Merehatkan Diri di Sepilok Forest Edge Resort Sandakan
11:11 PGBismillahirrahmanirrahim.
Semenjak dua menjak ini badan berasa kurang selesa.Tekanan darah turun kepada 104/75. Sabtu lepas kita mohon dikecualikan terlibat dalam aktiviti SPM, masak-memasak untuk program SPM. Sabtu sebelumnya kita mengurus bengkel dan akibat terlalu penat, hampir jatuh pitam di tandas! Dari awal tahun ladang kami tetap melaksanakan banyak aktiviti sepanjang bulan, tanpa henti tanpa rehat terutama kelas tambahan setiap petang dan program kecemerlangan pada hari Sabtu dan adakalanya terlajak sehingga ke hari Ahad.
Kita minta Abang Farid tempahkan satu tempat yang tenang dan mendamaikan. Dipilihnya Sepilok Forest Edge Resort di Sandakan. Sepilok! Bukan bermakna hendak melihat orang utan, tapi hendak rehatkan diri dan tenangkan minda dalam suasana kehijauan.
Pada mulanya kami rasa Abang Farid tersalah pilih tempat yang kami maksudkan. Apa tidaknya, menurut petugas kaunter, jarang sangat orang tempatan yang daftar masuk ke resort ini. Bersama-sama kami ketika itu ada beberapa orang pelancong barat sedang daftar masuk resort. Memang benar, keesokan paginya sewaktu sarapan semuanya orang putih, kecuali kami bertiga orang kulit berwarna!
| Pintu masuk Sepilok Forest Edge Resort. |
| Jalan menuju ke tempat penginapan kami iaitu Bilik Mata Kucing. |
| Bilik Mata Kucing dengan kadar bayaran RM492.00 satu malam yang ditempah melalui AGODA. |
| Sepilok Forest Edge Resort |
Di bahagian hadapan ialah pejabat (di tingkat atas). Kami daftar masuk di bahagian bawah. Di belakangnya ialah restoran.
| Tingkat atas - pejabat. Tingkat bawah - kaunter daftar keluar masuk. |
| Sampai sudah loh.... |
Selesai daftar masuk, kami terus menuju ke Bilik Mata Kucing.
Gambar atas dan bawah, jiran sebelah Bilik Mata Kucing.
Jom kita masuk ke resort bertaraf 3 bintang ini.
Buka sahaja pintu bilik, terus terlihat pemandangan luar. Tingkap ini dilapis dengan jaringan nyamuk. Harap-harap memang tidak adalah nyamuk yang tembus masuk bilik.
Pemandangan dari tingkap Bilik Mata Kuucing. Nampak sunyi dan sepi dan seperti berada di rumah sendiri. Tidak kedengaran sebarang bunyi kenderaan kecuali bas pesiaran yang membawa para pelancong untuk menginap di sini.
Tiada almari disediakan melainkan tempat menyidai pakaian daripada kayu, sebiji bantal extra, pengering rambut, selipar dan penyembur nyamuk serta penghalau nyamuk elektronik.
Beginilah keadaannya di Bilik Mata Kucing. Ada kipas dan juga pendingin hawa.
| Tuala Sepilok Forest Edge Resort |
Tuala yang disediakan memang tebal! Amie letak kepala di atasnya dan terbau aroma yang enak dihidu. Berkali-kali Amie cium tuala ini dan barulah perasan aroma tersebut datangnya dari daun pandan yang diikat pada tuala!
Ada tiga botol air kosong disediakan, ada pemanas air elektrik, kopi dan teh.
Sempat makan karipap dan minum kopi panas di dalam bilik. Dua biji karipap, satu inti daging dan satu inti ayam dibeli di Restoran Sukarasa, tempat kami makan tengah hari sebelum daftar masuk ke sini.
| Restoran / Dewan Makan |
Tiba-tiba teringat pula ada kupon minuman selamat datang yang diberikan oleh petugas kaunter sewaktu daftar masuk tadi. Jadi kami pun bersiap ke restoran untuk minum sebelum keluar ke bandar Sandakan mencari makan malam.
Restoran @ dewan makan di sini berkonsep terbuka, dan mesra alam. Tempatnya luas dan sangat selesa.
| Minuman Serai & Kayu Manis |
Inilah minuman selamat datang ke Sepilok Forest Edge Resort. Kami dihidangkan dengan segelas minuman serai & kayu manis yang sejuk berais.
Firdaus minum dua gelas sampai habis. Encik Suami tidak mahu minum sejuk, jadi Firdaus wakilkan diri untuk minum!
Sambil menikmati minuman serai & kayu manis, mata Firdaus tidak lepas dari memandang ke arah kolam renang. Tak sabar si bujang kecil ini hendak mandi.
Kita pula tidak sabar untuk rehatkan diri di dalam bilik sambil manikmati bau harum daun pandan!
Encik Suami sudah tentulah sangat gembira sebab dapat tempat letak kereta yang sangat luas. Buka sahaja jendela Bilik Mata Kucing sudah boleh nampak tempat letak kereta.
| Nun di sana - tempat letak kenderaan para pengunjung. |
Petang itu kami jalan-jalan cari makan di Restoran Al Falah dan kemudian pulang ke resort ketika menjelang senja.
Malam itu semua tidur awal. Suasana sunyi dan sepi membungkus malam menambah lena sampai ke pagi. Dapatlah merasa udara segar di bawah rimbunan prpohon menghijau. Telinga pula dapat mendengar kicauan burung dan unggas di kala subuh yang dingin.
Tidak sabar rasanya hendak menikmati suasana pagi di hutan!
| Selamat pagi! |
Alhamdulillah. Sedikit sebanyak dapatlah merehatkan tubuh dan minda. Semoga terus sihat dan kembali semangat untuk menghadapi dunia yang penuh fatamorgana!
5 comments
Wah, cantiknya Sepilok Forest Edge Resort ni! Memang nampak tenang dan mendamaikan betul suasana hijau kat situ. Bilik Mata Kucing tu pun nampak selesa sangat, sesuai sangat untuk healing dan rehatkan minda lepas penat bekerja. Bestnya dapat bangun pagi dengar bunyi burung!
BalasPadamNampak kurus dan cantik kak amie,moga sihat selalu kak..firdaus pun dah besar ..sama dengan Muhammad..
BalasPadamKreatif dan unik tuala diikat dengan daun pandan. Segar aromanya!
BalasPadamPandai anakanda kak Amie pilih lokasi buat segarkan diri, memang jauh dari kesibukan.
Saya belum pernah ke Sandakan. Bolehlah jadikan resort ni pilihan jika saya ke sana.
Ya Allah, mujur Kak Amie tak pitam dan jatuh tu, Kak Amie. Berat sangat nampak memikir ni. Semoga pulang dari Sepilok ni, keadaan kesihatan Kak Amie dan En Majid bertambah baik. Ingat tu, ada bujang kecil yang masih mengagih perhatian Kak Amie dan En Majid. Semoga sihat selalu ya Kak.
BalasPadamP/S Terkenang pulak pengalaman melawat kawan sy di Sepilok, si orang utan, hihi.
Kak Amie...!!! Aduh sampai hampir pitam di tandas, bahaya tu. Moga cepat sihat ya dan tolong banyak rehat juga. Take care & hugs. Elok sangat Kak Amie bertiga spend time di resort tu, dapat tenang2 kan diri. Take care ya.
BalasPadam