Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna
10:10 PTGFuad beberapa mengingatkan agar dapat menyantap Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna. Itu permintaannya sejak bulan puasa. Amie sangka setelah siang dan malam makan di rumah terbuka raya, mungkin Fuad sudah terlupa Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna. Rupanya tidak! Malah berpesan lagi, sebelum balik ke Johor mesti makan nasi kuning!
Pada hari raya keempat, sempena rumah terbuka di rumah kami semuanya bekerjasama membantu mana yang patut. Anak-anak dan Encik Suami tidur setelah larut malam. Akibat keletihan, keesokan pagi Rabu, semua sambung tidur. Ketika itulah kita masak nasi kuning. Kami memang sudah beli seekor ikan tuna siap isi badannya dipotong lapan bahagian. Ada telur rebus tetapi tidak ada mentimun. Tidak apalah, sebab mentimun bukan bahan wajib sebagai pelengkap nasi kuning. Lagi pun tidak sampai hati hendak bangunkan salah seorang daripada mereka untuk ke kedai. Nasi kuning dengan sambal ikan tuna serta telur rebus pun sudah memadai.
Resipi Nasi Kuning Sambal Ikan banyak kali Amie kongsikan, antaranya di sini:
- Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna
- Nasi Kuning & The Gang Yang Sangat Sedap!
- Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna : MALAYSIAN FOOD FESTIVAL (SABAH MONTH)
| Nasi Kuning Sambal Ikan Tuna |
| Cucur Udang dengan Jagung |
| Sate Ayam & Sate Kambing |
| Nasi Kuing |
| Sambal Ikan Tuna |
| Telur Rebus |
| Cucur Jagung dengan Udang |
| Sate Ayam |
| Sate Kambing |
| Semalam beraya di rumah kakak ipar. |
| Hari ini masih beraya. |
13 comments
Sedapnya nasi kuning.
BalasPadamSedap makan dengan sambal ikan.
PadamSelamat hari raya buat kak Amie sekeluarga... Rajin incikSuami masih lengkap berbaju melayu
BalasPadamYa, rajin pula dia pakai baju kurung dengan sampin.
PadamAiseyyy... lamunan terhentilah pulak😁
BalasPadamUishh sampai 12 pasang baju ditempah... Mesti penuh wardrobe Kak Amie, mujur juga boleh pakai untuk mengajar.
Cantiklah jubah hitam tu, berseri Kak Amie pakai.
6 pasang yang ditsmpah sebelum tu untuk travel.
Padamselamat hari raya kak amie...tiba2 dapat idea nak sarapan cucur jagung juga la pagi ni
BalasPadamwaahh cucur jagungggg mmg sllu mnjadi pujaaaann hati ehehe.. alamak tukang jahit boleh pulak lupa ye sbb ingtkan sis amie dah ada baju raya yg 6 psg sblm tu? alahai ehehe
BalasPadammenu jamu anak2 sedap semua
BalasPadamSebelum komen...nak bagitahu..
BalasPadamMALAM TADI SAYA MIMPI CIKGU DATANG RUMAH SAYA..hingga sekarang saya masih ingat dengan jelas mimpi tu..
Masyaa Allah...NASI KUNING yang ditatap dari blog ni dan dizikir hingga berkali dapat merasa di Tawau..Semoga ada eezeki lagi dapat makan Nasi Kuning di Sabah
selamat hari raya, masakan k amie tak pernah mengecewakan. tgk je dh tau pasti sedap
BalasPadamMesti berselera Fuad makan, setelah sekian lama teringin. Sebagai emak, mesti nak memenuhi permintaan anak juga kan kak, nanti dia orang dah nak balik ke sarang masing-masing.
BalasPadamSelamat hari raya, kak Amie. Minta ampun dan maaf selama kita kenal menerusi dunia blog ni ya, kak. 🤗
Rajin ye enche Majid beraya pakai baju melayu. Kita org hari raya pertama je yg lain baju biasa. Kalau solat jumaat hah ye
BalasPadam