Apam Mentega Gula Hangus Versi Kak Siti Armah
12:21 PTGSalam tengahari Ahad. Sekarang tepat pukul 12 tengahari. Sementara menunggu untuk makan tenagahari bersama keluarga, Amie masukkan dulu menu sarapan pagi kami iaitu Apam Mentega Gula Hangus. Ramai blogger yang sudah memcuba resepi ini dan sememangnya rasanya sangat sedap. Sebenarnya Amie dapat resepi Apam Mentega Gula Hangus ini daripada kakak angkat Amie iaitu Kak Siti Armah. Pertama kali makan hasil air tangan beliau, terasalah lemak manisnya dan anak-anak pun sangat sukakannya. Amie minta resepi daripada Kak Siti Armah kesayangan Amie dah lama tau....kira-kira 12 tahun yang lalu, dan sampai sekarang Amie masih simpan resepi tersebut walaupun pernah hilang pada kali pertama Kak Siti Armah beri. Kak Siti Armah yang baik hati itupun tulislah sekali lagi resepi tersebut untuk Amie. Terima kasih Kak Siti sayanggg.......
Sumber : Puan Siti Armah Arpah - Taman Setia, Lahad Datu, Sabah.
Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:
(A) 1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
(B) 1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat - ayak tepung bersama soda bikarbonat
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
Cara:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga gula larut dan bertukar warna perang.
2. Padamkan api dan masukkan air.
3. Nyalakan api dan kacau gula hangus tersebut sehingga larut.
4. Masukkan mentega. Kacau sehingga cair. Ketepikan.
5. Dalam sebuah bekas yang lain, pukul telur, gula dan esen vanilla sehingga kembang.
6. Masukkan gula hangus yang masih panas ke dalam bekas adunan telur dan gula tadi.
7. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil diselangseli dengan tepung. Gaul sebati. Sekiranya terdapat tepung yang masih berketul, bolehlah saring atau tapis adunan tadi.
8. Panaskan pengukus dan acuan kuih. Tuangkan adunan ke dalam acuan sehingga penuh supaya hasilnya nampak gebu dan kelihatan cantik.
9. Kukus selama 12 minit.
10. Keluarkan acuan kuih dari periuk pengukus dan sejukkan seketika sebelum mencungkil kuih apam mentega keluar dari bekasnya.
11.Jika suka bolehlah letakkan sedikit kelapa parut di atas Apam Mentega Gula Hangus - untuk menjadikan kelapa parut tahan lebih lama, Kak Siti kukus sebentar kelapa parut tersebut bersama secubit garam.
Nampak montel Apam Mentega Gula Hangus Versi Kak Siti Armah ini kan. Dan di bawah ini ialah Apam Mentega Gula Hangus permintaan si bongsu. Amie buatkan dalam bekas acuan kertas dan bubuh sedikit kelapa parut yang dicampur dengan secubit garam.
Buat Kak Siti Armah, semoga kakak sentiasa gembira, sihat selalu dan senyum sentiasa. Banyak lagi kuih-muih Kak Siti yang comel-comel yang ingin Amie pelajari. Boleh ye kak...kongsi resepi dengan Amie lagi.
17 comments
Assalamualaikum akak amie cayang...
BalasPadamcomelnya apam mentega gula hangus tu akak... diana x perna lg buat apam gini.. comel sgt kejadiannya.. :)
Selamat berhari ahad Kak Amie..cantik dan mulus jer apam mentega ni...mohon share resepinya ye kak..kebetula Rahel nak try apam mentega ni..mekasih..
BalasPadamkak amie...kiut la apam tu...mesti lemak bekewim pasal ada susu setin tu...
BalasPadamtp nora da nak fobua buat apam..tak pernah nye jadi..tapi nak try juga yg ni..haha..
Hai Amie...kak ina tiap2 hari buat apam gula hangus aje coz nak jimatkan mentega..he he...haritu belajar dgn cikgu, mcm leceh aje nak buatnya tapi resepi yang awak tunjukkan ni nampak mudah sikit..thanks ye...boleh gak kak ina cuba nanti...
BalasPadamsalam amie...peberet Liza tu tp dah lama xbuat...nk buat asyik bertangguh jer...hihihihi
BalasPadamcomel dan gebu jer apam tu....alaaaa dtang lmbat ni...dah tentu habis...
BalasPadamcantiknya apam gebus ni hehe
BalasPadamAssalam amie, cantiknya apam mentega tu, mulus je kulit dia, mkn pun pastinya sedap
BalasPadamAmie, rasa nak terbang ke Lahad datu, nak makan apam yang montel yg memang menjadi kegemaran ummi ni..
BalasPadamTq berkongsi resepi ye Amie
cantik je gebu apam ni mie... mesti sedap sangat.
BalasPadamassalamualaikum kak amieku cayanggg..masyaAllah comey nyer apam kak amie ni..bulat2 c]kiut miut..nak makan pun sayang ni mcm ni..mesti mieza mau belek2 dulu baru ngap masuk mulut..sedap ni apam ni..suka sgt..tp dah lama tak buat..sebab malas nak mengukus hehehe
BalasPadamWaalaikumussalam Diana cayangggg....
BalasPadamhe he hehh kalau dah tangan Diana yang buat mesti tambah comellah kejadiannya..:)
Rahel,
silakan ambil resepinya Rahel, mesti jauh lebih cantik dan mulus kalau Rahel buat sebab Rahel memang pakar tentang tepung and the gang... he hehehh
Nora,
memang lemak bekewin Nora... cuba buat apam kukus ni, mesti jadi punya.
Hai Ina,
BalasPadamcubalah buat... resepi ini pun Amie minta dari Kak Siti sebab kami sekeluarga suka sangat, selalu tempah daripada Kak Siti, tapi bila dah pandai buat, Amie dah tak tempah lagi.
Liza,
Amie pun selalu begitu,kalau nak buat asyik bertangguh, tapi akhirnya kena buat juga sebab anak-anak asyik merengek minta buatkan.
MP,
memang gebu habis... ada lagi MP, Kak Amie buat lebih sebab memang tahu anak-anak akan makan dari pagi sampai petang.
WC,
BalasPadamcantik gebu..rasanya pun sedap, jom makan WC.
Rosa,
memang sedap, lemak berkrim dan disukai ramai... he heheh
Ummi,
marilah datang sini Ummi... memang buat lebih ni, ada untuk Ummi juga.
Ibundo,
memang sedap Ibundo, inilah satu-satunya resepi apam yang sangat Amie sayang... he he hehh minta dari Kak Siti.
Mieza,
Waalaikumussalam Mieza cayanggg...
memang kalau diikutkan hati malas nak buat ye Mieza, tapi terfikir pulak bosan tiap pagi buat sarapan yang sama... sesekali mengapamlah pulak.
tomeinya apam mentega..lama dah tak buat apam ni...cantikla letak dlm cup tu..senang tak nak tanggalkan dia dari cup bila dah sejuk kak?
BalasPadamQuinnie,
BalasPadamlenih mudah buat dalam acuan, ni pertama kali buat guna cup, tapi baru keluar dari pengukus anak-anak dah sambar... rasanya apam ni melekat jugalah di kertas tu Quinnie.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam