Sambal Tempoyak Kak Ct
4:48 PTGTiba-tiba teringin makan sambal tempoyak! Stok tempoyak masih ada lagi dalam peti ais. Cadangan awal Amie nak masak lemak cili api pucuk ubi dengan tempoyak, bubuh udang basah dan juga hirisan daun kunyit...adeeeehhh..... meleleh liur bila teringat resepi istimewa ini yang pernah kawan dari Negeri Sembilan bawa dari kampungnya. Sampai hari ini teringat-ingat, tapi bila buat sendiri macam tak berapa sedap. Oleh kerana hari ini ada tugasan di sekolah, balik pun lewat sedikit, Amie masaklah mana yang terdaya. Selepas mengubati gelora rasa dengan segelas jus mangga di bawah, Amie cari-cari Encik Google untuk memilih resepi yang ada kaitan dengan tempoyak dan bahan yang Amie ada di dapur. Akhirnya terjumpalah resepi Sambal Tempoyak Kak Ct dari blog Nadiacomeneci di SINI. Kata Nadia, resepi Sambal Tempoyak ini diperolehi dari seorang kawan baiknya yang bernama Kak Ct semasa bekerja di pejabat lama dahulu. Oleh kerana resepi ini sangat sedap, menurut Nadia sehingga ke hari ini Sambal Tempoyak Kak Ct menjadi salah satu lauk kegemarannya. Izinkan Kak Amie kongsikan resepi Sambal Tempoyak Kak Ct di sini untuk tatapan teman-teman pengunjung ye Nadia cayangggg.......
Resepi: Sambal Tempoyak Kak Ct
Sumber: Nadiacomenenaci
Sumber Asal: Kak Ct FAISBWJ
Bahan-bahan:
5 papan petai
5 biji bawang merah
8 biji cili api - Amie tambah 7 biji lagi, 1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau
segenggam ikan bilis
3 sudu tempoyak
3 sudu minyak
sedikit air
sedikit garam dan perasa
Cara:
1. Tumbuk bawang merah dan cili api - hanya pecahkan / tak perlu lumat
2. Masukkan ikan bilis dan tumbuk sedikit.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
4. Masukkan petai. Kacau rata.
5. Masukkan sedikit garam dan perasa.
6. Masukkan tempoyak dan gaul rata.
7. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga kuah pekat.
8. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
Amie hidangkan Sambal Tempoyak Kak Ct bersama ikan talapia hitam goreng. Waduh! bahaya ni....beberapa kali tambah nasi sampai si dia pun pandang kita beberapa kali dan sempat bertanya dengan suara perlahan......... ada apa - apa ke?
Tak ada apa-apa........ Sambal Tempoyak Kak Ct memang sedap!
31 comments
Hari2 makan macam ni boleh masuk pertandingan bina badan la hehe
BalasPadamWC,
BalasPadamha ha haaaa...lepas tu kita masuk The Biggest Loser ye WC.
Wow sedapnyaa..leh terasa2 sedapnyaa sampai ke sini haa.. :)
BalasPadamfuhhhhh...sedapnya...makin kembang ler badan lepas ni yer...hehheheh
BalasPadamRinna,
BalasPadamooohh...sampai sana ye...memang sedaplah tu!
MP,
he hehhhee...kembang semangkuk takpe Mp!
Adoiai!...bau tempoyak...petai...sampai kesini tau...tak tahan ooooo...kak cek suka ...kak cek suka...:) boleh tumpang makan ke Amie...
BalasPadamKak Amie..Yana pantang lah dgn tempoyak nii..pantang tgk..mmg nk terkam hihiii..bau tempoyak dh smpai penang..adusss..sedapnyaaa..
BalasPadamas'salam Amie
BalasPadamapa khabar Amie, lama betul tak kesini ya. rindu sangat2 dengan masakkan Amie.
nak mintak sikit, ct tak pandai makan tempoyak, jadi jamu mata jerlah ya..
Tempoyak + petai = mengancam habis...lapar.
BalasPadamsalam amie,ini lauk fav akak jugak..bila dah tak tau nak makan apa,ini lah yang akak sajikan..pembuka selera lauk gini kan?
BalasPadamAssalam amie, perut dh kenyanp pun terasa mcm lapar lagi bila tgk sambal tempoyak, petai, n ikan talapia tu sedapnya amie, 3 pinggan pun tak sedar diri ni heheh
BalasPadamalamakkk..tempoyakk, buat ida terliur jer k'amie ni...ada petai lakk tu..adehhhh...
BalasPadammaceh yer kak di atas ucapan hari tu
wah sambal yg mudah, nampak pun sedap sangat! suka petai! hehe..
BalasPadamselamat malam Kak Amie...dah bobo' k?...Amboii..goda Rahel lagi ee..tengok sambal tempoyak yg ada petai ni memang menggamit selera..suka la.
BalasPadamsedapnya kak..memang menyelerakan:)
BalasPadamwah..sambal tempoyak ngan petai memang sedap....boleh cuba cara ni pulak..sebab bertumis..selalu saya kacau2 je gitu2 atas api...sedapnya cicah ngan ikan....
BalasPadamAmie, datang pagi2 dah kecur air liur ni, boleh bayangkan kesedapannya..
BalasPadambest tgk ikan besaq tue la kaka
BalasPadamai khen bab tempoyak mmg kureng sket
makan pow x biasa...jakun giler khen
hahaha jgn gelak taw ngeeee
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamKesian kat kita di sini sebab tak makan tempoyak, jadi perati dari jauh jer la....
Cik Cek,
BalasPadamlaukpauk kampung memang sedapkan Kak Cek!Mehlah...jangan segan-segan, kita makan sama.
Yana,
jom sama-sama terkam tempoyak ..he hehehh
Waalaikumussalam Ct,
kita pun rindu kat masakan Ct bila Ct cuti tinggalkan dapur,
memang ada sesetangah orang tak pandai makan tempoyak Ct... he heheh cuci mata ajelah ye Ct.
Yatie,
BalasPadambest ni makan waktu tengahari...peluh pun ikut meleleh!
Kak Anim,
memang terbuka habis pintu selera kita kak...aduiiii
Rosa,
betul tu Rosa, Amie di sini susah nak dapat ikan talapia,memang tak sedar diri kalau makan begini, goreng saja pun sodap!
Ida,
BalasPadamada bawa stok tempoyak ke Jepun tak Ida?
Asmara,
memang sangat mudah Asmara, masaknya pun kejap je dah siap.
Rahel,
kalau makan reramai lauk ginikan, mesti rebut-rebut, yang tak sedap pun jadi sedapkan!
Nieza,
BalasPadamwaktu masaknya pun dah leleh air liur..he he hehh
Quinnie,
masakan yang ringkas dan mudah, tapi sungguh menyelerakan!
Ummi,
terima kasih Ummi sudi bertandang, ini mesti bau tempoyak & petai dah sampai ke Kuching ni...
Lady Ayu,
BalasPadamtakpe, tak makan tempoyak masih ada menu lain yang menyelerakan, memang ikan goreng tu sodap Ayu!
Wattie,
ooo...siannya dia, datang dari jauh...sampai sini perati aje...nanti Amie masak yang lain untuk Wattie yea.
aduss tempoyak kegemaran..
BalasPadamlauk2 kampung mcm ni lagi membangkit selera kan..kalo makan nasik ngn budu je mau 2 pinggan menambah..hoho
Nens,
BalasPadamadui Nens....disebutnya budu pulak... teringlah pulak nak makan nasi kerabu!
Aslmkum amie.. lum pandai mkn tempoyak la.. jakul tul kan.. hihihi.. nmpk sedap..
BalasPadamSalam kak amie..huish tak tahan tengok petai tu..meleh air mata..sebab tak dapat makan..
BalasPadamkat rumah ucu ada tempoyak yg blm lagi dbuka..k.amie tolong masakkan boleh..
BalasPadamrasanya kalau akak yg masak lagi sedap la dari masakan ucu ni...(ayat org malas..)
dZana,
BalasPadammari berkenalan dengan tempoyak... mula-mula hidu baunya dulu, kemudian rasa sikit...masin,masam, manis...
Kerull,
aduduiiiii....ciannya dia, lap airmata tu dik...meh sini, kakak hidangkan sambal tempoyak, kita makan sama-sama ye.
Ucu,
memanglah kalau dah ada tempoyak berlonggok depan mata,malas nak buat ye Ucu... untuk pengetahuan Ucu, di sini tak ada orang jual tempoyak tau, kak Amie buat sendiri ni... tu sebab rajinnnn je nak masaknya...he he hehh, juga sebagai menghargai usaha keras kak Amie buat tempoyak.
perghhhh!tengok gambar je tau dah, terbaik!
BalasPadam