Laksa Utara Versi Kak Anim
6:04 PTG
Petang semakin mengesot menuju usia tuanya. Jam menunjukkan pukul 5.38 minit. Samar-samar senja mula menyelimuti suasana. Sebelum bersiap sedia membersihkan diri untuk mengabdikan diri kepada-Nya menjelang Maghrib, Amie gunakan beberapa minit untuk berkongsi Laksa Utara Versi Kak Anim dari blog anymz@mykitchen. Kata Kak Anim, Laksa Utara hasil air tangannya tersangatlah sedap kerana kepekatan kuahnya. Amie pun berusaha untuk merealisasikan kelazatannya walaupun pada mulanya Amie tercengang seketika bila terbaca jumlah asam keping yang digunakan ialah sebanyak 15 keping! Tapi, orang kata pengalaman Kak Anim sebagai juru masak professional tentu tidak boleh disangkal lagi. 15 keping pun 15 kepinglah Amie bubuh tanpa apa-apa taruhan sebab Kak Anim kata rasa Laksa Utara ini hendaklah sedikit masam dengan rasa masinnya serta perkataan...'konpius' digunakan oleh Kak Anim untuk rasa ini.
Inilah hasilnya Laksa Utara Versi Kak Anim yang Amie hasilkan pada hari ini. Terima kasihlah Kak Anim cayangggg.....kerana sudi berkongsi resepi yang sangat sedap ini. Nampak sopan saja semasa Amie menyediakan menu Laksa Utara Versi Kak Anim ini sebab bunga kantan dengan daun kesumnya dihiris-hiris dan bukannya main belah dan ikat kasar-kasar macam selalu masak tu. Ada unsur penderhakaan sikit ye Kak Anim dalam resepi ini. Amie tambah hirisan nenas sebab suami sukakannya. Dan satu lagi, oleh sebab Amie suka gunakan ikan kembung manakala suami pula suka ikan selayang, jadi Amie gunakan 1 kg ikan kembung dan 1/2 kg ikan selayang untuk bahan kuahnya. Apa rasanya? Sedap! Anak-anak makan bertambah-tambah dan memang Amie sengaja lebihkan mee laksa dari sebungkus kepada 2 bungkus. Minta izin ye Kak Anim, Amie panjangkan pula resepi istimewa ini di sini untuk dikongsi bersama rakan-rakan pengunjung yang rajin bertandang ke dapur Amie. Untuk mengetahui resepi ini dengan lebih lanjut, sila klik dapur Kak Anim di anymz-mykitchen.
Resepi: Laksa Utara
Sumber: Kak Anim@anymz-mykitchen
Sumber: Kak Anim@anymz-mykitchen
Bahan-bahan:
1 paket laksa kering - Amie gunakan 2 paket
beberapa titik minyak
air secukupnya
Cara:
1. Masukkan laksa kering ke dalam periuk - Amie rendam dulu sehingga kembang sebelum direbus
2. Masukkan air secukupnya dengan beberapa titik minyak
3. Rebus hingga empuk
Tujuan letak minyak ialah supaya laksa tidak melekat bila sudah masak.
1. Masukkan laksa kering ke dalam periuk - Amie rendam dulu sehingga kembang sebelum direbus
2. Masukkan air secukupnya dengan beberapa titik minyak
3. Rebus hingga empuk
Tujuan letak minyak ialah supaya laksa tidak melekat bila sudah masak.
Bahan-bahan kuah:
1 1/2 kg ikan kembung-bersih dan ketepikan - Amie gunakan 1 kg ikan kembung + 1/2 kg ikan selayang
15 keping asam keping
2 tangkai bunga kantan-di hiris
1 ikat daun kesum-di hiris
10 tangkai cili kering - kisar
1 labu bawang besar-bersaiz kecil - kisar
2 ulas bawang putih- kisar
Air secukupnya
Minyak
Garam secukupnya
Cara:
1.Ikan yang sudah di bersihkan dimasukkan ke dalam periuk.
2.Masukkan air sehingga menenggelamkan ikan tersebut.
3.Rebus ikan hingga masak.
4.Setelah ikan masak,angkat ikan dan ketepikan
5.Air rebusan ikan jangan di buang.
6.Keluarkan isi ikan dari tulangnya.
7.Isi ikan di kisar bersama-sama air rebusan tadi.
8.Masukkan lebihan tulang ikan ke dalam mesin pengisar.
9.Masukkan juga air sehingga menenggelamkan tulang ikan tersebut lalu di kisar lumat.
10.Masukkan air tulang ikan ke dalam periuk bersam-sama isi ikan yang sudah di kisar juga bersama lebihan air rebusan ikan tadi. Ketepikan
11.Dalam periuk yang lain,tumis bahan2-bahan kisar hingga naik bau.
12.Masukkan air ikan dan bahan-bahan yang di hiris juga bersama asam keping dan garam
13.Masak hingga mendidih
14.Rasa laksa ini hendaklah sedikit masam sekali dengan rasa masin nya. (ada konpius kat sini kan??
Bahan hiasan:
telur rebus
hirisan timun
hirisan nenas
limau kasturi
hirisan bawang merah besar
cili hijau / cili merah / cilipadi
Bahan hiasan:
telur rebus
hirisan timun
hirisan nenas
limau kasturi
hirisan bawang merah besar
cili hijau / cili merah / cilipadi
Hari ini kami makan Laksa Utara berkali-kali.... kami tak makan nasi sebab kelmarin sudah tak sedar diri makan berpinggan-pinggan dengan sambal tempoyak petai dan ikan talapia goreng! Jom....ada sesiapa nak ikut Amie hantar semangkuk Laksa Utara ke rumah Kak Anim.....wokey....angkat sayap...kita terbang dengan MAS Wing dari Airport Lahad Datu mencari rumah Kak Anim.....
24 comments
aduhhh...terliur la pulak nengok ke laksa akak ni. kalau ada bahan2 kompom dah saya buat... errrr tumpang makan buleh?
BalasPadamamie..amie..lapar
BalasPadamdah lah hujan....
suke laksa.. tpi nk buat mmg malas.. kt BP seharian hujan.. sejuk n lapar n nak makan jer kejenya..
BalasPadamLaksa utara mmg fav la
BalasPadamStart buat laksa mmg x der recipe sbb Umi Ayu yg ajar kan
Since dh reti ni mmg ader tmbh mcm2
Dan Ayu pun suka letak nenas gituew
Ayu plak x suka rasa masam sgt but suka kuah pekat
Ni ikut selera msng2 la khen ngeee
Tadi smoothie...ni laksa la pulak...adoiai! rajin bebeno adik ka cek sorang ni...kalau dapat join makan alangkah bestnya...:)
BalasPadamAssalam Amie.acik cuma makan laksa lemak..yang kuahnya bersantan..
BalasPadamlaksa utara memang my fav kak..suka juga bubuh nenas..kalau ikut versi saya suka blend bubuh dlm kuah tu..kuah pekat tu yg sedap bubuh lak otak udang memang terbaik:)
BalasPadamCheq Sue,
BalasPadamsila...silakan makan, memang masak lebih ni.
Cute Oven,
kalau dah sejuk, memang perut cepat lapar ye...
dZana,
di sini tak banyak pilihan laksa, tu sebab kena juga merajinkan diri membuatnya...nak makan punya pasallah ni dZana.
Lady Ayu,
BalasPadamlaksa versi Kak Anim ni kakak rasa taklah begitu masam walaupun banyak bubuh asam keping.
Cik Cek,
marilah sini Kak Cek, makan sama...banyak lagi ni.
Acik Erna,
alhamdulillah.... Amie makan semua jenis laksa, bersantan, berkuah tak bersantan, semua bedal dari Kedah, Penang sampailah Laksa Johor nu... he heheh
Nieza,
ooo...boleh bubuh dalam kuah, cantik juga bunyinya tu...lain kali nak cuba buatlah...terima kasih ye Nieza..
resepi kak anymz ye
BalasPadambest2..
selamat malam kak amie sayang :)
BalasPadamlaparnyer..nak laksa..hehehe
aduhaiiii kak amie ku sayang...ni kalau encik suami mieza tgk ni mau dia merengek2 suh buat ni..ni peveret dia ni..maklum la dia tuh org kedah..laksa utara tu mmg makanan dia..mieza pun suka juga..mmg lama betul mieza tak buat..sedapnya kak amie...kalau balik alor setar mak mentua sealu ajak makan laksa kat kuala kedah sedap sgt sbab ikan kembung fresh baru naik dari laut..waaa rindunya laksa utara!
BalasPadammalam2 ni lapar pulak tgk laksa tu..tapi esok konpem buat...
BalasPadamKak Amie!!! nak laksa 2 mangkuk..sedapnyaaa...laksa mmg fav yana..terasa nk amek jee kat dlm pic tuu hihii
BalasPadamAmie,ummi datang makan laksa pulak ni,terima kasih ye, esok ummi datang lagi.
BalasPadamSelamat malam Kak Amie...waaa pekena laksa lagi ek...rajin tul masak2..sedap hirup kuah laksa time hujan2 ni..
BalasPadamsalam kak amie ... sekali wani tengok macam laksa kelantan pun ada..hihi... tak pernah wat lagi la laksa utara neh ... tapi yg confused nya last step tu .. rasa masam sekali dan sedikit masin .. macam mana lak tu hihi
BalasPadamamie..
BalasPadamkat rumah maklong laksa ni selalu beli kat pasar rabu.. sebungkus je makan 2 orang dgn diana.. yang lain jowonya pekat sgt.. tak reti nak makan laksa..huhu..
jawapnya malaslah nak buat sendiri..
wah boleh cuba resepi kak anim nih..mesti sedap...heheheh....saya pun selalu letak dlm 5 kpg asam keping..itu pun paling byk tu...hehehhe..nanti nak cuba letak banyak cam ni jugak...:)
BalasPadamKasih,
BalasPadamKak Anim memang pandai masak...
Puteri Kasih,
selamat pagi Puteri...dah sarapan belum?
Mieza,
memang kalau ikannya fresh, hasilnya pun....terasa manisnya ikan tu, lagilah kalau bubuh ikan banyak2, pekat aja kuah laksa tu...lagi satu, laksa kedah ni diorang suka bubuh banyak aksesori ulam-ulaman ye Mieza, sebab ada kawan Kedah tu punyalah banyak segala pucuk kacang baia dia masukkan tapi memang sedap!
MP,
BalasPadambuat...jangan tak buat, kang liur menjejes tak terlap...ha hahahh
Yana,
boleh...banyak buat ni, lebih 2 mangkuk pun takpe.
Ummi,
terima kasih Ummi sudi datang, terus datang ye Ummi...nanti Amie masak2 lagi untuk Ummi ye.
Rahel,
BalasPadamkelmarin tak makan nasi, makan laksa saja berulang-ulang...kenyang!
Wani,
itu ayat Kak Anim...maksudnya hasil kuahnya tu tentulah ada rasa masam dan masin yang sekata...tapi tidaklah begitu masam dan masin, biasa saja rasanya.
Maklong,
ha ha hahha sekarang Jawa ke, Banjar ke semua main borong resepi Maklong, rugi tak cuba pelbagai jenis makanan...sedapkan!
Quinnie,
kena hati-hati juga bubuh asam keping ni Quinnie, sebab ada yang jenis terlalu masam dan ada jenis asam kandis yang tak berapa masam...
aduhai..aduhai amie..sayang..mmmuuaaahhhh..
BalasPadammaceh amie..sudi mencuba laksa akak ni.maaf terlewat akak tiba sebab sibuk sikit.
akak buat kenduri semalam 3hb..sempena 100 hari pemergian arwah abg akak..
sedap kan?..rasa nak buat je lagi.akak kalau dah buat laksa tak makan nasi dah..asyik makan laksa je berulang2..:)
fuyooooooooooooo.....sedapnyeeeeeee
BalasPadam