Firdaus di Majlis Graduasi Sekolah Agama dan di Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Sekolah Kebangsaan
9:52 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Catatan ini diharap menjadi kenang-kenangan buat Firdaus pada masa akan datang. Khamis, 11 Disember 2025 Firdaus menghadiri Majlis Graduasi Sekolah Agama Negeri Kampung Haji Khamis. Encik Suami turut serta menghadiri majlis tersebut.
| Firdaus di Majlis Graduasi Sekolah Agama Negeri Kg, Haji Khamis. |
Firdaus beritahu sewaktu menatap Sijil Tamat Persekolahan, katanya dia rasa bangga dapat menimba ilmu di sekolah agama tetapi pada masa yang saya dia rasa sedih sebab tidak dapat bersekolah di situ lagi.
Hari ini Sabtu, 13 Disember 2025 kami turut menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2025 di sekolah kebangsaan pula.
| Antara sijil yang dianugerahkan sempena Majlis Kecemerlangan Pendidikan sekolah kebangsaan. |
Tamat majlis, kami bawa Firdaus dan kawan baiknya Khalid untuk makan tengah hari di Marry Brown. Semua berasa lapar sebab berada di dewan seawal pukul 6:35 pagi sehingga tamat majlis kira-kira pukul 11:30 pagi.
Bermula dari bacaan doa, basah tudung kita dengan air mata dan ketika semua murid Tahun 6 membuat persembahan koir di akhir majlis , sekali lagi berjuraian air mata. Kita pula yang rasa terlebih sebak!
| Khalid bukan sahaja jiran sepermainan Firdaus tetapi sekelas di sekolah kebangsaan sejak Tahun 1 hingga Tahun 6. |
Nampaknya mulai 2026 Firdaus dan kawan-kawan membawa haluan mengikut minat dan sekolah yang dipilih. Ada yang memohon ke MRSM, Sekolah Menengah Sains, Sekolah Agama, Sekolah KRK dan sebagainya.
| Jambangan bunga-bunga sumbangan Abang Farid, Fuad dan Fairuz. |
0 comments