Ayam Masak Kuning

5:37 PTG

Assalamualaikum dan salam petang Isnin. Kali ini Amie ingin kongsi resepi Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku. Siapa lagi kalau bukan mantan Perdana Menteri kita yang pertama, Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Memang nampak ringkas cara penyediaannya tetapi tentulah ada keunikannya yang tersendiri, misalnya sebelum ditumis terlebih dahulu daging ayam digaul dengan bahan-bahan kisar yang terdiri dari halia, cili padi, bawang merah dan juga kunyit. Apabila ditumis, baunya semerbak memenuhi ruang kerana kebetulan di luar hujan, jadi terkepunglah bau tumisannya di dapur!


Resepi: Ayam Masak Kuning
Sumber: Hidangan Kegemaran Dari Dapur Tunku

Bahan-bahan:
500 gram daging ayam - potong kecil-kecil
2 biji ubi kentang  - kupas dan potong baji
1 helai daun kunyit - siat-siat
150ml santan - Amie gunakan 300ml susu cair
garam dan gula secukup rasa
minyak

Bahan kisar:
8 biji bawang merah
2cm kunyit hidup
2cm halia
8 biji cili padi

Bahan hiasan:
cili merah - hiris halus
cili hijau - hiris halus

Cara:
1.Gaulkan daging ayam dengan bahan kisar.
2. Panaskan minyak dan masukkan ayam bersama bahan kisar serta balik-balikkan selama 5 minit.
3. Tambah 50ml santan dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4. Masak hingga kuah memekat dan kemudian masukkan daun kunyit serta ubi kentang.
5. Tambah baki santan dan biarkan mendidih sebelum diangkat dari api.
6. Hias dengan hirisan cili hijau dan cili merah.
7. Hidangkan panas-panas.



Nampaknya hidangan Ayam Masak Kuning merupakan menu terakhir untuk hari ini sebab esok pagi kami sekeluarga akan terbang balik kampung. Sempat juga Amie petik beberapa biji buah mangga udang yang agak matang sebagai buah tangan untuk bonda.


Tangan pun gatal untuk timbang berat ..... setiap satu beratnya melebihi 1kg, tapi sayang seolah-olahnya belum cukup tua. Apa pun Amie bawa juga pulang ke kampung sebab bonda teruja sangat ingin melihat bila dengar Amie bercerita tentang buah mangga udang yang agak menjadi tahun ini.


Nampaknya berpeluang juga buah mangga udang dari Lahad Datu naik kapal terbang pergi ke Selangor!



16 comments

  1. lapolah pulak bila tgk menu dr dapur kak amie nie...

    BalasPadam
  2. salam kanal juga Amie..
    sy suka masak lemak ayam,..tp selalu buat ikan je..hehe..slmt balik kmpg..Amie org Bagan datok ye..sy kat teluk intan..

    BalasPadam
  3. WOOWW SEMAKIN CANTIK NIH BLOGNYA,,RESEPNYA CANTIK-CANTIK AKU SUKA TUH

    BalasPadam
  4. Amie..sedap nyer lauk masak kuning tu,,..kire adek badek ngan rendang gak eyh...

    Wahh..ade mangga udang...pestain tgk nih....

    aPE2PON...SLAMAT PULANG N SLAMAT KEMBALI....

    BalasPadam
  5. Besarnya mangga udang tu. Mungkin kat semenanjung panggil lain kot.

    BalasPadam
  6. Besarnya mangga udang tu. Mungkin kat semenanjung panggil lain kot.

    BalasPadam
  7. sedapnya..gulai ayam tu kan kak macam gulai lemak kuning org perak...selalu buat makan dgn pulut kuning..tapi saya dah lama tak masak....hehehe

    gemoknya pelam..geram tengok...semoga seronok balik kg ye kak..:)

    BalasPadam
  8. Amie,harum baunya sampai ke Kuching..
    Alhamdulillah, moga dapatlah mak Amie merasa mempelam tu. Selamat bercuti...

    BalasPadam
  9. Myda,
    jom makan sekali Myda.

    Ummiaisyah,
    bonda Amie orang Bagan Datuh, Amie balik ke Selangor.

    Detea,
    terima kasih kerana suka...

    BalasPadam
  10. Mimie,
    he he he rendang tak berkerisik tu...

    Hazila,
    agaknya lain namanya ye Hazila... nanti sampai kampung tanya bonda.

    Kasih,
    memang menggoda...sebab gemok!

    BalasPadam
  11. Quinnie,
    ooo...macam tu ye gulai orang Perak,
    memang pelam tu gemok2,
    rasa tak sabar nak balik ni...

    Ummi,
    kuatnya baunya ye Ummi...terima kasih Ummi, Amie bercuti sekeluarga!

    MP,
    selamat bercuti juga MP....:)

    BalasPadam
  12. salam Amie,
    menyelerakan..
    ya Amie betul kata Quinnie tu..macam nilah gayanya org perak masak lemak ayam..negeri lain kebanyakannya iza tengok tumis dulu tp kat perak takde tumis2..baik ayam ikan sama..
    waahhh besarnya mangga..tak pernah pulak jumpa mangga sebesar itu..
    ~~selamat bercuti~~

    BalasPadam
  13. Iza,
    nanti nak tanya bonda, sebab bonda memang anak jati Perak... agaknya Amie yuang tertinggal resepi dari bonda!

    BalasPadam
  14. Salam Kak Amie..saya pun pernah cuba resipi dari dapur Tunku ni..simple tapi sedap kannnnn

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe