa begitu kerdil (dari segi kreativiti) ketika berada di dapur Kak Wan yang serba serbi lengkap sempurna dengan pelbagai koleksi cookies dan sebagainya, namun tiba-tiba terasa besarlah pula semangat yang datang untuk mencuba resepi-resepi terbaru Kak Wan.


Biskut Lidah Kucing  Pelangi yang dikatakan merupakan salah satu biskut raya popular 2013. Permintaan yang begitu mendadak tinggi menyebabkan Kak Wan menolak sebahagian tempahan, dan disebabkan ini juga Kak Wan terlantar di hospital selama 2 hari! Wow! Begitu hebat sekali penangan Biskut Lidah Kucing pelangi ini ye.... Biskut ini begitu popular sebagai hidangan hari lebaran di Indonesia.


Biskut Lidah Kucing Mocha
Resepi Ibu Fatma Bahalwan yang cukup terkenal di Indonesia. Kata Kak Wan, biskut ini rangup & nipis serta rasa ketagih untuk menikmatinya sekeping demi sekeping.


Biskut Lidah Kucing Coklat



Biskut Kentang / German Cookies
Biskut Kentang atau German Cookies ini merupakanResepi Chef Florence. Biskut ini mencair dalam mulut.


Ini pula Biskut Famous Amer  Chocolate Chips Cookies


Nampak cantik, menarik dan unik bentuk Palmiers / Biskut Telinga Gajah di atas ini.


Walaupun  Kak Wan memaparkan resepi biskut terkini, tapi biskut yang lama tetap mendapat tempat di hati seperti Biskut Rose Tart di atas.



.... dan juga Biskut Orange Chocolate Chips Cookies, dan masih banyak lagi cookies yang tersaji di dapur Kak Wan! 

Sesungguhnya hasil air tangan Kak Wan tidak dapat Amie jelaskan dengan kata-kata! Anda akan merasa takjub jika anda meluangkan sedikit masa menjamu mata menikmati pelbagai hasil sentuhan ajaib Kak Wan!
Moga Aidil Fitri kali ini bertambah meriah sebagaimana meriahnya paparan kuih-muih yang cantik dan lazat dari dapur Kak Wan! Terima kasih banyak Kak Wan... kalau boleh jumpa rasanya nak peluk Kak Wan ketat-ketat! Nak pinjam tangannya seketika walaupun sekadar 1/10 sahaja untuk merasai sendiri betapa ajaibnya sentuhan kreativiti dari tangan Kak Wan!

Eh! Apa tunggu lagi.... jom ramai-ramai serbu dapur Kak Wan! Kita selongkar balang-balang kuih Kak Wan!

10 comments

  1. Salam Amie...Slmt Berpuasa ya.
    Wah!mcm2 kukis ada yer...tp blog kak wan mmg best..pelbagai masakan/bisku ada!!

    BalasPadam
  2. selamat menyambut ramdhan k.amie..memang seronok bila intai dapur k.wan terutama di bulan puasa nie, semua menarik tapi tak tebuat semuanya

    BalasPadam
  3. semua biskut yg dipaparkan kak wan adalah biskut2 yg istimewa yg rasanya pasti sedap..

    BalasPadam
  4. mmg resepi2 biskut dan kuih kak wan mantap2 belaka..

    BalasPadam
  5. Wahhh mcm2 biskut ada...semuanya menarik dan nmpak sedap sangat...

    BalasPadam
  6. Waa nampak cantik dan best, ku rasa teringin...hehe.
    Alhamdulillah, memang mantop air tangan Kak Wan.

    BalasPadam
  7. belum buat biskut raya lg...cantik & sedap dipandang mata...sesedap rasanya juga moga2.

    BalasPadam
  8. Salam Amie...selamat berpuasa..seronok tengok biskut2 yang pelbagai mesti best kan...saya nak try buat next week sbb dah mula cuti..wih me luck k..

    BalasPadam
  9. Wah.kak wan ni mesti expert buat biskut raya,semua nampak cantik2 & mesti sedap2 tu. Macam-macam rekaan baru kuih raya moden sekarang ni, harap Resepi kuih raya tradisional yg dulu-dulu ,masih dikekalkan lagi. Jangan pulak ditinggalkan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe