Smoothie Kiwi Dengan Epal
1:16 PTGSalam tengahari Jumaat. Oh...di sini sudah melangkau ke petang walaupun baru pukul 1 tengahari. Sementara menunggu suami dan anak-anak bujang pulang dari menunaikan solat Jumaat, baiklah Amie hidangkan Smoothie Kiwi Dengan Epal dulu. Cuaca hari ini seperti kelmarin juga, sekejap panas terik sekejap mendung. Oleh kerana ada rakan-rakan yang bertandang ke Amie's Little Kitchen dalam keadaan menggigil kedinginan, kerana datang dari negara yang sedang mengalami musim dingin.... Amie sediakan untuk mereka keropok lekor di bawah nuuu...... Yang lain, yang datang dari negara khatulistiwa dan dari hutan hujan tropika, jom cuba rasa Smoothie Kiwi Dengan Epal yang dingin ini.
Kelmarin Amie dapati sekotak susu segar dalam peti sejuk sudah rosak walaupun tarikh luputnya pada 7 Disember 2011. Terpaksalah Amie buang dan hari ini sebagai ganti untuk bahan smoothie Amie gunakan susu rendah lemak, tapi rasanya kalau guna susu segar rasanya memang lebih sedap.
Resepi: Smoothie Kiwi Dengan Epal
Sumber :Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
3 biji buah kiwi - buang kulit, buang biji dan potong kecil-kecil
2 biji buah epal - buang biji dan potong kecil-kecil
100ml yogurt asli
200ml susu rendah lemak
3 sudu gula
Cara:
1. Sejukbekukan buah kiwi dan epal selama 4-5 jam.
2. Masukkan buah kiwi dan epal ke dalam pengisar bersama yogurt asli, susu rendah lemak dan gula.
3. Kisar kesemua bahan hingga halus.
4. Tuang bahan kisar ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati.
Jom temankan Amie minum sementara menunggu isi rumah pulang sebentar lagi.
Keropok lekor di bawah ini untuk rakan-rakan yang datang dalam keadaaan kesejukan. Agaknya silap hidangan ni, patutnya dihidangkan milo pekat panas-panas!
20 comments
Assalam amie,
BalasPadama healthy drink ni..smoothie ..so far belum pernah buat smoothie sendiri..hehe..kalau nak beli aje..rajin amie buat sendiri..
kita ada kiwi, epal pun ada tergolek tp yogurtlak takde..hehe
BalasPadamWaalaikumusalam Ayu,
BalasPadamdah puas beli... sekarang nak buat sendiri sampai puas hati.
Anna,
BalasPadamooo.... yogurt bahan asasnya kan, he he he...kena tunggu yogurt juga Anna..
Assalam kak amie,akak selalu wat smuti kan,smuti papun mmg sedap..Sy kadang belasah ajer guna susu cair kak,janji smuti tuh sedap n licin,hihi..
BalasPadamhehe..ummi datang dari negeri sejuk dan panas!, jadi nak dua2, keropok lekor idaman kalbu, smoothie pilihan hati..
BalasPadamDana,
BalasPadamiyelah Dana, nanti kakak pun belasahlah jugak asalkan susu.... yang penting bahan asas tu adakan Dana.
Ummi,
memang Ummi buat pilihan bijak, cerdik!
Lapar ptg2 ni tgk entry nyum2 ni hihi
BalasPadamwahh hari ni kenyang dapat mkn keropok lekor kat dapur akak ni..hehehe
BalasPadambestnyer kalau dapat ambik dr screen ni kan..dok tempat sejuk ni memang lapar sokmo la kak...sabar jer la kan..hehe
walaupun x matching kata omputih...janji masa makan keropok lekor tu tak ada yg tercekek...
BalasPadammai la dapat tolong, cakap siang2 ni.. upah/gaji/imbuhan/duit pengeras atau yg sewaktu dgnya ...tak da ya...hihihi...
Salam Amie,
BalasPadamNak kena bagi gelaran Ratu Smoothie la kat Amie sbb selalu mai sini mesti nampak smoothie. Dalam bayangan akakla, Amie ni mesti anggun jelita, halus mulus gitu sebab selalu minum benda ni .....auwwwww....
Aju,
BalasPadamdapat smoothie segelas hilang lapar, hilang dahaga...mehlah sini.
Nieza,
ini lkepoklekor menyeberang Laut China Selatan ni Nieza, nak buat sendiri malas.. makannya nak berbatang-batang, jom pulun sama-sama.
Ucu,
ha hahahhh...ucu, alamatnya kalau tangan Kak Amie yang buat, habis bantatlah semua apam, cupcake ucu tu...keras tangan bah!
Wattie,
BalasPadamoh Wattie! begitu jauh indah bayanganmu dari rupa sebenarku... sesungguhnya memang kulit wajahku wajahku jelita bak bulam purnama yang penuh kawah ha hahahahh... terima kasih gelaran Ratu Smoothie...insya-Allah akan terus memetik pelbagai buah dan susu segar dari pasar untuk terus menyemutikan diri...
Salam Amie,
BalasPadamSangat bagus kan hidangan yang macam ni...nanti Kak Ros nak cuba buat jugak la...
assalam amie, byk betul buah2an kat umah amie, macam ada, n macam jus keluar. ni smoothie best nyaman je
BalasPadamRos,
BalasPadamcubalah buat...dah cuba sekali nak lagi.
Rosa,
tidak juga banyak buah, tapi bekalan memang ada setiap hari... dah bosan makan buahnya, buatlah smoothie pulak.
Menu sihat ni...kak cek nak segelas...sedapnya...masam2 apple ngan kiwi...emmm...nyamannya..:)
BalasPadamAssalam Amie..sedap tu ami..akak suka makan kiwi macam tu aje..
BalasPadamamie buat smoothie campuran kali ini..mesti rasanya berbeza
Cik Cek,
BalasPadammemang nyaman....Amie makan pakai sudu...kulum dulu, baru telan.
Acik Erna,
memang ada beza, tapi tak boleh kisar lama sebab biji kiwi yang hancur jadikan smoothie rasa pahit.
sedapnya nak buat juga ni , salam kenal2 dtg dr blog ummieross
BalasPadam