Delayed

4:37 PG

Salam pagi Isnin.... sebenarnya subuh belum tiba, fajar belum menyingsing, dan dinihari sedang ke penghujungnya. Dingin, sepi dan tenang.

Kami masih di Kota Kinabalu. Belum sampai ke destinasi kami sebagaimana yang dijadualkan sebelum ini. Sepatutnya petang kelmarin sudah tiba di Lahad Datu, bagaimanapun setelah penerbangan ditunda sebanyak 3 kali kerana masalah teknikal, akhirnya terpaksa dibatalkan. Semua penumpang di bawa ke Berjaya Palace Hotel untuk penginapan selama satu malam.

Seawal pukul 3 pagi, kami sudah menghadap sarapan dan sebelum pukul 4 pagi kami telah berada di Airport Kota Kinabalu semula. Penerbangan kami dijangka pada pukul 6.10 pagi ini ke Lahad Datu. 

Segala perancangan tergendala. Anak-anak terpaksa tidak hadir ke sekolah, Encik Suami mungkin lewat datang ke tempat kerjanya dan Amie sendiri sudah tentunya 'bercuti' bersama bujang tengah yang tiba-tiba mendapat serangan gastrik 3 hari lepas.

Benarlah, manusia hanya mampu merancang, tapi dalam perjalanan pelaksanaannya tidak semua apa yang dirancang berjalan dengan lancar. Namun kami mengharapkan penerbangan pada pagi ini berjalan mengikut perancangan MAS.

Amie semakin insaf! Banyak ikhtibar yang Amie perolehi sepanjang tempoh hanya 7 hari ini. Dan, pastinya.... pastikan.... Amie sentiasa berfikiran positif.

Kenangan 'percutian' singkat masih  terasa. Masakan bonda, dan lauk-pauknya tetap dirindui. Mungkin apa yang Amie paparkan di bawah kurang tepat pada masanya, tapi apa salahnya sekadar ingin berkongsi bersama teman-teman..... lauk-pauk kampung yang bonda hidangkan untuk santapan bersama.


Ikan Talapia Goreng



Sup Ayam Kampung, Acar Campuran Asam Kundang, Timun dan Lobak serta Kerang Masak Tumis.



Antara menu yang terhidang, sudah tentulah sup ayam itu khusus untuk Amie yang sedang berpantang. Dan akan meneruskan amalan 'berpantang' ini untuk tempoh tertentu......


Ya Allah Ya Tuhanku ... Sesungguhnya kami milik-Mu dan kepada-Mu kami akan kembali. Ya Allah berilah pahala kepadaku dalam musibahku ini dan gantikanlah untukku dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya. Amin.


38 comments

  1. waaaa....semuaaa sedap! saya kat sini memalam buta tetiba lapar balik tengok hidangan yg semua best :-)

    p/s: saya link kan blog Amie kat blog saya yea :-)

    BalasPadam
  2. Mmg kita hanya mampu merancang kan kak, namun moga Ada hikmah utk setiap yg blaku, sedapnya tgk ikan tu

    BalasPadam
  3. Salam kak amie!! ohhhhh! kita nmpk keranggggggggggg! sampai terlupa nk ckp, sama2 itu yg ajer yg dpt kita tolong, DOA dr kejauhan, dan jgn putus berdoa insyaAllah!

    BalasPadam
  4. Dear Amie Ani doa kan segala urusan di permudah kan.. Semoga kita sentiasa di dalam lindungan Allah swt

    BalasPadam
  5. Salam Amie,

    Semoga Amie sekeluarga selamat tiba ke Lahat Datu.

    BalasPadam
  6. dah sampai rumah ni rehat cukup ye k.amie...kalau boring tengoklah sinetron....hihihi..kalau dah lagi boring mengadaplah jemputlah dtg ke dpur kawan2 ..hari ni kwn2 semua masak yg sedap2 belaka...(hahaha). tapi entah kenapa ucu hari macam mlasa pulak nk masak...tengoklah tengahari ni pulak kot2 ada menu yy sesuai utk org mlas mcm ucu ni....

    BalasPadam
  7. kak amie...t;liurnya tgk ikan talapia goreng tuh...dah lama x makan.


    semoga segala urusan akak dipermudahkan olehNYA aminnn.

    BalasPadam
  8. cheq sua plate nak mintak kerang boley x????
    sini x der juai kerang la akak
    dah lama x makan ni
    sedapnyer....makan ngan nasik panas2 khen

    BalasPadam
  9. ASSALAM KAK AMIE .. dah lama wani x mengonline tak tahu apa cerita ... wani tahu ada musibah yang menimpa kak amie ..harap tabah dan sabar hadapi ujian Allah .. masih lagi ada sinar dihadapan ....insyaAllah sentiasa berdoa ...Allah akan berikan rezeki yang lebih baik buat kak amie ... apapun menu ni sedap... lebih2 lagi yang ada kerang tu ..

    BalasPadam
  10. waduhh kak sungguh menyelerakan semua makanan ni..sedapnya:)

    semoga akak sentiasa tabah yer...insyaAllah ada hikmah disebalik dugaan tu.

    BalasPadam
  11. Lady Lavender,
    terma kasih sudi link...silakan.

    Ajumohit,
    Ya... betul, dan itulah yang dinamakan takdir.

    Ika,
    Suka makan kerang ye Ika... terima kasih atas doa itu, insya-Allah sama-manfaatnya dapat manfaatnya untuk dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  12. Choco Aini,
    ya... mudah-mudahan segalanya dipermudahkan oleh-Nya, amin.

    Kunang-Kunang,
    alhamdulillah... sudah selamat tiba.
    Terima kasih KK.

    Ucu Faridah,
    dah sampai rumah, dah cukup rehat tapi rasa macam nak demam dan tak boleh termenung sorang-sorang... kena sibukkan diri juga....

    BalasPadam
  13. Mamamnya,
    memang sedap talapia gemuk yang digoreng tu...
    alhamdulillah, kami selamat sampai.

    Lady Ayu,
    kerang tu masak tumis ringkas aje, tapi memang dah licinlah dik... nanti boleh masak lagi, datang awal sikit ye he he hehh

    Wani,terima kasih banyak sudi kunjung ke sini, insya-Allah semuanya akan baik.

    Nieza,
    terima kasih dik....tabik dengan ketabahan Nieza yang sampai kena 3 kali... agaknya perkara yang menimpa kakak ni amat kecil jika dibandingkan apa yang Nieza alami tu, kakak pun doakan Nieza akan dapat yang terbaik daripada-Nya.

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Salam Amie,

    Kak Ros tak pernah rasa lagi acar ni,mesti sedap kan,nampaknya pun dah tau...

    Perut jangan dok biar kosong,Mesti dok kena isi Amie...semoga Amie cepat sembuh ya...

    BalasPadam
  16. salam kak amie..sedapnya kerang tu kak..terliur sebab dah lama tak makan..
    semoga akak diberi kekuatan untuk semua peristiwa tersebut..

    BalasPadam
  17. sedap tgk menu tu semua...myelerakan selera...ala2 kampung lagi...mmg layan seyyy...

    BalasPadam
  18. Harap Amie sabar dengan ketentuan,Mungkin ada hikmat disebaliknya. Kak Zai juga pernah kehilangan semasa berumur lebih 3 bulan. Selepas setahun kak Zai mengandungkan anak yang bongsu sekarang.

    BalasPadam
  19. akak suka makan ikan talapia tu... tumpang makan boleh..

    BalasPadam
  20. Ros,
    acar tu hubby yang buat dengan kakak masa di kampung,
    ya...Amie memang kena makan tapi kena pilih makanan yang 'panas' untuk kesihatan, bonda kata kena berpantang juga...

    Kamalia,
    kerang tu dah tinggal gambarnya saja... he he heh
    alhamdulillah, syukur... kami redha dan mudah-mudahan dapat menerima sepenuhnya dengan hati yang lapang.

    Qasey,
    memang masakan kampung tu, masak pun di kampung, yang mask pun orang kampung he he he makannya pun di kampung juga.

    Kak Zaitun,
    terima kasih kak, mungkin kehilangan kali pertama, dan langsung tidak menduga... itu yang amat terkejut dan ambil sedikit masa untuk terima, alhamdulillah sedikit demi sedikit kami dapat menerima kenyataan. Cuma... bila sampai ke Lahad Datu... terasa 'kekosongan' bila berdiri di depan pintu rumah.

    BalasPadam
  21. Nor,
    noleh sangat... ikan tu pun gemuk2!

    BalasPadam
  22. menu tu semua mmng sedap...!!!!

    p/s...semoga Allah permudahkan segala urusan akak...kita hnya mampu merancang, tapi DIA yg mnentukan....

    BalasPadam
  23. As'salam Amie

    Pertama sekali ct turut sedih sama bila membaca semua isi hati Amie dari mula2 kehilang pemata yang dinanti2kan. ct turut sama merasai apa yang Amie dan suami Amie rasai, namun betul apa yang sering kita lafazkan bila sesuatu terjadi..."sudah ditakdirkan tiada rezeki untuk kita" insya'Allah mungkin Allah akan kabulkan permintaan Amie dan suami satu hari nanti...Aminnn

    Rindu sangat nak baca coretan Amie dan melihat lauk pauk yang sedap2 yang tak biasa ct makan. Dah semestinya hidangan yang disediakan oleh bonda Amie ni buat ct yang masih batuk2 pun menelan air liur, rindu juga masakan arwah ibu...

    BalasPadam
  24. Salam Amie..

    mama doakan semoga segala urusan dipermudahkan...

    lauk2 kmpg mmg the best!!! esp sup ayam kmpg!!!
    sesuatu yg unik... lauk kerang & apa tuh acar campur bersama asam kundang!!! blh share resipi Amie?

    BalasPadam
  25. MP,
    menu kampung tentu sedap ye MP, makan pun ramai-ramai....semuanya habis licin!
    Alhamdulillah MP, di sebalik kesedihan itu Allah titipkan bersama kegembiraan yang kadang-kadang kita tidak sedari.

    CT Delima,
    terima kasih atas kunjungan Ct, benarlah memang rezeki itu tidak berpihak pada kami, tapi sebenarnya banyak rezeki lain tak terhitung yang allah telah berikan.
    Masakan kampung terutama air tangan bonda memang tak ada tandingan biarpun hanya ikan goreng ye Ct!

    Mama Hawa,
    terima kasih atas doanya itu,
    silakan...cubalah resepi kami yang seadanya ini.

    BalasPadam
  26. memang sedap lauk talapia....saya pun suka...:)

    BalasPadam
  27. salam kak amie...sedap lauk berpantang tue...semuanya sedap2....semoga dipermudahkan segala urusan kak..;)) InsyaAllah

    BalasPadam
  28. semua menu ni sungguh membuka selera la.semoga yg terbaik buat amie ya.

    BalasPadam
  29. Salam Kak Amie,semoga dalam keadaan yang baik ye.Hidangan kat atas tu sungguh menyelerakan,suka sangat dengan lauk2 macam ni..alahai rindu pulak nak balek kampong..

    BalasPadam
  30. wahai kak amie sayang...rindu pada akak..dah lama puteri tak singgah.

    namun setiap kali singgah kat sini..satu je yang pasti..puteri akan terasa lapar...hehehe

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum Amie,
    Berselera nampak hidangan kat atas tu, especially ikan goreng yg rangup tu.

    Sedih dan sayu membaca n3 Amie yg di bawah tu, semuga Amie tabah menghadapi segalanya, sungguhlah kita hanya merancang tapi Tuhan yg menentukan.....

    BalasPadam
  32. tengok ayam tu dah tau aym kampung. selamat berpantang kak!

    BalasPadam
  33. Quinnie,
    di Lahad Datu susah nak dapat talapia, tu pasal tak lepas peluang kalau balik kampung.

    Asmah Yusuf,
    terima kasih, insya-Allah sentiasa dipermudahkan oleh-Nya, memang kena berpantanglah juga...

    WhiteCappicino,
    menu bonda memang sedap, Amie tak tahu bila lagi hendak turun ke dapur,
    ya... mudah-mudahan kerana Allah Lebih Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Nya.

    BalasPadam
  34. Rahel,
    alhamdulillah Kak Amie baik2 saja... memang lauk begini menggamit memori untuk balik kampung!

    Puteri Kasih,
    terima kasih sudi singgah, lapar ye... he he hehh

    Wattie,
    ikan talapia yang gemuk tu memang rangup, tapi kalau digoreng lembik2 sikit ia lebih sedap kot,
    iya Wattie... kita pun tak pernah menduga semua ini akan berlaku, perkara dah berlaku di luar kemampuan kita....insya-Allah, kami redha.

    Asmara,
    dah tak jumpa dah ayam kampung bila dah balik dari kampung.... pantang beberapa ketika aje As sehingga sihat kembali.

    BalasPadam
  35. salam Amie.apa kabar?Dah lama xbukak tenet & baru mlm ni atie mengetahui ttg 'kehilangan' Amie.
    Sedih atie bila membacanya..teringat kisah atie dulu yg 'kehilangan ' juga.rasanya janin dah sebsr ibu jari gak..disbbkn atie trjatuh kat tangga umah MIL.
    Mmg sedih kan Amie..bengkak2 mata atie menangis & HB puas gak memujuk.Mcm anak Amie gak...anak2 atie sedih xdpt 'adik'.
    Atie doakn semoga Amie tabah selalu..kesedihan ini akan hilang bersama hari2 yg kita terus lalui & sokongan dr insan2 trsayang....InsyaAllah.

    BalasPadam
  36. saya suka sangat ikan tilapia tp dah lama tak makan ikan ni..waaaaaa

    ;)

    BalasPadam
  37. Atie,
    syukurlah Amie ada blog, sekurang-kurangnya dapat kongsi suka duka dengan teman-teman, dapat juga kongsi pengalaman bersama... memang benar Atie, Amie akui...3 hari 3 malam, airmata ini asyik mengalir walaupun Amie cuba tahan (terutama bila bersendirian dan termenung), memang sampai bengkak mata... bila balik ke Lahad Datu nak masuk rumah...tercegat saja depan pintu terkenang betapa singkatnya masa berlaku dan kejadian itu mengambil masa sekelip mata saja! Syukurlah Atie... kini Amie dan suami dapat terima hakikat itu...semua yang berlaku di luar kawalan kita sebagai manusia biasa.

    Tihara,
    memang sedap ikan talapia...jenis air masin campur air tawar!

    BalasPadam
  38. begitulah hidup kan Amie, diuji sedikit kesusahan berbanding banyaknya nikmat yang diberikan.
    Tengok lauk-pauk tu pun dah tau betapa nikmatnya balik kampung..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe