Ayam Goreng Daun Kari

4:53 PG

Assalamualaikum semua. Waktu imsak baru saja 3 minit berlalu. Di tempat Amie dijadualkan pada pukul 4.32 minit pagi. Keluar dari dapur realiti, masuk pula ke dapur maya untuk masukkan resepi bersahur sebentar tadi.


Sebelum tidur malam tadi Amie perap terlebih dahulu ayam. Resepi ini Amie ambil dari majalah SAJI keluaran Februari 2011. Pukul 3 pagi Amie bangun, masak nasi dan sediakan lauk mana yang patut dan juga goreng ayam di atas. Pukul 4 pagi, bangunkan anak-anak untuk bersahur. Di bawah ini Amie sertakan resepi Ayam Goreng Daun Kari.

Bahan-bahan:
500 gram ayam
200 gram serbuk kari  daging- Amie gunakan 5 sudu sahaja
1 biji telur
400 gram tepung beras
6 tangkai daun kari - Amie gunakan 2 tangkai sahaja
400ml minyak masak - Amie lebihkan sebab mahu goreng tenggelam
garam secukup rasa - Amie bubuh gula sedikit

Bahan kisar:
4 ulas bawang putih
4cm halia
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis

Cara:
1. Gaul ayam dengan bahan kisar, serbuk kari daging dan garam. Perapkan ayam selama 1jam. Lebih lama lebih enak - Amie perap pukul 11 malam masuk dalam peti sejuk dan goreng pada pukul 3 pagi.
2. Gaulkan ayam dengan bancuhan telur lalu saltkan dengan tepung beras.
3.Setelah minyak panas, goreng ayam dengan daun kari hingga garing dan kekuningan.



Ini menu pilihan anak bongsu. Siap pesan supaya gorengkan sosej dan sediakan sup jagung. bagus juga ideanya, sebab sup jagung itu dikira sebagai pembuka selera waktu bersahur! Wokey..... cukup sampai di sini dahulu...... nampaknya rakan-rakan di semenanjung sedang mula bersahur dan Amie undur diri kerana sudah masuk waktu solat Subuh pada 4.48 pagi. Selamat menjalani ibadah puasa!

11 comments

  1. Assalamualaikum akak..
    selamat berpuasa akak amie cayang...
    diana pun ada goreng sausage gak tadi.. permintaan anak diana gak... n masak lauk2 yg lain juga... ;)

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..
    kak amie.. awal benor kat sana kan.. ye la pagi pun awal.. selamat berpuasa dan bersahur buat akaks ekeluarga.. aduhaii sedap lauk sahur tu kak.. memang dtg selera anak2 nak makan

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam Diana,
    selamat berpuasa juga Diana cayang.... alahai Diana, macamana bulan puasa ni memang sah ke kena gantung periuk? mesti kita rindu masakan Diana...

    BalasPadam
  4. Waalaikumusalam Izah,
    memang awal satu jam lebih... buka puasa pun awal juga, sup jagung tu diharapkan dapat buka selera anak2, alhamdulillah anak2 suka pulak buat sahur,... selamat berpuasa Izah...

    BalasPadam
  5. Salam Kak Amie
    Amie dah siap makan pun, saya baru nak masak.Itupun masak yang senang dan mudah je :)

    BalasPadam
  6. Ixora,
    masak ringkas dan mudah, makan waktu masih panas....Bismillah.

    BalasPadam
  7. salam kak amie...

    sedapnya ayam grg tu...makan panas2 mmg laju je kan...

    BalasPadam
  8. Izan,
    memang sedap dik... bila diperap, semua bahan meresap masuk, tu yang buat sedap tu...

    BalasPadam
  9. dah ada keluarga ni mungkin kene masak mcm ni jugak la kot..skrg ni awal2 pose semangat lagi bangun sahur. bila dh tengah2 tu masing2 bawak masuk air kosong + kurma dalam bilik. kalau terjaga, telan aje yg tu..hahah...

    BalasPadam
  10. Nani,
    itulah style kakak masa bujang dulu... he he hee.. kurma & air tu dah cukup, diet yang bagus tu tau... ikut sunnah nabi lagi..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe