Ikan Tilapia Goreng VS Ikan Kerisi Rebus
7:10 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Balik dari ladang, kita minta tolong Encik Suami keluarkan apa-apa ikan untuk dimasak menjelang petang. Kita bersedia untuk menghadiri Google Meet dengan JPNS pada pukul dua petang. GM selesai pada pukul 4:15 petang.
Apabila masuk ke dapur sudah ada dua jenis ikan sedang menunggu untuk diolah. Ada empat ekor ikan kerisi yang sudah hilang kepalanya dan seekor ikan tilapia yang sudah dibersihkan Encik Suami. Ada hirisan putik jagung dan sayur sawi di dalam mangkuk. Memang kita faham sangatlah masakan wajib Encik Suami sudah tentu ikan rebus dengan sayur.
Jadi, petang tadi sempat olah dua jenis ikan ini. Ikan kerisi rebus dan ikan tilapia goreng. Tapi, sebenarnya kita pun pula terpengaruh dengan lauk rebus Encik Suami! Sewaktu masak ikan kerisi rebus, kita sengaja tambah bahan seperti lada putih supaya kuahnya lebih berasa dan daun kunyit untuk aroma yang lebih sedap!
Oleh kerana kita pun suka hirup kuah ikan rebus, jadi kita pun tambah beberapa tangkai cili padi. Walaupun Encik Suami tak makan pedas, nanti kita boleh picit cili padi sewaktu makan nasi.
| Ikan Tilapia Goreng VS Ikan Kerisi Rebus |
| Ikan Tilapia Goreng |
Ikan Tilapia ini Amie goreng garam kunyit saja tapi sedap betul rasanya. Luarnya garing, isinya lembut. Firdaus sudah tentulah suka kulitnya yang garing itu. Sebelum diangkat dari gorengan, Amie masukkan daun kari, daun kunyit, daun limau purut dan beberapa tangkai cili padi.
| Ikan Kerisi Rebus |
11 comments
Cili padi menjerit kesakitan sewaktu amie memicitnya bila nak makan nasi... Hahaha adegan terlampau
BalasPadamAduhhh... talapia goreng pulakkkkk.. dugaan betul huhu
BalasPadamWeekend ni nak beli tilapia la buat goreng garing. Anak2 Cie suka cicah sambal kicap.
BalasPadamDari dulu nak buat style Kak Amie goreng ikan ada daun kari semua tu tapi tak terbuat-buat lagi. Sebab daun karinya tak ada. Pokok dah mati. Bila daun kari ada, ikan pulak tak ada. Banyak halangannya. huhu...Mesti best aroma tu bila tambah daun kunyit dan ada rasa pedas-pedas cili api.
BalasPadamIkan kerisi rebus belum penah masak lagi. Biasa goreng garing je. Itupun dah sedap.
Sedap juga kan masakan rebus-rebus ni. Sihat pun sihat.
Amazing, sedap semuanya..bab cili tu ..pedas .
BalasPadamWalau namanya rebus tapi colourfull menawan selera
BalasPadamsedapnyaaa yang goreng tuuuu
BalasPadamterasa mcm nk cari nasi lemak then dijudukan dgn ikan goreng tu hehehe
2-2 nya langsung buat drooling . Biasanya saya lebih suka yg goreng. Tp melihat penampakan yg rebus, macam terbayang aromanya juga 😍😍😍
BalasPadamnampak sedap betul ikan talapia goreng tu.. rangup..
BalasPadamSatu garing, satu berkuah... memang gandingan yang cukup mantap Kak Amie! Bertambah berselera bila dua-dua menu ni ada aroma daun kunyit dengan cili padi segar dari belakang rumah
BalasPadamDua2 pun sedap tapi cili api tu menakutkan walaupun sebiji je hehe
BalasPadam