Bubur Bujang

3:14 PTG

Salam petang Jumaat. Bubur ini bukan untuk orang bujang tapi Bubur Bujang yang membawa maksud bubur yang ringkas cara penyediaannya. Bolehlah dihidangkan untuk mereka yang kurang selera untuk makan atau yang sedang demam-deman dan rasa seperti akan jatuh sakit.... he he he hehh, dan sesuai juga untuk yang sedang sakit gigi tapi kena keluarkan ikan bilis dengan ayam cariknya dulu!


Resepi: Bubur Bujang 
Sumber: Amie's Little Kitchen


Bahan A (untuk 2-3 kali makan atau 2-3 orang sekali makan)
3/4 cawan beras - cuci dan toskan airnya
3cm halia muda - hiris halus
2 biji bawang putih - hiris halus
1 helai daun pandan - siat-siat
1 ketul pati ayam Maggie
1 bonggol pokok sup - hiris halus
1 sudu teh lada putih - tumbuk
air secukupnya

Bahan B:
1 mangkuk kecil ayam carik - ayam goreng atau ayam rebus
1 mangkuk kecil ikan bilis goreng
hirisan daun sup dan daun bawang
bawang goreng

Cara:
1. Campuran kesemua  Bahan A dan didihkan di atas api kuat sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api sehingga bubur masak.
2. Untuk menghidangkannya, bubuh di dalam mangkuk.
3. Taburkan Bahan B.
4. sedia untuk dinikmati.

Memang nampak 'bujang' saja kan? Bujang pun bujanglah, yang penting menu ini menyihatkan dan boleh mengenyangkan!



Mulai esok, habislah masa 'berpantang' makan, tapi memang kena pastikan makan hidangan yang boleh panaskan badan untuk beberapa waktu lagi.

20 comments

  1. asslm Kak Amie...sedap nmpk bubur bujang tu yer...myelerakan...byk pula isinye...huby QH suka menu cmni...

    BalasPadam
  2. Sodapnya bubur tu kak Amie...makan time hangat2...waw...

    BalasPadam
  3. tadi my son pun request nk mkn bubur gak...bubur ni sgt mudah d buat khen

    BalasPadam
  4. salam amie..
    walaupun bujang mewah dengan lauknya.sedap nampak..

    BalasPadam
  5. Salam kak amie!!! nak fengsan tgk bubur akak yg byk ikan bilis tuuu sebab KITA SUKEEE!!!!! sedapnyerrrrr! ni kalau mkn mmg keja tambah ajerr nii hihihi...

    BalasPadam
  6. Sedapnya makan bubur panas2 kan...

    BalasPadam
  7. lama tak singgah sini... harap2 kak amie sihat2 ye...

    sedapnya bubur bujang. rasanya izan pun nak buat jugalah. rasa takleh nak telan nasi sgtlah skrg ni kak...

    BalasPadam
  8. Nampak menyelerakan walau simple nyumnyum

    BalasPadam
  9. Qasey Honey,
    sesekali makan menu begini memang sedap kan Qasey...

    Rahel,
    memang sedap makan time hangat-hangat... kalau boleh bubuh cili lagi berasapkan Rahel...he hehh

    Lady bAyu,
    kena buatkan dia bubur gak Ayu... bubur bujang ye Ayu...:)

    BalasPadam
  10. Tak kisah la bujang ke, dah berkahwin ke... kalau ajak makan mesti tak tolak lah.

    BalasPadam
  11. Kak Na,
    bujang pun sahamnya tinggi ye Kak Na..

    Ika,
    memang kakak tahu Ika suka ikan bilis...sedap, banyak zat kalsiumnya ye Ika.

    Gee,
    memang sedap Gee, kena tambah bertambah ni...

    BalasPadam
  12. Izan,
    betul tu Izan, jangan biarkan selera makan hilang... kesihatan Izan kena jaga juga.

    Qema,
    kalau perut dah lapar, semua nampak sedap ye Qema...

    Hazila,
    bubur ni kalau pandai buat, sedapnya boleh kalahkan nasi berlauk ye Hazila.

    BalasPadam
  13. Amie bubur bujanglah ramai peminat!, hehe.
    Mai 2 mangkuk, nak makan petang, hik!

    BalasPadam
  14. lama tak mkn bubur..org tak sakit pun teringin juga...hehe

    BalasPadam
  15. Assalam amie, bubur bujang macam ni boleh habis dua mangkuk ni, sedapnya ikan bilis goreng ranggup mcm tu. Semoga amie cepat pulih n sembuh ya, jaga diri baik2

    BalasPadam
  16. assalam amie..acik pun suka makan bubur ni..lagi kalau letak santan..lemak je

    BalasPadam
  17. Ummi,
    makan bermangkuk-mangkuk bubur, kena tambah lagi Ummi...

    Nieza,
    jom makan sama Nieza.

    Rosa,
    alhamdulillah Amie sihat, cuma kena habiskan baki ubat-ubatan tu... he he heh teringin makan bubur, jom makan sama Rosa.

    Acik Erna,
    memang sedap tambah santan tu Erna...

    BalasPadam
  18. sedapnya bubur nasi tu amie.. anak3 semua suka bubur.... ibunya pun suka.. kalau buat mkn bermangkuk2 juga sbb bubur ni kenyang sekejap je kan.. hehe..

    BalasPadam
  19. lebih kurang macam air bujanglah ye amie, bukan org bujang yg buat.

    menarikkk...sedap2

    BalasPadam
  20. ehem bubur bujang..he2x..sedap nama resepinya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe