Makan Tengah Hari dengan Roti Kelapa Pandan Saja?
9:55 PGSempat juga Amie baca tentatif program yang dikongsikan oleh pihak sekolah. Selain aktiviti dalam kumpulan, mereka juga akan dibawa ke tempat lawatan seperti ke UMS (Universiti Malaysia Sabah - Cawangan), TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia), RDC (Rainforest Discovery Centre), BSBCC ( Borneo Sun Bear Conservation Centre) dan PPOUS (Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok).
Selesai membeli barang keperluannya, sudah tentulah hendak isi perut. Dari pasar raya kami meredah hujan yang turun dengan lebatnya menuju ke kereta. Kalau sudah sejuk dek hujan, makanan apa yang sedap untuk dinikmati? Jomlah ke Perdana Square cari makanan panas berkuah!
Encik Suami memesan Bihun Sup Seafood. Firdaus memang hanya ingin menikmati Nasi Ayam Geprek. Amie pula hendak makan Roti Kelapa Pandan yang harum wangi itu! Tapi mana kenyang makan Roti Kelapa Pandan nan sekeping itu?
| Roti Kelapa Pandan |
| Firdaus dengan Nasi Ayam Geprek kegemarannya. |
| Saiz Ayam Geprek yang besar. |
| Bihun Sup Seafood dan Bihun Sup Kahanga |
| Encik Suami - Bihun Sup Seafood |
| Amie - Bihun Sup Kahanga |
| Minuman Hot Chinese Tea dan Ais Teh Tarik. |
| Wantan Goreng Inti Udang |
2 comments
happynya Firdaus nak pergi lawatan ye..teringat zaman saya dulu pun kalau dapat join lawatan sekolah malam tu tak lena nak tidur
BalasPadamKahanga tu sejenis seafood juga ye kak ami?pertama kali baca perkataan kahanga
bestnya dapat melawat banyak tempat di sandakan. Boleh tengok beruang matahari pulak tu. Semoga Firdaus dapat kenangan best masa lawatan dengan rakan2 sekolah nanti.
BalasPadam