Menu Malaysia Barat & Malaysia Timur

9:32 PTG

Hari ketiga berpuasa ni barulah tergerak hati menjenguk ke Bazaar Ramadhan di Bandar Sri Perdana. Itu pun disebabkan terperangkap dalam traffic, dan kebetulan jalan pulang memang arah ke bazaar, sementara hari pula semakin petang. Kelewatan ini pun disebabkan adanya mesyuarat dan beberapa tugas lain yang perlu diselesaikan. Sepanjang perjalanan pulang, memang tak boleh fikirkan untuk masak apa. Yang penting segera sampai ke rumah, itu saja. Percaya tak..... mungkin sudah rezeki Amie petang tadi, inilah kuih idaman yang Amie temui buat pertama kali di Lahad Datu sepanjang 19 tahun Amie berada di sini...... kuih apa tu Amie.....


Ooooo... kuih tepung pelita dengan popia basah! Ini kuih Malaysia Barat, yang menjualnya pun....alahai, kawan dari sekolah lama.... Cikgu Ayob dan isterinya dari Melaka. Selamat berniaga Yob.... mudah-mdahan melimpah rezeki di bulan yang mulia ini. Waktu mula-mula ternampak kuih tepung pelita.... hati bagai dijentik kegembiraan... hairan macamana kuih begini boleh berada di daerah ini. Kalau di Tawau atau Sandakan Amie tidaklah hairan sangat sebab memang banyak kuih-muih tradisional semenanjung dijual. Yang di bawah ini pula, kuih tradisional orang Malaysia Timur (Sabah). Yang bulat warna cokelat tu kuih penjaram, kuih tradisi masyarakat Bajau manakala yang dalam bungkus daun pisang itu kuih brongko, kuih tradisi masyarakat Bugis.


Menu Malaysia Barat & Malaysia Timur bertemu di Amie's Little Kitchen. Yang di bawah ini pulak, mee hoon goreng ringkas yang sempat Amie sediakan sebagai salah satu juadah berbuka petang tadi.


Oleh kerana suami suka makan mee, Amie buatkanlah sedikit untuknya. Kalau Amie tak masak mee, memang dia akan masak sendiri, jadi biarlah Amie masakkan untuknya.



Tak perlulah Amie turunkan resepinya ye... sebab dah banyak kali buat resepi begini.  Kami berbuka masih seperti kelmarin..... tepat 6.24 petang. Jom.... nikmati menu Malaysia Timur & Barat.

10 comments

  1. kat LD lagi awal la berbuka...bukit garam 6.27pm. sepanjang duk sabah ni, belom pernah jumpa lagi tepung pelita...adus....sedapnya tu kak amie....macam nak buat pulak esok...

    BalasPadam
  2. salam kak... mesti seronok jumpa kuih yang jarang jumpa ye.. bagusnya berniaga suami isteri tu.. hihihi cari rezeki lebih ye.. bagus ..:) rajin akakn masak 2 menu mee dan bihun

    BalasPadam
  3. Nani,
    itulah ceritanya, kelmarin dalam sejarah... pertama kali jumpa tepung pelita sejak datang ke sini 19 tahun lalu.... kalau Nani bat esok, bagi kakak barang 2-3 bungkus erkkk....

    BalasPadam
  4. Salam Ita,
    sebenarnya yang buat kakak rajin sikit turun dapur sebab fikirkan anak-anak, selalunya kalau beli di bazaar memang itu ini semua nak dibeli tapi biasanya membazir sebab tak habis makan.... lagipun kalau masak sendiri, terjamin kualiti & kebersihannyakan...

    BalasPadam
  5. Amie, ummi suka sangat tepung pelita tu, dah lama tak makan..

    BalasPadam
  6. Ummi,
    samalah dengan Amie..... rasa sampai nak mengidam , teringin sangat nak makan kuih nih... alhamdulillah, dapat jga di bazaar Ramadhan.

    BalasPadam
  7. kuih tepung pelita fav E-na...lagi best makan yg sejuk baru kuar dr fridge...lama x makan...sronoknya klu ada pasar ramadhan kat sini...huhuuu

    BalasPadam
  8. sedapnya semua menu berbuka...dah lama tak jumpa kuih penjaram tue

    BalasPadam
  9. E-na,
    kena buat sendirilah ye... kakak kalau pandai buat tepung pelita, mau je buat sendiri dik! masalahnya tak pandai & malas...

    BalasPadam
  10. kayrul,
    ooo..pandai makan kuih penjaram ye.... bajau??

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe