Kerabu Kerang
6:59 PTG
Selamat berhujung minggu kepada teman-teman pengunjung yang budiman. Kunjungan kalian ke Amie's Little Kitchen kali ini dihidangkan dengan menu Kerabu Kerang. Kita ratah-ratah sajalah sampai habis. Ramai yang sudah biasa buat Kerabu Kerang. Pejam mata pun boleh buat, betul tak? Tak kisahlah itu semua, yang penting kalau dihidangkan semangkuk besar di hadapan kita, memang boleh habis diratah begitu saja.
Resepi: Kerabu Kerang
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
300 gram isi kerang yang sudah direbus
1 cawan taugeh yang sudah dicelur
2 batang serai - mayang halus
50ml pati santan
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan udang kering
1 biji lada merah - hiris
7 biji cili padi - hiris
1 labu bawang besar - mayang
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa
Cara:
1. Tumbuk kasar-kasar kelapa parut bersama udang kering.
2. Gaulkan bahan tadi bersam kerang, taugeh, serai, cili padi, cili merah dan bawang besar.
3. Masukkan pati santan diikuti dengan garam dan gula.
4. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi.
5. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
Tumbuk kelapa parut kasar-kasar begini sebenarnya Amie ikut cara bonda. Kalau inginkan yang lebih halus, bolehlah buat kerisik tapi kurang hiduplah pula aroma pati santannya.
29 comments
Assalam kak Amie, sunggih mewah ngan kerang tuh.Kalau beli kat beli dapat 2-3 ekoq jer kerang.makan pun xpuas. Ni tengok pun dah kecur liur..
BalasPadamWaalaikumussalam Lina,
BalasPadammemang banyak yang tak puashatinya kalau beli lauk di pasar ye Lina, sekarang ni semua naik harga, beli mahal tapi sampai rumah nampak seco'et je.
kak..kecur liur mira tengok, dah la fav food kerang~~
BalasPadamAssalamualaikum Amie....
BalasPadamSedapppnya Kerabu Kerang Ni...Tak Sabar Rasa Nak Makan. Kak Lin Ada Gout Tak Leh Makan...Sekrg Ni Tahap Tinggi....Adussss!
salam kak amie...sedapnya kerabu kerang...ada masa nnti nak cuba buat jugalah..
BalasPadamsejujurnya izan tak pandai buat kerabu2 ni. tahu makan je...heheh...
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamWah sedapnya nampak kerabu kerang tu, terguder rasanya....nanti boley cuba.
kak amie cayangggg..ada kerabu kerang la pulak kat lahad datu..dah la mieza ni suka kerabu..mesti berselera ni makan nasi malam ni..ke laut lagi la diet macam ni kak amieeeee...kecur rasa di mulut bila terbayang kerabu kerang yang diperah limau kasturi yang sederet tu...kak amieee nakkkk sikitttt
BalasPadamsalam amie.. teringin sangat bundo nak meratah-ratahnya. tapi takut makan. bundo ni kena turunkan uric asid ni.. jamah seketul dua je lah..
BalasPadamsalam kak aime..sedap kerabu kerang nanti saya nak cuba..tumpang ambil copy resepi yea
BalasPadamAssalam Amie, bestnya kerabu kerang tu, teringin gak nak buat kerabu2 ni, tapi beli kerang tak sempat lak nak buat kerabu, terliurnya amie
BalasPadamMiera,
BalasPadammemang sedap makan kerang, rebus cicah sos cili pun sodap!
Lin,
Waalaikumussalam,
memang kena utamakan kesihatan ye Kak Lin.
Izan,
tidaklah susah nak buatnya, gaul-gaul je semua bahan tu... he heheh
Nuridah,
BalasPadamboleh cuba..senang aje kan.
Mieza cayanggg,
kat rumah kakak saja yang ada kerabu kerang, orang sini tak biasa makan kerang, mereka lebih kepada ikan je.... kerang pun jarang nak jumpa macam di tempat kita Mieza.
Kak Amie ratah aje kerabu ni.
Ibundo,
iyelah Ibundo sayang...kesihatan perlu diutamakan dulu.
Kerabu kerang..emm tak pernah buat ni..biasanya sambal kerang makan dgn nasi lemak.Mesti sedap ni.
BalasPadamAzu,
BalasPadamsilakan copy...selamat mencuba ye Azu.
Rosa,
ha haha...nak buat kerabu kerang pun Amie banyak godaannya Rosa, bila dah rebus kerang sambil mengupas sambil masuk mulut, hasilnya tinggallah seco'et..he hehheee
Puan Ros,
BalasPadamratah-ratah saja kerabu kerang ni.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsedap! memang ngam utk diratah ni amie..
BalasPadamNak kerabu kerang jugak Amie,dah lama tak makan kerabu ni..
BalasPadamSelamat malam Kak Amie...klu Rahel mintak kerabu kerang dah tentu dah abis kan..so tengok2 pic je la..
BalasPadamamie beli kerang yg dah di kopek atau yang fresh..?
BalasPadamsedapnya *sambil telan air liur*
Sedap kerabu kerang tu amie...butul amie kalau beli mmg ciput jer... Kalau buat sendiri mmg puas hati...
BalasPadamAmie..sedap tu..acik ambik resipi ye..acik suka kerabu dan acik suka kerang..
BalasPadamWC,
BalasPadamratah ramai2 lagi sedap ye WC.
Ummi,
dulu selalu makan di kampng, tapi semenjak duduk Sabah jarang jumpa kerang.
Rahel,
betul tu Rahel, memang dah licin...he he he pinggang pun dah naik atas rak.
Kasih,
BalasPadambeli berkulit, kopek sendiri...itu lebih sedap Kasih, terasa manisnya.
Ain,
memang puas hati buat sendiri...kalau Kak Amie masih duduk Jeram, selalu kami buat rendang kerang.
Acik Erna,
silakan, ambillah resepi, terima kasih kerana sudi untuk cuba ye Acik.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalammualaikum kak amie...bila ada kerabu ni? tak perasan lak saya..hehehe...saya pun kalau ada kerang kat rumah suka buat kerabu...tapi biasanya tak letak udang kering kalau buat kerabu ni...lain kali nak cuba cara akak ni pulak..:)
BalasPadamsedapnya kerabu kerang ni...nak ambik resepi yer...ada masa nak buat nnti....
BalasPadamWaalaikumussalam Quinnie,
BalasPadamsedap kalau bubuh udang kering, jadi boleh kurangkan penggunaan garam.
MP,
boleh cuba Mp, sedap ratah2 saja ni.
kerabu kerang.. nampak sedap.. diana mmg suka makan kerang.. tp x perna lg buat kerabu.. menarik.
BalasPadam