Ikan Haruan Panggang Air Asam & Pucuk Ubi Masak Lemak
6:02 PTG
Hari ini Amie hidangkan lauk kampung. Dulu senang untuk mendapat bekalan ikan air tawar seperti haruan, sepat dan keli. Sekarang pun agak senang juga kerana ikan keli banyak diternak kecuali ikan sepat yang semakin pupus spisiesnya. Ikan haruan pula..... hmmmm, waktu dalam pantang memang itulah antara menu yang wajib dijamah, sup ikan haruan yang katanya banyak khasiatnya untuk membantu proses membaiki tisu-tisu yang luka terutama untuk wanita yang baru bersalin. Itu cerita khasiat ikan haruan, tapi Amie sebenarnya ingin bercerita tentang hidangan Ikan Haruan Panggang cicah Air Asam seperti di bawah ini. Biasalah ye... mana ada bara api nak panggang. Masuk sajalah dalam oven.
Resepi: Ikan Haruan Panggang Air Asam
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
3 ekor ikan haruan - bersihkan dan kelar-kelar
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh lada putih - tumbuk
1.5cm halia - tumbuk
sedikit garam
Cara:
1. Lumurkan ikan haruan dengan kesemua bahan di atas.
2. Panggang sehingga masak.
P/S: Perap ikan haruan dengan garam dan asam jawa selama 10 minit dan kemudian cuci bersih sebelum dilumur dengan bahan panggangan.
Bahan-bahan untuk air asam:
7 biji cili padi - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 labu bawang besar - hiris
1/2 sudu makan taucu manis
1 sudu kicap cair
50ml bancuhan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
jus limau kasturi - pilihan
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di dalam satu bekas.
2. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Jika suka boleh tambah jus limau kasturi.
Resepi Pucuk Ubi Masak Lemak yang Amie masak merupakan masakan arwah nenek yang pernah Amie makan semasa kecil dulu. Biasanya nenek tidak memasukkan kunyit dalam masakannya jadi hasilnya kuah santan kelihatan putih. Nenek suka gunakan santan pekat. Amie jarang jumpa aroma masakan bersantan yang benar-benar selazat hasil air tangan orang-orang dulu. Kenapa ye? Kalau nak cerita memang tak habis, dan buat terliur saja nanti dibuatnya. Jadi petang ini Amie ingin kongsi resepi Pucuk Ubi Masak Lemak yang selalunya nenek campurkan bersama kerang dan petai. Cerita tentang petai, terbayang sebatang pokok petai nenek di kampung. Tingginya..... tak terpanjat oleh Amie walaupun banyak buahnya berjuntaian di hujung julai. Seingat Amie, nenek tidak masukkan cili padi dalam masakannya, dan seboleh-bolehnya Amie ingin masak sebagaimana yang pernah nenek masak dahulu.
Bahan-bahan:
secekak pucuk ubi - celur hingga empuk
1 cawan isi kerang
20 biji petai
2 cawan pati santan
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
garam dan perasa pilihan
Bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit belacan
Cara:
1. Masukkan pati santan bersama bahan tumbuk ke dalam periuk.
2. Masukkan sekali pucuk ubi, kerang dan petai.
3. Didihkan di atas api sederhana.
4. Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
5. Apabila santan mula mendidih, masukkan cili hijau, cili merah, garam dan perasa pilihan.
6. Tutup api.
7. Pucuk Ubi Masak Lemak sedia untuk dihidangkan.
36 comments
nangesss tgk
BalasPadamrindunyer nk makan makanan kg gini
sedap kak...ikan haruan tue goreng garing2 pow dah sedap...teringat dulu bersalin menu ikan haruan jer hikhik...sup pun ikan haruan...sini mmg x der la...pucuk ubi tu mmg fav ayu la....uwaaa meleleh air lioq cheq ni
Lady Ayu,
BalasPadammenu kampung memang sedap makan di kampung ye Ayu, nak pulak yang masak tu bonda kita ke, makcik kita ke, nenek kita ke...adeeehhhh
salam Amie..ikan haruan tu mmg payah nk jumpa la kat sini.Setgh org xbape suka ikan haruan sbb hanyir & byk tulang gak kan.
BalasPadamKalau menu kampung kan Amie, tak pernah tak berselera makan, kena je dengan selera ummi, ummi buat balik semangkuk ni..hehe
BalasPadamAssalam amie, waduh sedapya lauk amie hari ni..ada pucuk ubi ada ikan panggang cicah air asam..waduh dah kecur habis ni amie..lagi2 tengok pucuk ubi yang ada kernag tuuu..wah cannot tahan leh..
BalasPadamsedapnya membuka selera ni. Tapi sayang saya tak makan ikan haruan.
BalasPadamassalamualaikum dan salam kenal.. datang sini sebab nampak tajuk haruan panggang tu.. terus terliur gak.. sedapnya... alahaiii .. terbau2 haruan panggang sampai sini..
BalasPadamAzatie,
BalasPadamhe he hehh tak apa kalau orang tak makan, kita makan je sebab fikirkan khasiatnya.
Ummi,
boleh...bawalah Ummi, jangan lupa tutup mangkuk tu...nanti kuahnya tertumpah pulak.
Ayu,
kalau makan dengan bonda tentu lebih sedap ni Ayu...
Kunang-Kunang,
BalasPadammemang ada sesetengah orang tak makan haruan.
JassNani,
waalaikumussalam dan salam kenal juga,
nak tahu sampai mana boleh sampai bauk ikan ni ye... he hehh
as-salam
BalasPadamish..ish..ish..ngancam betul lauk2 kat atas tu....terliur gk tgk IHPAA tu..sedap!!!!
tengok pucuk ubi tu..mmng terliur betul...Tapi ikan haruan tu makan masa pntang jer..kalau hari biasa mmng tak makan....
BalasPadamAssalamualaikum Amieeee,
BalasPadamRumah baru ker ni, atau kamera baru??? baru puas rasa hati tengok gambar gedabak haaa, tertelan telan air liur ni tengok air asam tu, favourite hubby ngan anak2 ni......
Ady,
BalasPadamkalau rasa terancam,mehlah makan sama kat sini he he heh
MP,
pucuk ubi memang sedap masak lemak, ikan haruan tu memang waktu pantang kena makan, tapi ntah nape tetiba teringin pulak nak makan...ngidam lagi kot ha hahahh
Wattie,
rumah lama Amie, buat renovation sikit, kamera pun yang lama punya, kamera cabuk.. ingat nak buang dalam longkang, rupanya kita yang ngok tak pandai nak tekan2 keperluan foto...he he hehh banyak benda baru Amie dapat dari kamera cabuk ni tau Wattie... dah berangan nak beli baru, tapi tak jadilaaa...
salam kak amie...haruan bakar yg mengancam mmg ngam la dgn pucuk ubi tu, tambah pulak airasam yg pedas2.....perggghhhh sampai jilat jari la....
BalasPadamAmie..acik suka makan ikan haruan..salai dulu lepas tu masak lemak cili api..sedap sangat..tapi dah hampir 14 tahun acik tak makan dah..dulu masa dok tanjung karang je senang dapat.
BalasPadamkalau acik bersalin..suami acik memang masakkan ikan haruan setiap hari sampai 60 hari..nasib baik acik tak jemu dengan ikan haruan ni.
Kak amie...walaupun dah 4 5 hari dok kg, tapi xde lagi menu ikan darat camni...adehhhhh, sekarang dok kg pun kemain susah nak dapat ikan haruan tu...
BalasPadamSalam Amie sedap tu ikan haruan Lama Kak Ani x makan.. mmg btul masa berpantang menu wajib tu.. terliur Ani hehe
BalasPadamLiza,
BalasPadamagaknya kalau makan di kampung lagi sedap ye Liza...alahai rindunya kampung!
Acik Erna,
masya-Allah...sampai 60 hari makan ikan haruan, mesti bekalan tak pernah putus...sebab bukan senang nak dapat ikan haruan ni,
masa Amie berpantang dulu pun, bonda mentua masakkan sup sikit-sikit supaya bolehlah bertahan bekalan beberapa hari...hanya beberapa hari saja tu...
Cheq Sue,
dulu senang nak dapat ikan darat, kat sawah bendang, kat paya, parit semua ada... sekarang ni nak jumpa sekali dalam setahun pun boleh dibilang dengan jari.
ehem pandai amie memasak ya..mama tak mkmn ikan..tapi blh try resepi pucuk ubi masak lemak tu..thanks share resepi..
BalasPadamChoco Aini,
BalasPadamada yang makan masa berpantang saja, ada yang boleh makan pada hari biasa... orang kata bagusnya ikan haruan ini pada lendirnya yang banyak khasiat tu.
Liza,
BalasPadamagaknya kalau makan di kampung lagi sedap ye Liza...alahai rindunya kampung!
Acik Erna,
masya-Allah...sampai 60 hari makan ikan haruan, mesti bekalan tak pernah putus...sebab bukan senang nak dapat ikan haruan ni,
masa Amie berpantang dulu pun, bonda mentua masakkan sup sikit-sikit supaya bolehlah bertahan bekalan beberapa hari...hanya beberapa hari saja tu...
Cheq Sue,
dulu senang nak dapat ikan darat, kat sawah bendang, kat paya, parit semua ada... sekarang ni nak jumpa sekali dalam setahun pun boleh dibilang dengan jari.
Mama Aini,
BalasPadamsilakan...itu resepi nenek kesayangan Amie tu.
Alamak Kak Amie..rindunya nak mkn ikan haruan..selalu ada nampak kat pasar tamu jer..tapi belum teringin lagi nak beli..takut yang...
BalasPadamsalam kak amie
BalasPadamada menu ikan haruan pulak.. tapi sampai sekrang tekak wani x leh nak terima ikan air tawar neh .. entahla kenapa .. hihi.. tapi yang pucuk ubi masak lemak tu lain dr yg wani masak... mesti dari nenek kak amie ni sedap.. air tangan orang dulu2 ni memang sedap..
Sedapppppppppnyaaaaaaa
BalasPadamselamat malam k.amie yg dirindui....
BalasPadammasa ucu berpantang (bersalin) lebih kurang 20hari mkn ikan haruan..antara masakan yg wajib ialah masak lada hitam...org yg masak sampai nk muntah nk masakan..tapi ucu x jemu2...
memanglah orang2 dulu2 masak sedap..esok2 bila kita dah tua2..Inysyaallah anak2 n cucu akan ingat apa yg kita masak..tapi buat masa skrang ni kita muda belia lagi kan k.amie...hihihi...
kak amie sedapnya cicah ayeq asam lagi,saya dah kawen baru gheti makan ikan air tawar ni
BalasPadamaduss ikan haruan..sedapnya dibuat panggang...saya pun suka...akak kat sana harga ikan tak mahal ke? kat sini harga ikan boleh tahan jugak mahalnya...
BalasPadamtakpernah masak gulai pucuk ubi lemak taruk kerang + petai..mesti sedap nih...ada pucuk ubi..kerang n petai lak yillek....
Rahel,
BalasPadamtakut kena gigit ke Rahel...
Wani,
Dulu amie pun begitu... tak berminat dengan ikan air tawar, tapi lama-lama berminat kerana khasiatnya.
Kak Sa,
marilah makan sama kak.
Ucu,
BalasPadammak mentua kakak masakkan ikan haruan sup lada hitam...bubuh halia sikit, sedap je walaupun memula nak makan rasa lain macam tapi tak bau hanyir pun.
memang kita muda belia ye Ucu, mesti perasan muda supaya awet muda... he he hehh
Chik Mimi,
kadang-kadanmg persekitaran memang mempengaruhi cara pemakanan kita kan kan...
Quinnie,
kalau di Lahad Datu ikan haruan & keli 1kg atas rm15, tapi ikan talapia murah sikit rm8-10
AS'salam Cikgu Amie
BalasPadamTersentuh hati sekejap bila teringatkan masakkan dari arwah mak. masakkan mak memang yang terbaik dari mana2 masakkan. Selalunya masakkan dari orang dulu2 ni memang sedap Amie. mereka tak pernah guna santan kotak . Tapi belah kelapa yang dikukur sendiri dan diperah guna tangan. Itulah yang buat lemak santan tu sangat sedap dan segar serta harum bau lemak tu sendiri..ohhh memang nikmat kan.
rindu arwah mak...Al-fatihah
Ct,
BalasPadamal-Fatihah buat arwah mak Ct.
betul tu Ct... lain rasanya masak lemak dulu2 dengan masak lemak yang kita buat....tu yang buat jadi rindu!
kak, sedapnya!! terliur sudah memang my fav ikan haruan ni:)
BalasPadamNieza,
BalasPadamhari tu Kak Amie yang terliur tengokikan haruan bakar di dapur Nieza.
Salam Kak Amie..Saya pun suka pucuk ubi masak lemak tapi yang ada petai dan kerang belum pernah jumpa lagi...Boleh gak cuba ni untuk kelainan
BalasPadamSalam
BalasPadam