Makan Tengah Hari di Dee Stove
7:13 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sibuk betul Firdaus minggu ini mengikuti latihan persembahan di sekolah agama dan sekolah kebangsaan sempena pelbagai majlis di akhir tahun. Kelmarin pagi Firdaus bergraduasi di sekolah agama dan pagi tadi hadir untuk terima anugerah di sekolah kebangsaan pula. Kita pula tidak menang tangan menyiap pelbagai laporan sepanjang tahun bertugas di ladang.
Firdaus kata perutnya lapar dan kami bawa ke Dee Stove yang terletak di First Palm City Centre LD. Sebenarnya kita tak berapa selera untuk makan. Mungkin sangat penat menyiapkan pelbagai tugasan untuk ladang. Kami memesan:
- Ramyeon Spicy Chicken
- Nasi Ayam Mangga ala Thai
- Tom Yam Campur
- Sup Jagung
- Wantan Goreng
- Green Tea
- Lemon Tea
| Makan tengah hari di Dee Stove. |
| Firdaus - Ramyeon Spicy Chicken |
| Encik Suami - Nasi Ayam Mangga Ala Thai |
| Sup yang didatangkan bersama set Nasi Ayam Mangga Ala Thai. |
| Tom Yam Campur |
| Ada hirusan ayam dalam Sup Jagung. |
| Firdaus - Green Tea |
| Amie & Encik Suami - Lemon Tea |
Amie memilih Tom Yam Campur dan Sup Jagung. Tom Yam itu sedap, tapi Amie hanya hirup kuahnya sahaja. Sup jagung pun sedap, tapi hanya luak sedikit sahaja. Akhirnya Amie minta bungkus kedua-duanya dan bawa pulang ke rumah. Petang tadi goreng cucur bawang dan panaskan sup jagung serta tom yam. Sedap pula apabila makan di rumah!
0 comments