Tidur Sepanjang Penerbangan Namun Kenangan Tetap Terjaga : Madrid - Doha - Kuala Lumpur - Kota Kinabalu - Lahad Datu
10:00 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. 12 Februari 2025 berakhirlah kembara kami merentasi Morocco, Sepanyol dan Portugal selama hampir dua minggu. Dari Madrid, kami memulakan perjalanan pulang melalui Doha sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur. Seterusnya pada 13 Februari 2025 kami sambung terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan terbang lagi ke Lahad Datu.
Keletihan mula benar-benar terasa sebaik sahaja menaiki pesawat. Hampir sepanjang penerbangan Amie habiskan masa dengan tidur. Badan seolah-olah meminta ruang untuk berehat setelah berhari-hari berjalan kaki, berpindah dari satu bandar ke bandar yang lain, menikmati keindahan sejarah, budaya dan kehidupan masyarakat di tiga buah negara yang sangat berbeza.
Walaupun mata sentiasa terpejam, hati tetap dipenuhi rasa syukur. Setiap pengalaman yang dilalui menjadi kenangan yang tidak ternilai. Kami diberi kesempatan melihat bumi Allah yang begitu luas, menikmati pelbagai makanan halal, mengenali budaya masyarakat setempat dan mengagumi tinggalan sejarah dengan lebih mendalam terutamanya tamadun Islam di Andalusia.
Di sebalik rasa penat yang amat sangat, kerinduan semakin memuncak. Tidak sabar rasanya untuk kembali memeluk insan-insan tersayang, mendengar suara mereka dan berkumpul semula di rumah.
Sesungguhnya, setiap perjalanan pasti ada penatnya. Namun penat itu terasa begitu berbaloi apabila dikenang kembali segala pengalaman yang diperoleh. Kembara ini bukan sekadar perjalanan melihat tempat-tempat baharu, tetapi juga perjalanan yang menambah rasa syukur, memperluaskan pandangan dan meninggalkan kenangan indah yang akan sentiasa terpahat di hati.
| Qatar Airways - Madrid ke Doha |
| Ihsan AI jana semula gambar hidangan dalam Qatar Airways |
Eh, sebenarnya Amie keliru bagaimana boleh ada dua kotak pastri di hadapan mata! Seingat Amie sewaktu agihan makanan ringan, mata Amie sekejap terpejam, sekejap terbuka!
| MAS - Doha ke Kuala Lumpur |
| AirAsia disubuh hari. |
| Amie : Nasi Lemak |
| Kamsiah : Kuey Teow Soup |
Pukul 1:40 kami berada di perut MASwings!
Pesawat mendarat di Lahad Datu Airport pada pukul 2:35 petang.
19 comments
Terbayang capek nya kak Amie tiap travel, Krn hrs ke KK dulu baru KLIA. Pulangnya pun sama. Sayangnya penerbangan antarabangsa dari KK blm banyak ya kak. Kadang ini JD alasan saya juga tidak mau pindah ke Solo saat resign. Sebab berpikir kalau saya masih aktif traveling, akan susah utk pergi, Krn harus ke JKT lagi.
BalasPadamSedap2 masakan Qatar airways saat ke eropa. Kenapalah pas saya ke US naik Qatar, menunya kariiiii semua 🤣🤣. Dari awal pergi Ampe pulang. 😅😅.
Itulah dik, fikir dua tiga kali destinasi yang hendak dituju sebab kos dari LD ke Kuala Lumpur pun boleh jadi harga satu pakej melancong 3-4 hari yang lengkap dari KL ke Padang atau ke Bandung atau sekitarnya.
PadamTidur tu dapat lah rehat minda..segar mata diangkasa bila dah sedar dari lena,..sajian makanan istemewa,,
BalasPadamApabila sudah keletihan, boleh tidur mati jadinya.
PadamDeus caritas est!
BalasPadamRindu betul dgn nasi lemak nampaknya tu Kak Amie. 2x nasi lemak bila tiba di tanah air 😁
BalasPadamHidangan dlm pesawat MH nampak wow👍🏻
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah pilih hujan batu kan PH... itulah, baru dua minggu travel dah rindu makanan kita.
PadamNampk sedap semua menu dalam qatar airways tu kak... pastu dah sampai klia memang yang dicari nasi lemak lah kan. Nampak sedap nasi lemak dengan udang besar tu kak oi, kalau dana memang sirap ais tu tak di lepaskan la. Bila kita nak bangun awal memang tak lena tidur... pastu bila lelap mula la mimpi yang bukan2 hahaha.
BalasPadamBiasanta begitulah. Kalau nak terbang awal pagi memang tak lena tidur. Asyik mimpi tertinggal kapal terbang jew.
PadamNampak sedap nasi lemak bungkus kaw tu. Duk dalam makan & tidur jela ye.
BalasPadamYa, tidur saja. Makan setakat jamah untuk alas perut. Lepas tu sambung tidur.
PadamBiasa tu travel kalau lama terbayang nasi lemak le roti canai lah teh tarik lah. Pernah pi turkiye dulu sampai Malaysia je cari roti canai Dan teh tarik. Lepas tu qadha tidur sebab penat berjalan ke sana sini. Tapi bila lama tak travel kaki dah gatal nak jalan2
BalasPadamMemang rindu betul makanan sendiri. Bab qada' tidur tu sudah semestinya. Tak cukup tidur dalam penerbangan sambung tidur di rumah. Tak sama kepuasan tidur duduk dengan tidur baring ada bantal.
PadamAduhhhh... baca pun letih nya la haiii... tapi demi sebuah memori kena jugalah hadap menaiki pesawat untuk sampai ke destinasi.
BalasPadamItulah untungnya duduk Malaya. Nak travel boleh terus ke KLIA heheheee.
PadamJalan jauh sangatlah memenatkan kalau tak berhenti-henti jalan. Tapi pengalaman tu sangat mahal.Syukur.
BalasPadamPunyalah penat kan, rasa macam malas nak fikir tentang waktu. Tahu-tahu ada pulak extra makanan. hihi...Back to back tidur je untuk rehatkan badan.
Sampai Malaysia haruslah cari makanan yang kena dengan selera kita.
Alhamdulillah perjalanan jauh akhirnya sampai juga di homesweet home. Dapatlah jumpa wajah-wajah yang dirindui semua.
Itulah ada orang kata jalan-jalan cari penat .... ahaks!
PadamBetul, pengalaman itu yang rak ternilai berbanding kepenatan yang dirasai.
Travel bila di akhirnya memang terasa penat namun kenangan nya sangat manis takkan dilupa betul tak Kak Amie
BalasPadamAduhai Kak Amie, bayangkan lalu pelbagai penerbangan dari Madrid - Doha - KL - KK - Lahad Datu pun dah terasa penatnya! Memang patut sangat qada tidur sepanjang flight. Tapi orang kata, penat travel ni sementara je, kenangan indah di Morocco, Sepanyol & Portugal tu yang kekal selamanya.
BalasPadam