Inilah akibatnya...... Puding Lapis Cheese Masam Manis

12:35 PTG

Disebabkan asyik melayan tempahan dengan melapis Kek Lapis Cheese Masam Manis setiap hari, pantang ada masa terluang di dapur.... akhirnya lahirlah idea untuk menghasilkan Puding Lapis Cheese Masam Manis!


Sekurang-kurangnya adalah juga pemanis mulut untuk juadah berbuka puasa Encik Suami dan anak-anak.


Bahan yang Amie gunakan 65% (agak-agak aje ni) daripada bahan untuk membuat Kek Lapis Cheese Masam Manis.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh dapatkan resepi Puding Lapis Cheese Masam Manis ini bila Amie ada kesempatan untuk kemaskini entri ini.



Disebabkan sibuk dengan pelbagai tempahan, jadi banyaklah resepi tertunggak yang tersimpan dalam folder. Biasanya Amie tidak paparkan resepi yang lewat beberapa hari kerana malas nak ingat kisah disebalik resepi untuk dijadikan mukadimah.


Tapi sayanglah pulak untuk meminggirkan Puding Lapis Cheese Masam Manis hasil sentuhan kreativitiku yang suci bersih dan original ini... ecewaaaaahhhh! 



Petang ini Amie nak siapkan tempahan Mango Casablanca dan juga Kek Lapis Cheese Masam Manis.... alahai... kek lapis lagi & lagi. Nak buat macamana, kalau dah pelanggan dapat sebiji kek yang baru keluar dari oven, habis dimakan pada hari yang sama dan tak sabar menunggu 2 atau 3 hari supaya rasa kek lapis menjadi sebati, dan esoknya menempah lagi....dan lagiiii.... Akhirnya Amie pun tak menang tangan! Itulah yang menjadi sebab dan musabab yang mengakibatkan tercetusnya idea membuat Puding Lapis Cheese Masam Manis pulak!


Jamu mata dulu ya.... Jangan sampai kelahi sebab dua potong aje Amie hidangkan kih kih kihhhhhhhh..... Jumpa lagi, mungkin tengah malam ini, atau selepas sahur atau bila Amie ada kelapangan untuk paparkan resepinya. Salam sayang!

UPDATE: 
Resepi : Puding Lapis Cheese Masam Manis
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali - 20 gram
1 tin susu cair
1 tin susu pekat - 505 gram
1 sudu kecil asen vanilla
4 keping roti gardenia
1 biji telur
1 sudu besar mentega
100 gram krim keju
5 cawan air
pewarna hijau epal
pewarna kuning telur

Bahan lain:
100 gram asam manis / haw flakes - hancurkan
parutan keju Cheddar secukupnya
asam manis (bentuk asal) secukupnya untuk hiasan

Cara :
1. Masak agar-agar dengan 5 cawan air sehingga mendidih dan agar-agar hancur.
2. Kisar roti gardenia, telur, susu cair, susu pekat, esen vanila & mentega.
3. Masukkan bahan kisar  ke dalam periuk agar-agar yang sedang mendidih. Kacau seketika.
4. Bahagikan kepada 2. Satu bahagian diwarnakan hijau epal dan satu bahagian lain warna kuning telur.
5. Tuangkan separuh bahagian hijau ke dalam bekas bulat - Amie gunakan loose pan.
6. Sejukkan adunan hijau tadi selama 5-7 minit dalam peti sejuk bahagian atas dan kemudian tuangkan pula bahagian kuning telur. Sejukkan lagi.
7. Setelah dikeluarkan semula, taburkan asam manis di permukaannya (tinggalkan sedikit untuk taburan atas puding), dan kemudian tuangkan baki bahagian hijau tadi. Sejukkan semula dan akhir sekali setelah 5-7 minit tuangkan lagi baki bahagian kuning telur. Sejukkan di luar (tak perlu masuk peti sejuk semula) hingga puding menjadi keras.
8. Untuk hiasan bahagian atasnya, susun asam manis di sekeliling puding. Taburkan baki asam manis diselangseli dengan parutan keju Cheddar.

15 comments

  1. assalamualaikum amie..
    wahhhhh sedap la menu berbuka puasa kalau buat yg ni.. dah la tu.. cantek pulak.. haiiihhh la badan.. kalau berjiran ngan amie kan boleh dah dapat sepotong dua.. :)
    skrg ni top sangat puding letak oreo.. esok kot baru nani nak cuba.. :) ape pun thanks sebab bagi idea.. :) i loiikeee very much..

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam Nani,
    ni kena badi melapis kek cheese masam manis hari-hari ni Nani hihihiiii...

    BalasPadam
  3. sekali pandang cam pizza dua kali pandang jd puding wahhhh mmg hebat lah Amie nie heheh sedap nyer tgk tu adehh terliur sudah nie hehehheh :D...

    BalasPadam
  4. salam amie,

    adoi...dah tergoda dah ni dengan hari2 tengok kek lapis. Bila balik Jeram boleh order satu. kek lapis ita masih failed buatnya.

    BalasPadam
  5. deila nahar,
    dah hari2 asyik melapis benda yang sama, kawan2 asyik order jenis itu je jadilah puding ni he heheh

    Ita,
    lama lagi nak balik Jeram... aduiii rindu!

    BalasPadam
  6. Terbaiklah kak Amie...cantik sangat.

    BalasPadam
  7. Assalam amie, wah seronok kita dengar amie sekarang dah ambil tempahan kek lapis ya..shukur alhamdullilah rezeki kan amie..all the best ya dear..

    mana budak bulat tu..geram tengok dia ...good boy ..mak dia melapis dia tak kacau ya..hehe

    BalasPadam
  8. wahhhhhh...mengeliurrrkan la puding tu....

    BalasPadam
  9. wahhh mengiurkan laa puding kak amie ni.. =)

    BalasPadam
  10. hehehe..ummi singgah agak lambat, mesti dah abih yang dua keping tu, boleh potong yang lain tak?,hik!.

    BalasPadam
  11. Salam nampak sedap n menariknyer.. sesangtlah kreatif.. tak sabar nak tunggu resepi..

    BalasPadam
  12. Sabar menunggu resepinya
    Mcm Rumput Atas Nya.. Cantik..nama Pun Dah Memikat

    BalasPadam
  13. Kak Amie...
    saya datang lambat..tentu dah habis 2 potong tu...nanti buat yg lain ya...memang tergodaa sangat2 tengok...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe