Air Rambutan
2:10 PTGTerima kasih Ibundo kerana telah memberikan Amie idea untuk membuat Air Rambutan. Petang kelmarin Encik Suami membawa pulang lagi sebakul penuh rambutan. Amie teringat komen Ibundo dalam n3 Amie tentang Pisang Nangka & Rambutan. Menurut Ibundo, kupas rambutan dan hiris, masak dengan air gula dan simpan dalam peti sejuk. Kalau hendak makan, masukan rambutan bersama airnya ke dalam cawan dan tambah ketulan ais. Sekali lagi terima kasih buat Ibundo, dan Amie ada buat tokok tambah sedikit ye Ibundo.
Resepi : Air Rambutan
Idea : Ibundo & Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
500 gram rambutan - kupas dan buang biji
1/2 liter air
5 sudu gula pasir
secubit garam
1 helai daun pandan
Cara:
1. Masak rambutan bersama kesemua bahan di atas hingga mendidih.
2. Sejukkan seketika dan simpan dalam peti sejuk.
3. Tambahkan ketulan ais sekiranya ingin menikmatinya.
~Amie tambah Sunquick Buah-buahan Tropika ke dalam gelas ketika menghidang~
Ini sahajalah yang dapat Amie hidangkan sebab Amie baru pulang dari sekolah. Sekolah kami mencapai keputusan dan peningkatan yang cemerlang dalam PMR. Murid dan ibu bapa sangat gembira...., berpeluk-pelukan sambil menitiskan airmata, manakala kami guru-guru cabuk .... hanya mampu menyaksikan sahaja kegembiraan mereka. Tahniahlah buat ibu bapa di atas kecemerlangan anak-anak. Selesailah sudah tugas kami untuk tempoh 2011 dan ditutup dengan peningkatan prestasi PMR yang memberangsangkan.
8 comments
rambutan tengah banyak ni..good idea..bagus bolehla try
BalasPadambiasa laici..ni rambutan..gud idea..sedapnya dapat minum
BalasPadamTahniah cikgu Amie atas kejayaan anak2 murid...
BalasPadamSambil2 tu ummi menghirup air rambutan, sejuk tekak ni..
budak2 kt rmh ni malas nk kopek rambutan terpaksalah ucu ucu kupas pastu simpan dlm petiais x sampai 1/2 jam licin..
BalasPadamAnis (puteri tunggal) baru minta ibunya buatkn air rambutan..tup2 akak dah buat..nanti ucu suruh dia salin resepi ni ye...
banyaknya dpt rambutan... dapat dari mana tu? meh campak sini sikit.. hehe.. bagus idea ibundo tu kan.. buah2 malaysia pun sesuai dijadikan minuman gini... teringat masa budak2 dulu2 kalau mkn rambutan.. bijinya tu dikumpul kemudian digoreng sampai rangup.. kalau taknak goreng.. bakar pun boleh juga dlm oven.. sedap tau.. umpama makan 'badam malaysia' hehe...
BalasPadamPaty,
BalasPadammemang tengah banyak rambtan ni.
Iza,
sedap!
Ummi,
terimakasih Ummi, kita minum dulu ye Ummi.
Ucu,
first time buat atas idea Ibundo ni.
Madiha,
rambutan dari kampung, selalu sangat Encik Suami angkut bawa balik, banyak....
oooofirst time dengat biji rambutan boleh dimakan, eeeiii..ruginya baru tahu...kalau tahu dari dulu...nanti nak cuba, tq ye Madiha!
Salam Kak..Emmmm alhamdulillah...Ilmu dan bimbingan yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan dan pengorbanan pasti mendapat balasan yang baik2 dan hanya Dia yang mampu menilainya...Apa-apa pun tahniah buat Kak Amie dan semua warga kerja yang terbabit di atas kejayaan ni...
BalasPadamKak Amie..good idealah gandingkan jus sunquick ngan rambutan ni..Nak cuba juga lah, harap2 anak2 sukeeee.....InsyaAllah.....
Kalau sedang dahaga, tentu inilah penawarnya
BalasPadam