Kupi-Kupi Dulu!
10:06 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selepas shopping di Harbour Mall kami pulang ke hotel untuk berehat seketika. menjelang pukul 2:30 petang kami keluar semula. Kami jalan kaki sahaja menyusuri lorong di sekitar hotel. Perut mula rasa lapar pula. maklumlah hanya makan Sup Jagung udang dan Sup Ceker di Harbour Mall. Encik Suami ajak singgah mengopi di Coto Makassar Haji Alimuddin Bin Indala yang terletak di Kedai Kopi Fong Ming. Nama saja Kedai Kopi Fong Ming tetapi kedai penuh dengan pelanggan yang menikmati pelbagai hidangan dari Coto Makassar Haji Alimuddin.
kami pernah beberapa kali makan coto di sini beberapa tahun lalu. Coto Makassar ini ada di Sandakan sejak 1988 lagi. Namun kali ini tiada pula Haji Alimuddin seperti dahulu : Jangan Lupa Nikmati Coto Makassar di Sabah!
Encik Suami memesan kopi dan roti panggang. Amie pula memesan Coto Makassar.
| Encik Suami - Roti Panggang |
| Kopi Hitam |
Encik Suami kata masih kenyang, jadi sekadar temankan Amie makan saja sambil hirup kopi dan makan roti.
| Amie - Coto Makassar |
| Amie minta Coto Makassar campur perut, paru, urat dan daging. |
| Jangan lupa perahkan limau kasturi dan tambahkan sambal. |
Apabila belek-belek entri lama, rupanya lama sungguh kami tidak ke sini. Amie terjumpa entri berkaitan Coto Makassar di sini pada tahun 2016. Dahulu Haji Alimuddin bersama isterinya sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus datang. Kali ini orang lain pula, jauh lebih muda dan mungkin anak-anaknya. Begitulah anggapan Encik Suami. Nama coto masih kekal iaitu Coto Makassar Haji Alimuddin.
| Coto Makassar Haji Alimuddin 2016. |
Amie beritahu Encik Suami, ada beza rasa Coto Makassar 2026 dengan 2015. Rindu pula keenakan Coto Makassar 2016. Kata Encik Suami, memanglah ada beza rasa sebab mungkin dahulu air tangan orang berpengalaman yang lebih tua, sekarang air tangan orang muda. Oh, begitukah?
Selesai makan dan minum kopi, memang peluh terrus meleleh-leleh!
Alhamdulillah. Mudah-mudahan bertambah sihat.
0 comments