Mee Udang

7:28 PTG

Selamat berbuka puasa. Kami berbuka puasa tepat pukul 6.24 malam. Alhamdulillah, semua ahli keluarga kecil Amie dapat menunaikan ibadah puasa pada hari yang pertama ini. Selain buah kurma sebagai juadah wajib, Amie sediakan mee udang. Rasanya menu ini tidaklah berat sangat memandangkan selepas solat Maghrib di rumah, akan berangkat pula ke masjid menunaikan solat Isya' dan seterusnya solat terawih. Tidaklah berat perut menanggung beban semasa solat ye...


Bahan-bahan:
1 paket Mee Cap Udang - 400 gram - celur, cuci dan toskan
1 paket Tean's Gourment Pes Mi Udang - 200 gram
400 gram daging ayam - rebus dan carik-carik
300 gram udang kertas - celur
5 biji telur rebus - belah 2
hirisan daun bawang
hirisan cili merah, hijau dan cili padi
5 biji limau kasturi
bawang goreng
1.5 liter air

Cara:
1. Campurkan 1 paket Tean's Gourment Pes Mi Udang dalam 1.5 liter air. Biarkan mendidih.
2. Letakkan mee di dalam mangkuk. Susun daging ayam, udang, telur dan bahan-bahan lain di atasnya.
3. Tuangkan kuah Mi Udang di atasnya.
4. Taburkan daun bawang, hirisan lada dan bawang goreng.
5. Enakdinikmati ketika masih panas.




Jangan lupa, mulakan hidangan dengan kurma terlebih dahulu. Wokey..... kami sedang bersiap untuk ke masjid. Rakan-rakan lain seperti Mieza, Ucu, Kak Rosaliza, Kak Zaitun, Wattie, Azatie, Ayu di Singapura.... tentu baru nak berbuka ye. Nuwairani tentu tak jauh waktu buka puasa dengan Amie. Diana di Labuan rasanya lewat sikit buka puasa dari Amie. Begitu juga dengan Hasue dan Ummiross di Sarawak. Nun di Jepun.... Juwita, Ida, Lady Ayu, Anie...bila pula buka puasanya ye......maaf ye,  sekadar menyebut beberapa nama, kepada semua diucapkan selamat berbuka puasa. Jumpa lagi waktu sahur nanti! Assalamualaikum.

18 comments

  1. selamat bbuka..
    nama saya tak de ke...hihi
    gurau je

    BalasPadam
  2. Assalam Amie..patut la masak buka td tersedak ada org sebut nama kita..bestnya mee udang tu. Senang nak masakkan kalo ada pes segera gitu, jimat masa. Tahun tak sempat nk terawih anak kecil la, anak2 yg besar je pegi sendiri.

    Mesti awal lagi imsak kan kat situ

    BalasPadam
  3. as salam amie... terima kasih sudi berkunjung ke blog...
    mee udang, tak kurang sedapnye...nampak amie punye, sgt menggiurkan :D

    selamat bertarawih...kite anak kecil lagi... tidaklah kecil sgt (4 thn) sedang melasak.takut mengganggu jemaah yang lain pula klu dibawa ke surau.seperti tahun2 sudah saya bergilir2 dgn suami.mlm ni giliran suami ke masjid bertarawih, esok giliran saya pula, insyaAllah...

    selamat berpuasa untuk amie & keluarga :D

    BalasPadam
  4. Kasih,
    namamu sentiasa di hatiku.... cuma tak mampu untukku luahkan...ewahhh jiwang2 pulak dah... jom sama2 berbuka Kasih....

    BalasPadam
  5. Kak Rosa,
    betul tu... kalau anak kecil baiklah kita jaga anak2 di rumahkan, dulu pun masa anak2 Amie kecik, tak ikut terawih...,

    memang senang masak mee udang kalau ada pes, cuma celur2 bahan saja.

    BalasPadam
  6. Salam Fiza,

    syukurlah anak-anak dan suami suka makan hidangan mee udang masa berbuka tadi,

    iyelah Fiza.... masa anak2 kecil dulu pun, memang suami tak galakkan ikut terawih.... iyelah, betul kata Fiza tu, kalau nak beribadah pun biarlah dalam suasana tenang, taklah ganggu jemaah lain dgn karenah anak kita, sekarang anak bongsu kak Amie 10 tahun, boleh dibawa jemaah...

    BalasPadam
  7. meriahnya udang.buat terliur je tengok :)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum akak amie cayang..
    Alhamdulillah....
    buat mee udang yer smlm akak.. seronok dapat sediakan sendiri kan akak... kami kat cnie berbuka pukul 6:36 pm.. lewat sedikit dari kat sana kan akak

    BalasPadam
  9. salam kak amie.. selamat berpuasa kak.. mee udang sedap ni.. akak punya menu semua best2 .. boleh la salin resepi ni nanti

    BalasPadam
  10. Ixora,
    terliur takpe... jangan telan liur... kang batal puasa...kih kih kih

    BalasPadam
  11. Diana,
    lewat 10 minit sajakan...

    Kak Amie sediakan juadah buka puasa yang mudah2 saja tapi yang penting bukan jenis berat.

    BalasPadam
  12. Salam Ita,
    silakan... salinlah mana2 resepi yang Ita suka, suka kakak dengar sebab boleh kongsi...

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Amie,
    Rasa cam lama sgt tak singgah sini, lappy buat hal la pulak. Selamat menyambut ramadhan almubharak dan selamat berpuasa buat Amie sekeluarga ya, sedap nampaknya mee udang tu.

    Awal Amie berbuka di sana, kat Penang akak berbuka agak lewat jam 7.37petang.

    BalasPadam
  14. Waalaikumussalam Wattie,
    terima kasih ingatan Wattie pada Amie di sini... memang di sini buka awal 1 jam lebih..

    BalasPadam
  15. Waalaikumussalam Wattie,
    terima kasih ingatan Wattie pada Amie di sini... memang di sini buka awal 1 jam lebih..

    BalasPadam
  16. Kak amieeeeeeeee
    nak mee udang semangkuk...terliur tp tak reti nak wat..org sabah besh la kan buka posa awal..tak aci...hehehe kak amie mieza dah pos dah muffin cup..tunggu tau jap lagi ada posmen gi antor kat sekolah..selamat memuffinkan diri kak amie..hr ni masak apa?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe