Cari Bubur Nasi di Aroma Elopura
8:36 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Minggu lepas sewaktu menginap di Hotel Emas, Tawau tidak dapat makan bubur nasi sebab memang tidak disediakan hidangan tersebut ketika sarapan. Alhamdulillah, di Hotel Elopura Sandakan dapat makan bubur nasi sepuas-puasnya! Rasa berselera sungguh sarapan di sini. Semua jenis makanan hendak dicuba. Mujurlah waktu sarapan agak panjang bermula dari pukul 6:30 - 10:00 pagi. Pagi pertama sarapan di sini memang sengaja turun lambat-lambat sebab hendak habiskan masa di meja sarapan sebelum menuju ke Harbour Mall.
| Bubur Nasi & The Gang |
Antara menu sarapan yang kami nikmati selain bubur nasi, termasuklah salad, buah-buahan, telur, kentang, sosej dan sebagainya. Ambil serba sedikit untuk rasa-rasa. Amie tak ambil nasi goreng, mi goreng, nasi lemak atau nasi kuning. Kalau ambil jenis-jenis begini memang terus kenyanglah perut!
| Menu sarapan pagi kedua di Hotel Elopura. |
Tempat makan di Hotel Elopura terletak di tepi laut. Nyaman rasanya ditiup angin pagi. Banyak juga menu di dalam gerai di bahagian luar seperti nasi kuning, nasi lemak, telur mata, telur separuh masak dan juga roti paratha.
Tempat makan di sini luas dan sangat selesa. Mungkin waktu sarapan yang agak panjang, jadi tidaklah penghuni hotel tergesa-gesa untuk sarapan kerana mengejar waktu.
Pagi pertama ada buah tembikai dan buah nanas. Sedap betul nanasnya! Harapnya keesokan pagi ada lagi nanas, tapi ditular pula dengan buah honeydew. Tak apalah, pagi kelmarinnya sudah makan banyak buah nanas... ahaks!
| Kuetiau Sup & The Gang |
| Bubur Nasi & The Gang |
| Di sini tersedia mi goreng, kuetiau goreng, nasi goreng, kentang goreng dan pelbagai lagi. |
Pagi kedua kami duduk di tepi hujung sekali, dekat dengan laut dan membelakangkan Harbour Mall.
Sambil bersarapan sambil menikmati angin laut yang sejuk. Banyak kapal laut lalu lalang di situ.
Kami daftar keluar pada pukul lapan pagi. Rombongan Firdaus dijangka bertolak dari Sandakan ke Lahad Datu pada pukul 10:00 pagi. Harapnya nanti sempatlah kami sampai ke Lahad datu dan ambil Firdaus di sekolah.
Sebenarnya bermalam di Hotel Elopura memang menyeronokkan. Yang kurangnya adalah kesesakan lalu lintas. Hal ini disebabkan Sandakan merupakan bandar lama dan menjadi tumpuan ramai. Encik Suami lebih suka suasana di Tawau sebab katanya jalannya luas dan tidak sesesak bandar Sandakan.
Masalahnya, kita suka shopping di Sandakan!
Masalahnya, kita suka shopping di Sandakan!
Kami lebih banyak menghabiskan masa dengan berjalan kaki sahaja ketika berada di sini. Maklumlah, kalau bandar sesak hendak cari tempat letak kereta pun susah! Mujurlah ada tempat letak kereta khas untuk pelanggan di hotel ini. Tidaklah Encik Suami bising... hiks!
2 comments
Bagusnya lokasi hotel, jalan kaki saja ke Mall. Ambil makanan sikit-sikit dapat cuba lebih banyak jenis di bufet.
BalasPadambanyak juga sajian sarapannya. Dulu waktu kerja di sekitar Jalan Raja Chulan, suka beli bubur di tepi jalan bawah Monorel Raja Chulan. Buburnya ada dipecahkan telur separuh masak.
BalasPadam