Marco Polo Hotel - Deluxe Triple
10:30 PGBismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas minta tolong Abang Farid tempahkan Balung River Resort tetapi Abang Farid kata tak jumpa web sitenya. Terlepaslah hasrat untuk mandi-manda di sungai yang jernih airnya. Rupa-rupanya setelah Encik Suami buat siasatan, tempat tersebut sudah ditutup. Ya, sudah!
Abang Farid buat tempahan di Marco Polo Hotel pula. Sebut Marco Polo Hotel, zaman-zaman kami muda dahulu memang tak beranilah hendak bermalam di sini disebabkan harganya yang begitu kayangan walaupun taraf tiga bintang sahaja. Barangkali lama-kelamaan disebabkan banyak berdiri hotel bak cendawan tumbuh selepas hujan di sekitar Tawau, maka nama Marco Polo agak tenggelam. Kami pernah menginap di sini beberapa kali dan harganya memang sangat murah.
Kali ini Abang Farid tempahkan jenis bilik deluxe triple dengan harga RM145.33 sen sahaja tanpa sarapan. Jadi, kami dapat tiga buah katil single.
| Bilik Deluxe Triple |
| Firdaus di tepi tingkap. |
| Cantikkan pintu kayunya! Kalau ditolak, nampaklah langsir dan balkoni di bahagian luar. |
| Ada bantal extra dua biji. |
Walaupun nampak old school, tapi selesa.
Bilik airnya pun luas.
| Marco Polo Hotel - Google |
12 comments
wah.. murah tu
BalasPadamMesti satu masa dulu hotel ni antara hotel yang gah dan dianggap mewah di tempat Kak Amie. Bila dah ada hotel2 yang lebih moden, hotel ni jadi tenggelam. Tapi satu yg saya perasan di Sabah dan Sarawak, hotel2 di sana jarang di upgrade dan direnovasi seiring dengan perkembangan semasa dan citarasa tetamu hotel masa kini. Sayang sebenarnya sebab di Sabah dan Sarawak ada banyak tempat2 menarik cuma hotelnya yang kurang menarik terutama di Sarawak.
BalasPadamNampak selesa betul biliknya kak... Daus kene lah rasmikan dulu kan tilam gebus tu kan
BalasPadamSalah satu kelebihan hotel² lama ni biliknya luas, macam bilik Kak Amie tempah ni. Suka tengok banyak unsur kayu dlm bilik ni
BalasPadamSayangnya Balung River dah ditutup. Tapi takpelah, ada hikmahnya menginap di Marco Polo Hotel. Murah juga tu kak Amie untuk bilik deluxe triple tu.Masih berbaloi lagi walaupun tanpa sarapan. Suka bilik ada balkoni. Boleh lepak di balkoni. Cantik pintu kayu tu tapi kalau bukan high level agak seram lah. Biliknya luas memang puas hati.
BalasPadamMurahnya dapat 3 katil single. Bilik selesa juga tu.
BalasPadamSaya sukaaa hotel lama begini, tp masih terawat. Krn biasanya hotel lama selalu luas kamarnya, ada bath tub pula. Hotel2 baru biasanya sudah tidak pakai bath tub kan.
BalasPadamBersih hotelnya walaupun dh lama...
BalasPadamat least hotel ini masih ada "warna". terbaca haritu, we are now in the world without color katanya sebab sekarang kebanyakan deco warna pastel, warna putih.
BalasPadamRindu Tawau...Pernah lalu kat hotel tu tapi belum pernah menginap...
BalasPadamSemoga ada rezeki lagi ke sana
Wah, sangat berbaloi harganya RM145.33 dapat bilik Deluxe Triple dengan 3 katil single! Lagipun hotel-hotel lama macam Marco Polo ni biasanya bilik air dan ruang biliknya tetap luas dan selesa. Klasik betul pintu kayu ke balkoni tu Kak Amie, ada keunikannya yang tersendiri. Kesiannya Firdaus tak dapat mandi sungai kat Balung River Resort sebab dah tutup..
BalasPadamMakkkaihhhh... besar....Deluxe Triple lagi.. dapat rege gitu, sangat berbaloi.
BalasPadam