Iftar 24 Ramadan 1447H - Roti Paratha & The Gang
9:34 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadan nan mulia ini. Semoga Allah kurniakan keberkatan dan sebaik-baik ganjaran untuk hamba-Nya yang berusaha menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan puasa ini.
Semalam Fairuz suarakan keinginannya untuk berbuka puasa dengan murtabak paratha. Katanya, Ramadan tahun lepas, kami pernah berbuka puasa dengan murtabak paratha. Memandangkan Amie sibuk di dapur sepanjang hari ini, Amie tak sempat untuk melihat semula entri : Berbuka Puasa Dengan Murtabak Paratha & Minuman Tongsui
Hari ini Amie merendang daging untuk juadah hari raya. Memang sebelum ini setiap kali akan menjelang hari raya, Amie akan masak rendang lebih awal dan disejukbekukan. Kali ini Amie buat rendang nasib, campuran enam kilogram daging nombor dua dan dua kilogram paru. Walaupun sibuk menjaga api rendang, sempat jugalah sediakan juadah berbuka puasa.
| Hidangan Berbuka Puasa |
| Hidangan berbuka Puasa tahun lepas : Murtabak Paratha |
| Murtabak Paratha |
Inilah Murtabak Paratha yang dimaksudkan Fairuz.
Resipinya ada di sini: Berbuka Puasa Dengan Murtabak Paratha & Minuman Tongsui
| Roti Paratha |
Petang tadi Amie hanya sempat sediakan roti paratha sahaja. Tak sempat hendak dijadikan murtabak paratha. Untuk hasil lebih gebu dan rangup, Amie panaskan terlebih dahulu roti paratha readymade dalam kuali sehingga kuning keemasan dan kemudian belah empat, seterusnya masukkan selama lima minit di dalam air fryer di bawah suhu 180'C. Hasilnya, roti paratha jadi gebu dan rangup.
Roti paratha ini Amie padankan dengan Dalca Daging baki lauk Nasi Daging juadah berbuka puasa kelmarin. Amie panaskan semula dan tambahkan tomato serta kacang bendi.
| Dalca Daging |
| Keema Daging Kerbau Kisar |
Firdaus tolong kupas kentang dan potong kecil-kecil. Amie jadikan masakan keema, campur dengan daging kerbau kisar. Suka sangat Firdaus makan dengan roti paratha. Roti paratha yang gebu kembung itu dia buat macam lubang dan isikan keema kerbau. Katanya, teringat di Jordan dan Palestin sewaktu makan roti Arab atau khubz. Eh, rindu pulak dengan falafel apabila Firdaus cerita tentang Jordan!
| Rendang Nasib |
Ini rendang nasib yang belum kering sepenuhnya. Sewaktu berbuka puasa, Amie tutup api rendang. Ambil sedikit rendang untuk dijamah bersama roti paratha.
| Salad buah-buahan dengan tambahan yogurt asli dan parutan keju. |
Wokey! Kita hendak tengok rendang di dapur.
Jumpa lagi!
2 comments
Awal kak masak rendang. Sedap juga rendang nasib jarang2 dapat makan.
BalasPadamMemang tiap tahun begitu. Masak rendang lebih awal.
Padam