Apam Mentega Gula Hangus Versi Kak Siti Armah

12:21 PTG

Salam tengahari Ahad. Sekarang tepat pukul 12 tengahari. Sementara menunggu untuk makan tenagahari bersama keluarga, Amie masukkan dulu menu sarapan pagi kami iaitu Apam Mentega Gula Hangus. Ramai blogger yang sudah memcuba resepi ini dan sememangnya rasanya sangat sedap. Sebenarnya Amie dapat resepi Apam Mentega Gula Hangus ini daripada kakak angkat Amie iaitu Kak Siti Armah. Pertama kali makan hasil air tangan beliau, terasalah lemak manisnya dan anak-anak pun sangat sukakannya. Amie minta resepi daripada Kak Siti Armah kesayangan Amie dah lama tau....kira-kira 12 tahun yang lalu, dan sampai sekarang Amie masih simpan resepi tersebut walaupun pernah hilang pada kali pertama Kak Siti Armah beri. Kak Siti Armah yang baik hati itupun tulislah sekali lagi resepi tersebut untuk Amie. Terima kasih Kak Siti sayanggg.......


Resepi: Apam Mentega Gula Hangus
Sumber : Puan Siti Armah Arpah - Taman Setia, Lahad Datu, Sabah.


Bahan-bahan :
Untuk gula hangus:
(A) 1 1/2 cawan gula pasir
      1 cawan air
      250 gm mentega

(B) 1 cawan gula pasir
      4 biji telur
      3 cawan tepung gandum
      1 sudu teh soda bikarbonat - ayak tepung bersama soda bikarbonat
      1 tin susu cair
      1 sudu teh esen vanilla

Cara:
1. Untuk membuat gula hangus, masukkan gula dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga gula larut dan bertukar warna perang.
2. Padamkan api dan masukkan air.
3. Nyalakan api dan kacau gula hangus tersebut sehingga larut.
4. Masukkan mentega. Kacau sehingga cair. Ketepikan. 
5. Dalam sebuah bekas yang lain, pukul telur, gula dan esen vanilla sehingga kembang.
6. Masukkan gula hangus yang masih panas ke dalam bekas adunan telur dan gula tadi.
7. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil diselangseli dengan tepung. Gaul sebati. Sekiranya terdapat tepung yang masih berketul, bolehlah saring atau tapis adunan tadi.
8. Panaskan pengukus dan acuan kuih. Tuangkan adunan ke dalam acuan sehingga penuh supaya hasilnya nampak gebu dan kelihatan cantik.
9. Kukus selama 12 minit. 
10. Keluarkan acuan kuih dari periuk pengukus dan sejukkan seketika sebelum mencungkil kuih apam mentega keluar dari bekasnya.
11.Jika suka bolehlah letakkan sedikit kelapa parut di atas Apam Mentega Gula Hangus  - untuk menjadikan kelapa parut tahan lebih lama, Kak Siti kukus sebentar kelapa parut tersebut bersama secubit garam.



Nampak montel Apam Mentega Gula Hangus Versi Kak Siti Armah ini kan. Dan di bawah ini ialah Apam Mentega Gula Hangus permintaan si bongsu. Amie buatkan dalam bekas acuan kertas dan bubuh sedikit kelapa parut yang dicampur dengan secubit garam.



Buat Kak Siti Armah, semoga kakak sentiasa gembira, sihat selalu dan senyum sentiasa. Banyak lagi kuih-muih Kak Siti  yang comel-comel yang ingin Amie pelajari. Boleh ye kak...kongsi resepi dengan Amie lagi.

17 comments

  1. Assalamualaikum akak amie cayang...
    comelnya apam mentega gula hangus tu akak... diana x perna lg buat apam gini.. comel sgt kejadiannya.. :)

    BalasPadam
  2. Selamat berhari ahad Kak Amie..cantik dan mulus jer apam mentega ni...mohon share resepinya ye kak..kebetula Rahel nak try apam mentega ni..mekasih..

    BalasPadam
  3. kak amie...kiut la apam tu...mesti lemak bekewim pasal ada susu setin tu...
    tp nora da nak fobua buat apam..tak pernah nye jadi..tapi nak try juga yg ni..haha..

    BalasPadam
  4. Hai Amie...kak ina tiap2 hari buat apam gula hangus aje coz nak jimatkan mentega..he he...haritu belajar dgn cikgu, mcm leceh aje nak buatnya tapi resepi yang awak tunjukkan ni nampak mudah sikit..thanks ye...boleh gak kak ina cuba nanti...

    BalasPadam
  5. salam amie...peberet Liza tu tp dah lama xbuat...nk buat asyik bertangguh jer...hihihihi

    BalasPadam
  6. comel dan gebu jer apam tu....alaaaa dtang lmbat ni...dah tentu habis...

    BalasPadam
  7. Assalam amie, cantiknya apam mentega tu, mulus je kulit dia, mkn pun pastinya sedap

    BalasPadam
  8. Amie, rasa nak terbang ke Lahad datu, nak makan apam yang montel yg memang menjadi kegemaran ummi ni..
    Tq berkongsi resepi ye Amie

    BalasPadam
  9. cantik je gebu apam ni mie... mesti sedap sangat.

    BalasPadam
  10. assalamualaikum kak amieku cayanggg..masyaAllah comey nyer apam kak amie ni..bulat2 c]kiut miut..nak makan pun sayang ni mcm ni..mesti mieza mau belek2 dulu baru ngap masuk mulut..sedap ni apam ni..suka sgt..tp dah lama tak buat..sebab malas nak mengukus hehehe

    BalasPadam
  11. Waalaikumussalam Diana cayangggg....
    he he hehh kalau dah tangan Diana yang buat mesti tambah comellah kejadiannya..:)

    Rahel,
    silakan ambil resepinya Rahel, mesti jauh lebih cantik dan mulus kalau Rahel buat sebab Rahel memang pakar tentang tepung and the gang... he hehehh

    Nora,
    memang lemak bekewin Nora... cuba buat apam kukus ni, mesti jadi punya.

    BalasPadam
  12. Hai Ina,
    cubalah buat... resepi ini pun Amie minta dari Kak Siti sebab kami sekeluarga suka sangat, selalu tempah daripada Kak Siti, tapi bila dah pandai buat, Amie dah tak tempah lagi.

    Liza,
    Amie pun selalu begitu,kalau nak buat asyik bertangguh, tapi akhirnya kena buat juga sebab anak-anak asyik merengek minta buatkan.

    MP,
    memang gebu habis... ada lagi MP, Kak Amie buat lebih sebab memang tahu anak-anak akan makan dari pagi sampai petang.

    BalasPadam
  13. WC,
    cantik gebu..rasanya pun sedap, jom makan WC.

    Rosa,
    memang sedap, lemak berkrim dan disukai ramai... he heheh

    Ummi,
    marilah datang sini Ummi... memang buat lebih ni, ada untuk Ummi juga.

    Ibundo,
    memang sedap Ibundo, inilah satu-satunya resepi apam yang sangat Amie sayang... he he hehh minta dari Kak Siti.

    Mieza,
    Waalaikumussalam Mieza cayanggg...
    memang kalau diikutkan hati malas nak buat ye Mieza, tapi terfikir pulak bosan tiap pagi buat sarapan yang sama... sesekali mengapamlah pulak.

    BalasPadam
  14. tomeinya apam mentega..lama dah tak buat apam ni...cantikla letak dlm cup tu..senang tak nak tanggalkan dia dari cup bila dah sejuk kak?

    BalasPadam
  15. Quinnie,
    lenih mudah buat dalam acuan, ni pertama kali buat guna cup, tapi baru keluar dari pengukus anak-anak dah sambar... rasanya apam ni melekat jugalah di kertas tu Quinnie.

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe