Sarapan Apa Pagi Ini?
10:38 PGBismillahirrahmanirrahim.
Tanya Sarapan Apa Pagi Ini?, tapi tayang gambar sarapan pagi kelmarin... ahaks! Kelmarin pagi kami sarapan lontong kuah lodeh. Rakan penoreh belanja kami hasil air tangannya sendiri. Sedap makan lontong kuah lodrh sampai teringat-ingat keenakannya. Maklumlah di LD mana ada lontong / nasi himpit dengan kuah lodeh seperti di tempat kita. Kalau tak ingat orang belakang, memang hendak menambah dua tiga mangkuk! Istimewanya, penoreh yang bawa ini berasal dari Johor. Memang kena bagi bintang-bintanglah kepadanya.
| Lontong Kuah Lodeh |
| Bihun Sup Kantin |
Biasanya kalau sarapan di kantin, pilihan kami selain mi dan bihun goreng, sudah tentulah bihun sup. Sayangnya bihun supnya sangat ringkas. Harganya RM5.00.
Amie selalu minta tambahan hirisan ayam seperti gambar di bawah. Amie bawa sendiri telur rebus dan daun salad. Bolehlah buat tambah-tambah aksesori.
| Bihun Sup Kantin yang telah ditokok tambah dengan aksesori yang dibawa dari rumah. |
| Bubur Ayam Kantin |
Kalau hendak makan bubur di kantin pun Amie minta tambah lagi hirisan ayam. Dari harga RM5.00 menjadi RM7.00
| Bihun Sup Ayam Goreng - RM8.00 |
Sesekali Amie memesan Bihun Sup Ayam Goreng tapi kena tambah lagi ayam gorengnya. Jadi, Amie sarapan apa pagi ini? Rakan-rakan penoreh bawa popia carbonara, karipap dan kuih-muih lain. Rasa kenyang pula setelah makan kuih-muih. Tapi pergi kantin juga. Kupi-kupi dulu bah! Jadi, sarapannya hanya minum kopi sahaja.
0 comments