Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak
7:31 PTGCadangnya kami hendak terus ke Tawau. Kebetulan pula tempat buang undi Abang Farid dan Fairuz melalui jalan yang sama menuju ke Tawau, jadi kami singgah di situ dan dapatlah budak-budak ini menunaikan kewajipan pada tanah kelahiran mereka.
Kami bermalam di Hotel Emas, dan keesokan paginya akan hantar Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah ke Lapangan Terbang Tawau. Sebenarnya sepanjang berada di LD, Abang Farid dan Aseeyah kurang sihat. Pukul enam setengah pagi, Abang Farid ketuk pintu bilik kami dan beritahu Hamzah asyik menangis kerana badannya panas. Alhamdulillah, Abang Farid dapat cari klinik yang dibuka 23 jam, dan syukur kepada Allah semuanya dipermudahkan. Doktor kata Hamzah terkena jangkitan demam dari Abang Farid.
Setelah Abang Farid bersama anak isterinya terbang, Encik Suami berkata : Hamzah datang seperti angin. Balik pun macam angin! Tak apalah Tok Baba, nanti hujung tahun kita balik Malaya, dapat jumpa lagi dengan Hamzah.
Petang tadi Amie sempat masuk dapur. Masak nasi dan lauk Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak. Kebetulan hujan di waktu petang. Memang sedap sungguhlah dapat makan dengan Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak!
| Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak |
| Bismillah |
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
| Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak |
| Tumis Sayur Campur - Cendawan Shiitake, Kacang Manis & Bunga Kobis |
| Ikan Tenggiri Goreng Berempah |
| Telur Masin & Petai Goreng |
| Jemput makan! |
Baki lauk-pauk dan nasi bolehlah dibuat bekal ke ladang esok pagi. Memang sengaja masak lebih untuk dijadikan bekalan bekerja.
0 comments