Lidah Lembu Bakar Air Asam Kerisik
9:03 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini Amie hendak kongsikan menu Lidah Lembu Bakar Air Asam Kerisik.Sebenarnya gambar masakan ini sudah tersimpan berminggu-minggu lamanya, dan sudah dibuang. Adalah beberapa keping masih terselamat, jadi Amie buatlah entri juga. Sebelum itu Amie minta tolong ChatGPT buatkan infografik resipi, tetapi asyik salah sahaja kejadiannya walaupun sudah diedit dan minta diperbetulkan. Itu yang jadi malas hendak dibuat entri.
| Lidah Lembu Bakar Air Asam Kerisik |
| Lidah Lembu Bakar |
| Air Asam Kerisik |
| Resipi Lidah Lembu Bakar Air Asam Kerisik |
Yang silapnya itu bahagian cara memasak. Agaknya ChatGPT sudah penat. Biarlah Amie paparkan juga di sini untuk rujukan akan datang.
| Gambar pada Disember 2023 di Fraser Hill. |
Hari ini dapat dua berita dua beradik. Berita pertama Fuad dapat kenaikan pangkat menjadi Senior Project Engineer. Pelantikan itu berkuatkuasa pada 06 Julai 2026. Tahniah Fuad. Baru balik dari Sydney terus dapat rezeki naik pangkat. Katanya selepas ini mungkin akan out station ke Filipina pula tetapi dia akan tolak sebab risau keselamatan di negara tersebut. Kita pun faham suasana di negara itu. Walaupun negara jiran dan paling hampir dengan LD, kita tak pernah jejak kaki ke sana biar pun sudah lebih 30 tahun bermastautin di Sabah.
Berita kedua, Fairuz kena langgar kereta sewaktu menunggang motosikal. Syukur Alhamdulillah tidak cedera tetapi katanya rasa sakit di bahagian kaki kerana terjatuh. Motosikalnya sekarang sedang dibaiki di bengkel. Semoga dipermudahkan urusan Fairuz.
Di sebalik kesusahan ada kesenangan. Sesungguhnya susah dan senang itu ujian Allah belaka.
5 comments
Tahniah fuad. Allahuakbar semuga fairuz tak apa2. Bila kata accident je berderau rasa hati
BalasPadamLidah sapi ini favorit sayaaaaaa sangaaattttt. Kalau di sini lidah dibuat sate Padang kak, atau di masak semur. Tp kalau keluarga saya suka di goreng sebentar, makan dengan sambal bawang pedas.
BalasPadamCongrats utk Fuad dpt kenaikan . Btw ada apa dengan Filipina? Saya dah lama tak lihat berita agaknya. Trakhir ke Manila aman2 saja.
Semoga kaki Fairuz juga cepat membaik yaa
Uncle belum pernah rasa lidah lembu ni... Camana texture nya eh?
BalasPadamMakanan exotic ni. Kalau kuah asam letak kerisik mesti jadi lagi sedap kan.
BalasPadamAlhamdulillah tahniah Fuad dapat naik pangkat. Jauh² outstation tu. Semoga baik-baik saja.
Allahuakbar, dengan berita kena langgar buat kita sesak dada. Syukurlah tak ada apa² yang teruk.
Semoga Allah permudah segala urusan kak Amie dan keluarga. Aamiin..
Allah hu akbar, semoga Fuad cepat sembuh bahagian kaki ya..ujian kecil ..kita harus sabar..doakan tak lagi berlaku..aamiin.
BalasPadam