Nasi Daun Limau Purut & Ikan Siakap Aroma Santan
6:17 PTG
Malam ini Amie ada dua orang tetamu istimewa yang dijemput khas. Tetamu yang pertama nun di Kepala Batas sana..... .Wattie....oooooo Wattieeeee.... Amie jemput makan malam di Lahad Datu. Jangan lupa singgah ke Tanjung Malim bawa sekali Dik Mieza sama. Jadinya, malam ini Amie jamu mereka berdua dengan hasil masakan Amie mengikut resepi yang Amie ambil dari dapur Wattie@HomeMade iaitu Ikan Siakap Aroma Santan yang Amie gandingkan dengan Nasi Daun Limau Purut dari dapur Mieza@WAWMC.
Memandangkan kedua-dua resepi di atas menggunakan santan, jadi rasanya tugas memasak menjadi lebih mudah kerana tak perlu banyak bahan lain yang digunakan. Lagipun kerja memerah@mengisar santan ini bukanlah kerja yang menyeronokkan, tetapi nak gunakan santan serbuk atau santan dalam paket... macam kuranglah sedikit lazatnya hasil masakan. Jadi, bila sekali kisar santan, boleh digunakan untuk dua jenis masakan, itu sudah dikira sangat berbaloi!
Inilah hasilnya resepi Nasi Daun Limau Purut yang Amie ambil dari dapur Mieza. Sesiapa yang berminat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, bolehlah masuk ke dapur Mieza di SINI. Terima kasih Mieza di atas perkongsian resepi yang enak ini dan terima kasih juga buat guru-guru Nasi Daun Limau Purut yang terdahulu iaitu Ita@Masam Manis dan juga Chef Zaidah Mohd Noor.
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan Cita Rasa Malaysia 1000 Resepi Unggul
Sumber I: Kak Ita @ Masam Manis
Sumber II: Mieza @ WAWMC
Bahan-bahan:
2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stok ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau
Cara-cara:
1. Panaskan margerin di dalam periuk
2. Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
3. Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
4. Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stok ayam dan beras. Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering.
5. Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau. Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.
Amie temankan Nasi Daun Limau Purut bersama Ikan Siakap Aroma Santan yang memang tidak dinafikan lazatnya. Memang betul katanya Wattie.... tak rugi mencubanya! Itu sebab Amie sanggup panggil Wattie dan Mieza dari jauh semata-mata untuk makan malam bersama Amie.
Sesiapa yang berminat bolehlah serbu beramai-ramai ke dapur Wattie's Home Made di SINI. Resepi ini Wattie ambil dari laman Saji Online. Di sini, Amie panjangkan untuk rujukan teman-teman yang lain ye Wattie... sebab benda yang sedap memang kita kena kongsi he he heheh
Resepi: Ikan Siakap Aroma Bersantan
Sumber I: Saji Online
Sumber II: Wattie's Home Made
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam yang besar - dibersihkan - sy tukar ikan siakap - Amie pun guna ikan siakap
12 tangkai cili merah - sy letak 7 cili merah dan 5 cili padi - Amie pun letak 7 biji cili merah tapi 7 biji cili padi pula
8 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dimayang kasar
1 cawan minyak masak
2 cawan santan pekat
2 batang serai - dititik
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil gula
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai cili merah - dibelah dua
1 tangkai cili hijau - dibelah dua
1 biji jus limau kasturi - yg ni saya tambah - Amie tak bubuh
Bahan-bahan tabur:
3 sudu besar bawang goreng - yangg ni saya goreng 2 biji jer utk hiasan
1 pokok daun bawang - dihiris - yang ni takder stok - Amie bubuh
1 pokok daun sup - dihiris
Cara:
1. Ikan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga ia masak.
2. Angkat ikan dan ketepikan seketika.
3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama serai hingga wangi.
4. Masukkan semua sos diikuti gula, garam dan santan. Kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
5. Masukkan bawang potong, cili merah, cili hijau serta ikan. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sebentar.
6. Apabila sudah masak, hidangkan dalam pinggan leper.
7. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
Sekarang di Lahad Datu sudah melepasi waktu Mahgrib. Bayang Wattie mahu pun Mieza tidak juga muncul! Hu hu huuuu..... memang mereka tak dapat makan malam bersama Amie. Amie pasti.... amat pasti sebab penerbangan terakhir MAS Wing dari Airport Kota Kinabalu ke Lahad Datu pada pukul 4.55 petang. Tidak ada penerbangan sebelah malam ke sini. Apa pun Amie tak putus harapan. Amie akan pergi ke jeti di Teluk Darvel.... tempat Ucu Faridah selalu melabuhkan tongkangnya dari Pelabuhan Kelang. Mana tahu Wattie dan Mieza naik tongkang pula.....
30 comments
Kak Zai terpikat dengan nasi daun limau purut Amie,kak Zai c/p ya.
BalasPadamKak Zai,
BalasPadamokey...silakan kak, and selamat mencuba!
Assalam amie, cadangnya nak makan donut ball, rupa lagi best ada nasi daun limau purut, sedapnya dan cantik kaler ijau nya
BalasPadamAmie..hijau nasi limau purut amie tu..macam nasi lemak pandan pulak ..
BalasPadambelum pernah buat tu amiemesti sedap tu.
ehem..tak pernah makan nasi daun limau purut !!..mama cilok resepi ni ya,yg ikan tu blh tukar kepada ayam @ daging ke?..mama dr kecil tak makan ikan..hu2x..
BalasPadamBab nasik tu nnt nk try gak InsyaAllah
BalasPadamMesti wangi bau limau perut tu
Salam Amie...
BalasPadamSelalu singgah sini tapi tak berkesempatan nak tinggal jejak..
terima kasih mencuba resepi ni.. tapi nasi Amie nampak menarik! warna hijau tu.. cantik dan lagi bertambah menarik nak makan..
resepi ikan pun nampak menyelerakan nanti boleh lah akak cuba ye..
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamcantiknya nasi yg Amie masak tu...warna hijau yg memukau mata memandang...hai terasa lapar bila tengok masakkan Amie ini...
Salam Amie...X jemput atie ker?atie nak jet tp xder tpt mendarat kat umah Amie :D.
BalasPadamEsok nk cuba, resepi baru bg saya ni.
BalasPadamsalam kak amie...xnak tunggu liza sekali ke? huhuhu sedih org xjemput...
BalasPadamKak Amie cayanggggg..wahhh ada nasi limau purut kat lahad datu..tunggu jap nk tanya air asia ada tiket lg tak nk ke sana sat...sedap kan nasi ni kak..suami mieza suka sgt2..ikan siakap tu tak pernah cuba..tapi mesti sedap..tgk ingredient nya je pun mieza dah meleleh air liur...mieza nak c n p resepi dulu ye kak amie..nak cuba ujung minggu ni...dapnyerrrrr..TQ kak kongsi resepi ikan ni
BalasPadamKita nak keneng2 jugak boleh ke??lapar sebenarnya malam ni,sebab anak nak makan piza je.Masuk dapur amie terus lapar.
BalasPadamcantik colour dia
BalasPadamsure wangi
Rosa,
BalasPadamWaalaikumussalam.
Aromanya memang sungguh menyelerakan...
Acik Erna,
memang sedap Acik sebab bubuh santan,lemak berlemaklah dia.
Mamma Aini,
ooo..dari kecik tak makan ikan ye, agaknya boleh kot tukar ke ayam... cubalah Mama Aini, nanti kalau jadi, hantar sikit kat kita ye.
Lady Ayu,
BalasPadambaunya lembut je...ada kombinasi dengan bau serai. Cubalah Ayu masak.
Azlita,
cantik ye nasi tu...terima kasih beri idea resepi nasi yang sedap ni, memang lauk ikan tu sangat sedap!
Nuridah,
jom makan sama Nur.
Azatie,
BalasPadamtu laaa pasal... tak jemput Atie, akhirnya yang 2 orang dijemput tu pun tak samia jugak... ha hahahhhh.
Mawar Merah,
silakan... insya-Allah hasilnya tidak menghampakan!
Liza,
betul tu Liza... kenapa Amie tak jemput kawan-kawan yang lain ye... he hehhheee sebab kedekut la ni...tu sebab dapat balasan dah, yang dijemput akhirnya tak mau datang... hu hu huuu penat je tunggu kat airport...kah kah kahhh
Mieza,
BalasPadamhaaa...Mieza baru nak datang sini, salah booking tu Mieza...takde Air Asia sampai sini, yang sampai MAS Wing je, anak syarikat MAS... memang Amie kena makan dululah ni... perut dah lapar... Mieza tak leh terbang dah.
Memang Mieza kena cuba resepiikan tu, sedap giler!!! menjilat jari tau, kuahnya tu sungguh mengancam!
Puan Ros,
boleh .... apa salahnya, meh kita makan, ada banyak lagi ni sebab tinggalkan untuk 2 orang Wattie & Mieza yang tak sampai lagi.
Kasih,
memang wangi...bauh daun limau purut & serai.
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamPatutla asyik dok tersedak aja dari tadi, rupanya orang Lahad Datu dok pangge, ni kita dah mendarat dah ni, express tak, kita mai dengan jet persendirian tau, tak pakai Air Asia ke Mas ke. Lekaih tak sabaq dah nak supper dengan nasi daun limau purut Amie yg cun melecun tu, mesti ada lagi kan....insyaAllah klu ada masa nak try nasi tu pula.
ps : tkasih sudi cuba ikan siakap tu ya
Salam Kak Amie...pengsan tengok hidangan nasi n ikan tu...sangat menggamit seleraku...silau mata nampak nasi kaler ijo tu..
BalasPadamsetiap kali masuk sini mesti telan air liur la amie..huhuhu..siann kat saya.
BalasPadamhamboi...ajak kak wattie n kak mieza je ye...mentang2 la kite dh balik semenanjung...heheh.... rindu dgn kak amie, celoteh kak amie, masakan kak amie...adeh... cterbau2 sampai ke kota bharu...banyak entry tertinggal, tapi nani sempat juga baca sepintas lalu mana yg tertinggal tu..
BalasPadamUmmi pun datang naik tongkang sebab tu lambat sampai, mesti nasi dah abih kan Amie, takpe ummi ambik bau je, wanginya...
BalasPadamkak amie..saya teringin betul nak buat nasi daun limau purut ni..salin resepi je hari tu dari blog kak ita...tak terbuat jugak lagi..makan dgn ikan macam akak ni pun best jugak..tak yah nak tunggu ada ayam or daging..:)
BalasPadamololo..comelnye nasik die..
BalasPadamtgk nasi dh terliur..lauk pauk apetah lagi..;)
Wattie,
BalasPadamtak dapatlah kita nak makan sama... sebab jet persendirian Wattie tu tak boleh mendarat di Lahad Datu Airport....hu hu huuuu landasannya kecil hanya sesuai untuk kapal terbang jenis Fokker 50 aje... terpaksalah Amie gayut kat ekor jet Wattie nak hulur makanan ikut tingkap!
Rahel,
kaler ijo memang menawan ye Rahel.
Nani,
ha ha hahhhh....yang dipanggil pun tak dapat mendarat kat Lahad Datu, yang satu naik Air Asia hanya boleh sampai Sandakan atau Tawau saja, yang satu naik jet... takde landasan jet di sini.
WC,
BalasPadamtakpe WC....diet yang paling berkesan!
Ummi,
waduh! Ummi naik tongkang macam Ucu aridah pulak dah....patutlah lambat sampai... he hehehhh takpe Ummi, yang penting sudi datang...terima kasih Ummi.
Quinnie,
cubalah masak Quinnie, lauk ikan masak begini rupanya sedap tau... tak rugi mencuba!
Nens,
jom makan sama.
Salam Kak Amie...wahhh lagi alternative resipi untuk ikan siakap..mesti simpan resipi ni mana tau lain kali nak cuba, selalu kalau ikan siakap masak stim atau masam manis jeeee tak pun 3 rasa..sesekali ubah kelainan ok gak yaaaa....
BalasPadamSue,
BalasPadamsedap masakikan siakap aroma santan ni Sue...memang betu tu katanya Wattie, tak rugi cuba!
menarik resepi nasi daun limau purut ni kak sure bau harum jer kan kena lak ngan siakap aroma santan tu sedapnya!..nk cuba lah nanti:)
BalasPadam