Di Sebalik Lorong Madrid : Mimpi Jumpa Peria Katak dan Labu Ular!
3:03 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selesai menikmati makan tengah hari di Megha Halal Cuisine, kami berjalan-jalan di sekitar kawasan berhampiran. Di hadapan restoran, kelihatan dua buah kedai, Asian Food Center dan Spice Bazaar. Pada mulanya Amie menyangka kedai itu hanya menjual rempah-ratus dan makanan kering seperti yang biasa terdapat di kebanyakan kedai Asia di Eropah.
Rasa ingin tahu membawa kaki melangkah masuk ke dalamnya. Alangkah terkejutnya apabila melihat pelbagai sayur-sayuran segar yang begitu biasa terdapat di negara kita tersusun kemas di rak jualan. Sejenak terasa seolah-olah kami sedang membeli-belah di pasar raya tempatan, bukannya berada di tengah kota Madrid! Kehadiran kedai-kedai seperti ini membuktikan bahawa masyarakat Asia di perantauan tetap berusaha mengekalkan budaya dan cita rasa masakan tanah air mereka.
Di hadapan mata kami melihat peria katak, labu ular, bendi, kacang panjang dan beberapa jenis sayur lain yang mengingatkan kepada pasar tamu di Sabah, pasar tani dan pasar malam di kampung!
| Asian Food Center |
| Peria katak dan labu ular. |
Jadinya, perjalanan kami bukan sekadar melihat bangunan bersejarah atau mercu tanda terkenal. Kadang-kadang, sebuah kedai runcit kecil yang menjual peria katak dan labu ular pun mampu meninggalkan kenangan yang cukup manis. Di situlah Amie menyedari dan mula belajar bahawa makanan bukan sekadar mengenyangkan perut, tetapi juga menjadi penghubung kepada budaya, identiti dan rasa rindu terhadap kampung halaman.
Madrid bukan sahaja memperkenalkan kami kepada keindahan Sepanyol, malah mengingatkan kami bahawa di mana pun manusia berada, mereka akan sentiasa membawa bersama cita rasa dan budaya tanah air.
Dan apa yang sedang kami lalui merupakan satu pengalaman yang mengujakan, terutamanya apabila berada jauh dari tanah air.
| Kacang Bendi |
Di kawasan sekitar Megha Halal Cuisine dan kedai seperti Asian Food Center serta Spice Bazaar, komuniti Asia Selatan terutamanya Bangladesh, Pakistan dan India nampaknya berusaha membawa masuk bahan-bahan segar yang mengingatkan mereka kepada kampung halaman. Sebab itulah kami boleh menemui sayur-sayuran seperti peria katak, labu ular atau snake gourd, kacang bendi, kacang panjang, daun kari dan pelbagai jenis cili segar.
| Peria katak. |
| Lobak putih (daikon) dan lobak turnip - ungu putih. |
| Gambar belakang kurang jelas - kobis bunga dan sebelahnya keladi. |
| Kacang Manis |
| Terung |
| Limau |
| Cantik bentuk cili yang merah menyala ini. |
| Buah bidara atau Indian Jujube. |
| Bentuknya mirip buah asam gelugur kan? |
| Tomato dan timun pun nampak cantik. |
| Buah labu air. |
| Buah pisang. |
Bagi pelancong seperti kami, melihat sayur-sayuran seperti ini di tengah-tengah Madrid tentu terasa sedikit mengejutkan. Ia seolah-olah membawa kita pulang walaupun berada beribu-ribu kilometer dari Asia.
Kami hanya sempat mengunjungi Asian Food Center dan tidak mempunyai masa untuk memasuki Spice Bazaar di sebelahnya kerana kesuntukan masa. Terima kasih pemilik Asian Food Center kerana membenarkan Amie merakam gambar di sini.
| Asian Food Center |
Catatan kali ini bukan sekadar menceritakan tempat yang kami lawati, malah menggambarkan bagaimana makanan menjadi jambatan yang menghubungkan manusia dengan asal-usul dan kenangan mereka, walau di mana mereka berada.
| Madrid Barajas Airport |
Bas terus bergerak membawa kami ke Lapangan Terbang Adolfo Suarez Madrid - Barajas (Madrid Barajas Airport) untuk daftar masuk penerbangan Qatar Airways ke Doha.
28 comments
Suka betul baca catatan Kak Amie kali ni. Betul kata akak, makanan bukan sekadar pengenyang perut tapi jadi jambatan budaya dan pengikat rasa rindu pada kampung halaman. Pengembaraan yang sangat bermakna bukan takat tengok tempat bersejarah, tapi dapat menyelami kehidupan masyarakat Asia kat sana juga.
BalasPadamAlhamdulillah. Rasa gembira sangat sebab pulang dengan pelbagai info.
PadamSeronok masuk kedai yang tersusun rapi macam ni. Kita pun semangat nak membeli. Geram tengok buah dan sayur segar. Terasa macam berada di negara sendiri pulak kan Kak Amie.
BalasPadamMerah menyala cili tu. Betul tu, macam buah asam gelugor pulak.
Itulah, teruja betul tengok sayur segar warna-warni.
PadamPenuh estetika dan emosi. Gambaran lorong-lorong Madrid dengan elemen penceritaan yang mendalam ni betul-betul menghidupkan penceritaan. Boleh rasa keindahan dan vibes tempat tu melalui penulisan. Teruskan berkongsi kisah-kisah travelog bermakna macam ni!
BalasPadamTerima kasih Syaz sudi singgah.
PadamMacam kat Malaysia je banyak pilihan sayuran.
BalasPadamCantik-cantik dan nampak segar kan.
PadamSeronok masuk pasar di sana, nampak bersih dan tersusun. Selagi ada demand, pasti ada supply :)
BalasPadamBetul PH.
PadamKagum tengok buah-buahan dan sayur-sayuran tu nampak segar macam ditanam di bumi Sepanyol dan bukannya di negara Asia!
BalasPadamAda tanya pekedai di situ, ada sayuran dari Sepanyol. Ada petani Bangladesh, India dan Pakistan tanam. Ada yang datang dari Belanda. Sumber diperoleh dari dalam dan luar negara termasuk dari Asia seperti India, Pakistan dan Thailand.
Padamsuka pula sy tgk kak
BalasPadamkemas dan tampak bersih pula
seolah mcm diorg dah basuh dulu sebelum display...
ooo kak amie trn kat morocco then blk ikut madrid yaaa.... sy igt kan akk patah balik ke morocco...
Menarik kan!
PadamWarna-warni lagi.
Ta, turun di Casblanca, Morocco, naik feri lintas Selat Gibraltar untuk sampai ke Sepanyol. Terus ke Pirtugal. Patah balik ke Madrid untuk flight ke Doha.
Segarnyaa sayuran.. mata tertumpu dengan lada bolat merah dan juga tomato tu ..
BalasPadamWarna merah terang memang mencuri pemandangan.
PadamMenarik..Cantik2 dan segar2 sayurannya..
BalasPadamBetul tu. Teruja hendak ambil gambar.
Padamwah sayuran segar dari Asia senang nk masak menu cara kita
BalasPadamBetul kak PI. Kalau duduk sini memang senanglah nsk belu bahan masakan kita.
PadamSegar² tengok sayuran. Saya pernah tengok rancangan memasak di AFC, di Australia pun ada kedai Asia begini. Yang shopping pun mat salleh juga, mereka sudah pandai masak kari.
BalasPadamDunia masakan tak bersempadan kan Nur. Masaklah ikut selera asalkan ada bahannya.
PadamWaduh bestnya. Tenguk pisang tanduk dah masak ranum bestnya kalau buat pengat. Betul lah amie bila kita travel tempat orang bila nampak makanan Negeri sendiri aduhaiiiiii rasa nak masak lauk malaysia itu jam juga. Hahaha mula le tekak nengada nak roti canai lah nasi lemak lah. Apa pun syukur bumi Malaysia kaya dengan pelbagai makanan yang sedap2
BalasPadamAlaaa....tinggalkan sekejap jew negara sendiri kan Notie. Tak lari nadi lemak dan roti canai hihihkk.
PadamWalaupun saya tak suka memasak, tp bisa melihat aneka sayuran begini juga ikut happy . Apalagi saya sukaaa sekali sayuran. Langsung membayangkan menu2 sedap yg dibuat dari bahan2 di atas.
BalasPadamSatu lagi, Krn warnanya yg kontras satu sama lain 😍😍😍. Terlihat cantik di foto
Saya memang pantang dapat melihat buah dan sayuran. Apalagi tang segar dan cantik. Memanglah penuhlah galeri camera dengan gambar-gambar begini. Padahal selalu jumpa di tempat sendiri hihihi.
PadamMacam tak sangka boleh jumpa peria katak dan petola ular kan kak... mcm teruja lak kan jumpa sayur yg biasa ada kt kampung tu boleh ada di tengah madrid.
BalasPadamOo tu panggil labu ular eh... rasa kami panggil peria ular... aishh.. kenapa lah ada nama ular, ngeri pulak bunyinya.
BalasPadamRasa masyarakat Asia Tenggara ada di mana² negara cuma di beberapa region je. Itu yang baca orang Malaysia kalau duduk di luar negara akan dapatkan makanan di kedai2 Asia.