Menginap Dua Malam di Hotel Elopura Sandakan
9:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Malam ini merupakan mlam kedua kami meginap di Hotel Elopura Sandakan. Kelmarin, dari ladang terus gerak ke Sandakan. Perjalanan dari LD ke Sandakan memang cukup mencabar kerana jalannya seperti permukaan bulan. Ditambah dengan hujan lebat tak henti dari pagi, dan kesesakan jalan ketika sudah menghampiri bandar Sandakan. Biasanya perjalanan memakan masa selama dua jam setengah tetapi kami berada di jalan raya lebih dari itu. Dari LD pukul 1:30 petang dan sampai ke Hotel Elopura ketika azan maghrib berkumandang. Ini bermakna kami menghabiskan masa selama empat setengah jam di jalan raya!

Guru pengiring yang mengurus lawatan Firdaus dan kawan-kawannya ke Sandakan sentiasa menghantar berita dan gambar dalam WhatsAap Group. Mereka berhenti di Bukit Garam untuk menunaikan solat Jumaat dan makan tengah hari. Ketika kami masih bergelumang di permukaan bulan, mereka sudah selesai mengadakan lawatan di UMS (Universiti Malaysia Sabah).
Firdaus dan kawan-kawannya bermalam di Kompleks Sukan Sandakan. Firdaus sudah berpesan supaya kami tidak meminta dia pulang ke LD naik kereta bersama kami pada hari Ahad nanti .... ahaks! Kelakar pula budak ini. Kami sengaja datang ke Sandakan sebab hendak shopping, bukannya mengekor dia.
Oh, ya! Tentang Hotel Elopura ini kami pernah bermalam di sini pada 2022 di sini: Semalam di Hotel Elopura Sandakan.
Untuk penginapan selama dua malam ini kami memilih jenis bilik Standard King City View dengan kadar bayaran sebanyak RM357.48 sen termasuk sarapan. Tempahan dibuat melalui Agoda.
Pagi tadi selepas sarapan, sempat ambil gambar perkataan Sandakan dan kemudian kami shopping di Harbour Mall yang terletak di hdapan Hotel Elopura.
Ketika kami berada di Harbour Mall, guru pengiring berkongsi gambar para peserta lawatan. Rupanya mereka jejak kaki ke sini juga! Kiranya kami berselisih waktulah ketika itu.
| Gambar Firdaus bersama para peserta lawatan ke Sandakan. |
| Selesa sungguh bermalam di sini. Biliknya kemas dan bersih. |
Oleh kerana masing-masing keletihan dalam perjalanan, jadinya selepas mencari makan malam di Harbour Mall, kami terus tidur. Keesokan paginya kami santai-santai sahaja bersarapan kerana tidak ada rancangan untuk pergi lebih jauh selain hanya membeli-belah di Harbour Mall.
| Ruangan kegemaran Encik Suami. |
| Seperti biasa, hotel bintang tiga turut menyediakan sterika dan juga pengering rambut. |
Tandasnya tidaklah luas tetapi tetap selesa. Kemas dan bersih.
Oleh kerana sudah ada entri tentang Hotel Elopura sebelum ini, jadi setakat ini sahajalah perkongsiannya. Cuma hendak ulang cerita : Elopura adalah nama pertama bagi Sandakan ketika ditemui oleh William B Pryer pada tahun 1879 dari Syarikat Borneo Utara British. Elopura bermaksud BANDAR INDAH.
0 comments