Fish Head Curry With Bamboo Shoot

6:10 PTG

Oleh kerana sepanjang petang ini hujan turun tanpa henti, badan pun rasa sejuk semacam. Walaupun sudah tahu musim tengkujuh tapi Amie redah juga untuk menyelongkar dapur yang menyimpan resepi masakan yang boleh menghangat tubuh. Akhirnya Amie termasuk dalam dapur Hazila@My Small Kitchen. Terbaulah pula bau harum Fish Head Curry With Bamboo Shoot dalam periuk Hazila. Apalagi, Amie pun cepat-cepat angkut resepinya bawa balik Lahad Datu. Syukurlah Amie sempat sampai mengikut penerbangan terakhir MAS Wing dari Kota Kinabalu.


Hazila gunakan ikan duri. Amie pula gunakan kepala ikan merah dan dua keping badan ikan. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui resepi yang sungguh enak ini, bolehlah berkunjung ke dapur Hazila @ My Small Kitchen di SINI. Amie panjangkan resepi Hazila di sini pula ye... Hazila cayanggggg. Minta izin dan minta halalkan perbuatan menyelongkar dapur Hazila tadi.

Resepi: Fish Head Curry With Bamboo Shoot
Sumber: Hazila @My Small Kitchen


Bahan-bahan:
1 potong kepala ikan ( saya guna ikan duri ) - Amie gunakan kepala dan isi ikan merah
1 paket serbuk kari
1 sudu makan cili kisar
1 sudu teh halba campur - Amie tambah 1 sudu biji sawi
1 labu bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
1/2 biji tomato - dihiris nipis
1 biji cili hijau - dihiris nipis
rebung yang telah direbus - Amie tambah kacang bendi
1 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
air secukupnya
jus asam jawa
garam
cili hijau dan merah untuk hiasan

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau, tomato dan halba campur hingga naik bau.
2. Campurkan rempah kari dan cili kisar dengan sedikit air sehingga menjadi paste. Masukkan paste ini ke dalam tumisan tadi dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Kemudian masukkan kepala ikan, gaul biar bahan tumisan tadi sebati dengan kepala ikan. Masukkan jus asam jawa, santan pekat dan air secukupnya.
4. Masukkan rebung yang telah dipotong kepada saiz yang sesuai dan biarkan ia mereneh dan mendidih. Perasakan dengan garam.
5. Masukkan cili hijau dan merah biarkan seketika, tutup api jika sudah masak.


Nampaknya malam ini Amie keseorangan di rumah. Anak-anak dan Encik Suami sebentar lagi akan bergerak  ke kampung untuk mengikuti majlis bacaan Yassin. Siapa nak temankan Amie......  ada sesiapa yang sudi?

10 comments

  1. Amie

    hujan2 gini pekena fish head curry ngan nasi panas2..waduhhhhhhhhhh tak terkata arr :)

    BalasPadam
  2. nak teman! boleh tumpang mkn kari ikan. hehe..

    BalasPadam
  3. Kari ikan bestnya... Ratah ikan saja pon bestnya kak

    BalasPadam
  4. kak amie...kari ikan ni xletak halia yer...mnyelerakan betul....hihihi

    BalasPadam
  5. amie jeles mama !!..mama tak makan ikan..hu2x..kalau rumah mama dekat dgn rumah amie mama dtg temankan,amie..he2x..

    BalasPadam
  6. Yat Maria,
    cuaca sejuk + kari panas = hangat badan.

    Asmara,
    boleh sangat....panas-panas lagi ni.

    Aju,
    memang sedap Aju,lembut aje isinya, kita suka matanya...

    Liza,
    selalunya bubuh halia...a'aaa laaaa.. baru perasan, kali ini tak bubuh halia sebab ikut resepi, tapi tak mengurangkan rasa sedapnya.

    Mama Aini,
    ni seronok ni...dia tak makan ikan, sanggup pulak temankan kita... hi hi hiii kenyanglah kita meratah kepala sorang2.

    BalasPadam
  7. masuk kt dapur k'amie..mmg leleh air liur jer tgk lauk2 yg k'amie msk.sume sedap2 belaka....

    BalasPadam
  8. Kalau kari sedap makan dengan roti.

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie..sempat jugak masak kari ikan walaupun penat naek tonkang..hehe...

    waaa sangat sedap nampaknya menu ikan kari tu..bikin ngences aje..

    BalasPadam
  10. Amie, baru 2hari lepas masak kari kepala ikan merah, tapi guna rempah kari ikan ynag dah siap tu, lain kali boleh cuba resepi Amie ni pulak.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe