Air Rambutan

2:10 PTG

Terima kasih Ibundo kerana telah memberikan Amie idea untuk membuat Air Rambutan. Petang kelmarin Encik Suami membawa pulang lagi sebakul  penuh rambutan. Amie teringat komen Ibundo dalam n3 Amie tentang Pisang Nangka & Rambutan. Menurut Ibundo, kupas rambutan dan hiris, masak dengan air gula dan simpan dalam peti sejuk. Kalau hendak makan, masukan rambutan bersama airnya ke dalam cawan dan tambah ketulan ais. Sekali lagi terima kasih buat Ibundo, dan Amie ada buat tokok tambah sedikit ye Ibundo.


Resepi : Air Rambutan
Idea : Ibundo & Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
500 gram rambutan - kupas dan buang biji
1/2 liter air
5 sudu gula pasir
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara:
1. Masak rambutan bersama kesemua bahan di atas hingga mendidih.
2. Sejukkan seketika dan simpan dalam peti sejuk.
3. Tambahkan ketulan ais sekiranya ingin menikmatinya.
~Amie tambah Sunquick Buah-buahan Tropika ke dalam gelas ketika menghidang~

Ini sahajalah yang dapat Amie hidangkan sebab Amie baru pulang dari sekolah. Sekolah kami mencapai keputusan dan peningkatan yang cemerlang dalam PMR. Murid dan ibu bapa sangat gembira...., berpeluk-pelukan sambil menitiskan airmata, manakala kami guru-guru cabuk .... hanya mampu menyaksikan sahaja kegembiraan mereka. Tahniahlah buat ibu bapa di atas kecemerlangan anak-anak. Selesailah sudah tugas kami untuk tempoh 2011 dan ditutup dengan peningkatan prestasi PMR yang memberangsangkan.

8 comments

  1. biasa laici..ni rambutan..gud idea..sedapnya dapat minum

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu Amie atas kejayaan anak2 murid...
    Sambil2 tu ummi menghirup air rambutan, sejuk tekak ni..

    BalasPadam
  3. budak2 kt rmh ni malas nk kopek rambutan terpaksalah ucu ucu kupas pastu simpan dlm petiais x sampai 1/2 jam licin..

    Anis (puteri tunggal) baru minta ibunya buatkn air rambutan..tup2 akak dah buat..nanti ucu suruh dia salin resepi ni ye...

    BalasPadam
  4. banyaknya dpt rambutan... dapat dari mana tu? meh campak sini sikit.. hehe.. bagus idea ibundo tu kan.. buah2 malaysia pun sesuai dijadikan minuman gini... teringat masa budak2 dulu2 kalau mkn rambutan.. bijinya tu dikumpul kemudian digoreng sampai rangup.. kalau taknak goreng.. bakar pun boleh juga dlm oven.. sedap tau.. umpama makan 'badam malaysia' hehe...

    BalasPadam
  5. Paty,
    memang tengah banyak rambtan ni.

    Iza,
    sedap!

    Ummi,
    terimakasih Ummi, kita minum dulu ye Ummi.

    Ucu,
    first time buat atas idea Ibundo ni.

    Madiha,
    rambutan dari kampung, selalu sangat Encik Suami angkut bawa balik, banyak....

    oooofirst time dengat biji rambutan boleh dimakan, eeeiii..ruginya baru tahu...kalau tahu dari dulu...nanti nak cuba, tq ye Madiha!

    BalasPadam
  6. Salam Kak..Emmmm alhamdulillah...Ilmu dan bimbingan yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan dan pengorbanan pasti mendapat balasan yang baik2 dan hanya Dia yang mampu menilainya...Apa-apa pun tahniah buat Kak Amie dan semua warga kerja yang terbabit di atas kejayaan ni...


    Kak Amie..good idealah gandingkan jus sunquick ngan rambutan ni..Nak cuba juga lah, harap2 anak2 sukeeee.....InsyaAllah.....

    BalasPadam
  7. Kalau sedang dahaga, tentu inilah penawarnya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe