Makan Tengah Hari di Rumpun Selera
6:59 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini menghadiri Dialog Prestasi, balik lewat dari kebiasaan. Ada peluang cari pasal untuk cari makan sebelum sampai ke rumah. Kami singgah di Seri Perdana, makan tengah hari di Restoran Rumpun Selera. Konsep layan diri di sini memudahkan para pelanggan memilih jenis nasi dan lauk yang diingini. Amie dan Encik Suami memilih Nasi Arab sementara Firdaus memilih Nasi Briyani. Nasi Arab di sini lebih kepada warna putih dan sedikit sahaja warna kuningnya.

| Hidangan Tengah Hari |
| Pelengkap hidangan. |
Selain lauk yang dipilih, kami tambah acar timun, kerabu mangga dan papadom. Seperti biasa, setiap hidangan dilengkapi dengan semangkuk kecil sup kosong. Sedaplah pula meratah kerabu mangga sampai habis semangkuk kecil! Di bawah kerabu mangga itu sebenarnya ada rumpai laut.
Encik Suami dan Firdaus memesan minuman sejuk, tak ingat apa yang anak beranak ini minum sebab lupa ambil gambar.
| Bakwan Sayur & Sambal Tomato |
Terpandang bakwan sayur yang kelihatan menggoda selera. Ambillah beberapa ketul bersama sambal cili padi dengan tomato dan daun kemangi. Sempatlah kita merasa seketul. Selebihnya Firdaus dan Encik Suami habiskan. Tak apalah, lain kali boleh datang dan makan bakwan sayur puas-puas.
0 comments