Sambal Katis

1:43 PTG

Salam tengahari Rabu. Amie tidak masak tapi tangan ini gatal untuk memasukkan satu resepi keluarga sebelah Encik Suami. Nampak macam bukan sambal tapi entah kenapa namanya sambal. Memang itulah nama asal yang digunakan oleh orang Melayu Cocos di Lahad Datu. Sambal Katis ini terkenal sebagai hidangan semasa majlis kenduri-kendara dan dijadikan sebagai salah satu menu dalam nasi berkat. Katis sebenarnya membawa maksud betik, dan kadang-kadang mereka sebut kepayas merujuk buah yang sama. Sambal Katis di bawah ini Amie rakamkan semasa kenduri arwah ayahanda mentua yang lepas. Kuantitinya tentulah sangat banyak tetapi resepi di bawah ini Amie tuliskan dalam jumlah yang sesuai untuk sebuah keluarga. Biasanya betik yang digunakan ialah betik tua yang berwarna sedikit kemerahan, tetapi kali ini betik yang digunakan agak muda sedikit, jadi warnanya kurang menyerlah. Kalau gunakan betik tua yang sudah agak manis, memang rasanya lebih sedap sebab ada campuran air asam jawa untuk disebatikan dalam kuahnya. Bahan campuran lain yang digunakan biasanya berupa hati dan mempedal ayam yang direbus terlebih dahulu sehingga empuk. Terima kasih bonda mentua kerana menurunkan lauk warisan tradisi ini kepada Amie. 


Resepi: Sambal Katis
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 biji betik tua - dihiris kecil memanjang
4 keping  hati ayam - potong ikut suka
4 keping mempedal ayam - potong ikut suka
3 biji lada merah - hiris
3 biji bawang putih - hiris
4 biji bawang merah - hiris
1/2 cawan air bancuhan asam jawa
garam dan perasa secukupnya
minyak
1 cawan air

Cara:
1. Rebus hati dan mempedal ayam hingga empuk - toskan airnya
2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah dan lada merah dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan hati dan mempedal dan gaul rata.
4. Masukkan hirisan betik dan gaul rata hingga betik layu.
5. Masukkan bancuhan air asam jawa dan biarkan seketika.
6. Masukkan air dan tutup rapat selama 7 -10 minit.
7. Masukkan garam dan perasa. Biarkan kuah menjadi agak kering.
8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

22 comments

  1. Assalamualaikum Amie,

    wah ni kalo ada betik pasti masam2 gitu...sedapkan Amie??

    BalasPadam
  2. sedap yee..amie..
    tak pernah makan lagi...

    BalasPadam
  3. Jakun lagikkkk
    1st time dengar ngeee
    But nmpk sgt yummy

    BalasPadam
  4. dapat ilmu baru
    betik = katis = kepaya

    itu indahnya seni masakan
    satu2 daerah punya masing2 special

    BalasPadam
  5. Assalam..Amie..slmat tengahhari...ehm 1st time jumpa resepi ni...mchm sedap ja..lagu kerabu betik gitu kan...terima kasih d rumah akak...jumpoa lagi ya..

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam Nuridah,
    masam tu bagi hilang hanyir hati dan pedal kot... memang mereka suka bubuh asam jawa.

    Ain,
    Sedap Ain...:)

    Lady Ayu,
    ada kombinasi rasa masam dan manis (kalau guna betik tua yang rasa manis)

    BalasPadam
  7. Kasih,
    Amie pun hanya jumpa resepi begini (setakat ini) dalam masyarakat Melayu Cocos.

    Noor Zaleha,
    ya... macam kerabu, tapi ini dimasak...

    BalasPadam
  8. Salam Amie..

    Saya sejak dulu teringin nak masak sayur gunakan betik mengkal.. tapi sering hajat terbantut sebab cik abang awal2 dah komplen dia rasa pelik bila betik dijadikan sayur.. begitu jugak kalau MaDiHaA gunakan kulit tembikai yg isinya dah dimakan lalu dimasak sayur (mak pernah masak dulu2).. dia langsung taknak mencuba.. emmm... bab itu mmg dia payah betul nak mencuba.. hehe.. apa2pun.. MaDiHaA dapat agak betapa sedapnya sambal katis tu... sebab MaDiHaA memang suka makan sayur dari betik.. tak kira samada dikacaugoreng, dimsk lemak atau masak air lada hitam.. bahkan dicelur cicah sambal belacan pun sedap! terima kasih berkongsi resepinya ye...

    BalasPadam
  9. Salam Amie...uniknya masuk ke blog Amie ni ialah byk nama masakan yg pelik2 blh diketahui.Terima kasih ayas pengkongsian ini...
    katis=betik ya....br ku tahu:)

    BalasPadam
  10. Bagus sebab dapat pelaji ilmu/resepi dulu dulu dari ibu/mertua. Kalau tidak nanti hilang begitu saja.

    BalasPadam
  11. Assalam amie, menariknya resipi sambal katis ni, tak boleh nak bayang mcm mana rasanya tu,

    BalasPadam
  12. Itulah bagusnya duduk di tempat banyak etnik dan budaya Amie. Kakak tak pernah lagi merasa tapi macam boleh buat bila baca resepi yg Amie berikan..

    BalasPadam
  13. Kak amie saya belum pernah rasa lagi, tp dh tentu sedap ni ;)

    BalasPadam
  14. Salam Madiha,
    Amie pun dulu tak pandai makan sayur betik tapi bila selalu tengok orang kampung belah suami masak, ada pula dibubuh air asam jawa, macam terasa kelainan pada resepi itu. Lama-lama Amie pun suka... itulah untungnya kalau suka mencuba, baru kita tahu sedap tidaknya ye Madiha.

    Azatie,
    katis & kepayas = betik@papaya....:)

    Hazila,
    bonda mentua pun dah tak ada lagi, semasa hayatnya memang beliau ketua masak di majlis kenduri-kendara di kampung, alhamdulillah ada juga resepi yang sempat kami warisi.

    BalasPadam
  15. salam amie..
    pernah dengar juga masakan katis nie..tapi mungkin cara penyediaanya berbeza..terima kasih share2 resepi warisan..;)

    BalasPadam
  16. Salam Rosa,
    ini resepi tinggalan orang tua... kalau hasil air tangan mereka tentu sedap, tapi memang sedaplah... ada kelainan dalam rasanya, manis betik mengkal dengan air asam jawa.

    Kak Zakie,
    kita pun tak pernah terbayang dan terfikir ada resepi begini sebelum ini, masaknya pun mudah....

    Asmara,
    kalau makan masakan orang tua... lagi sedap terutama yang pure Cocos.

    Aju,
    boleh cuba ni, memang sedap.

    BalasPadam
  17. Salam Zila,
    jomlah kongsi resepi tu Zila... boleh tambah koleksi masakan.

    BalasPadam
  18. salam rindu Amie...lama rasanya tak jenguk ke sini....
    liza xpernah mkn lg ni, dgr nma pun baru 1st time ni...ihhihii

    BalasPadam
  19. Assalam kak Amie, unik namanya dan semestinya sedap ni..lum pernah mkn lagi.teringin lak nk rasa..:)

    BalasPadam
  20. Salam rindu Liza,
    tak pe... kita kongsi resepi, Amie pun kalau tak datang sini tak tahu ada resepi begini.

    Nieza,
    boleh rasa tapi kena masak... ha ha hahh ringkas saja masaknya.

    BalasPadam
  21. Sukalah tengok resepi kat blog Amie, lain dari yang lain,bilalah dapat merasa masakan Amie yang sedap tu..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe