Ikan Haruan Goreng Petai
12:32 PTGLewat petang entah berapa hari yang lalu, Amie bersama Encik Suami berdua-duaan memancing ikan di sebuah kolam kepunyaan saudara sebelah suami berhampiran bukit di pinggir kampung. Selalunya kalau teringin makan ikan talapia merah atau talapia hitam, kami memancing di kolam ayahanda mentua. Sebelum ini sesekali kami memancing di Sungai Segama sekiranya tiba musim yang sesuai seperti musim ikan lampam, ikan lawang, ikan patin dan macam-macam jenis ikan yang lain. Memang tak terkira banyaknya jenis ikan termasuk udang galah yang berpunca mengikut aliran dari Sungai Kinabatangan. Bila musim kemarau kami ramai-ramai pergi ke anak sungai di hujung kampung mengutip lokan. Suatu ketika dulu, kami memang selalu datang ke kolam saudara suami untuk memancing sekiranya ada masa lapang. Kadang-kadang terpancing ikan puyu, dan ada sekali terpancing ikan kalui! Kami bawa pulang ikan kalui untuk dipelihara tetapi mati di pertengahan jalan, mungkin kerana luka terkait mata pancing. Memang banyak ikan haruan di dalam kolam tersebut. Kami berjaya mendaratkan 7 ekor dalam tempoh tidak sampai 15 minit. 3 ekor daripadanya Amie masak panggang beberapa hari yang lalu dan 4 ekor lebihannya Amie goreng untuk hidangan tengahari ini.
Resepi: Ikan Haruan Goreng Petai
Sumber: Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
4 ekor ikan haruan - bersihkan - lumurkan dengan garam dan kunyit
3 keping papan petai - buang kulit
7 tangkai cili kering - potong 3 dan rendam seketika
7 biji bawang merah - belah 2
7 biji bawang putih - belah 2
2 sudu taucu manis
50ml air bancuhan asam jawa
1 sudu gula
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
minyak
Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan haruan hingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang merah serta bawang putih. Tumis sehingga bawang layu dan masukkan cili kering bersama petai.
3. Masukkan taucu dan gaul rata.
4. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih seketika.
5. Masukkan ikan haruan yang telah digoreng.
6. Masukkan gula dan juga pati ikan bilis.
7. Ikan Haruan Goreng Petai siap untuk dihidangkan.
Bagi sesiapa yang tak pandai makan ikan haruan, minta maaf ye.... salah menu untuk kali ini. Yang boleh makan tu, jemput sama-sama... he hehehhh Encik Suami kata menu hari ini memang sedap. Sedikit pun tiada bau atau rasa hanyir ikan haruan! Agaknya sebab Amie goreng sampai garing dan sebenarnya kunyit boleh membunuh bau yang kurang enak!
11 comments
Wah, K Amie... Sedappp ni, ikan haruan digoreng dengan petai & cili kering camtu... Lauk ni saja pun dah cukup berselera buat nurul, tapinya org2 dlm rumah ni kurang ckit pada petai & ikan haruan... huhu
BalasPadamSalam Kak Amie..
BalasPadamwaduh...tergoda lagi dg hidangan ikan haruan goreng petai...belum pernah buat macam ni..sedap dan menyelerakan nampaknya.
uhh! forst time tengok haruan goreng petai ni..mesti tambah nasi berpinggan2! bahaya betul la!
BalasPadamNampak sedap tapi sayang kak Zai tak makan ikan haruan.
BalasPadamNampak sedap tapi sayang kak Zai tak makan ikan haruan.
BalasPadamsedapnya petai tu tp ikan haruan saya x makan...
BalasPadamMengancam betul masakan Kak Amie ni. Kalau jemput saya makan saya akan kutip petai je la. Ikan haruan kalau saja2 tu tak makan .Tapi pernah makanlah sbb bersalin secara pembedahan.
BalasPadamSalam Kak Amie..ikan haruan fav husben yana..yana xmkn ikan haruan tp petai mmg fav =)..nnt nk cubalah bt utk suami tercinta :=)
BalasPadamSALAM KAK AMIE ;;
BalasPadamWAH ikan haruan lagi .. tak putus2 ikan haruan ya ... hihi.. nampak sedaplah letak petai n lada kering lagi ... agak2 kalau ganti dgn ikan lain blh tak
Amie ummi tak pernah makan lagi ikan haruan ni, tapi memang nampak sedap sangat tu
BalasPadamamie dgn rasa jeles mama dtg sini...mama tak makan semua ikan dr kecil lagi !!!..hu2x..
BalasPadam