Anak Buah Belanja Makan di Tiyula' Itum
2:32 PTGBismillahirrahmanirrahaim.
Anak buah ingatkan kami untuk datang ke Tiyula' Itum. Tiyula' Itum ini kalau tak silap Amie nama makanan tradisonal masyarakat Suluk yang bermaksud sup daging masak hitam. Tapi kata anak buah, mereka hendak makan ikan dan sotong bakar di situ. Mana-manalah. Yang penting boleh dimakan... ahaks!
| Makan bersama anak-anak dan cucu buah serta kakak ipar di Tiyula' Itum. |
Oleh kerana semua lauk yang dipesan tidak datang serentak dan ambil masa yang agak lama, jadi kami pun makan sahajalah apa yang ada di depan mata. Akhirnya masing-masing memesan pelbagai jenis sup. Barangkali semuanya sudah lapar, ditambah pula dengan suasana sejuk-sejuk manja selepas hujan.
| Ikan Belais Bakar |
| Latok & Air Lada |
| Kami meratah sahaja latok bersama ikan bakar. |
Sotong bakar ini pun kami ratrah begitu saja sementara masih panas!
| Ikan bakar... lupa namanya yang mata besar tu. |
| Amie - Sup Perut & Urat |
| Banyak isi sup perut & urat. |
Terima kasih Anak-anak buah kerana belanja kami makan di Tiyula' Itum. Sedap meratah ikan dan sotong bakar!
5 comments
Sedapnya latok tu teringin pulak tengok.
BalasPadamTerkezutttt nengok kepala dan mata ikan tu. Siap nganga lagi😅
BalasPadamSup urat dan perut sedaplah dimakam sebab lembut.
Aiiiiih ikan bakar dan sotong nya menggoda sangaaat 😍😍😍😍. Itu latok sampai skr saya belum coba , penasaran. Waktu itu teman ada yg jual, tp Krn saya blm tahu rasanya, apalagi bentuk macam telur ikan, saya tak nak beli dulu. Takut mubazir jika tak suka
BalasPadamTak dapat nak type semua menu nya sebab semua nampak sedap sangat. Rindu latok.
BalasPadamSedapnya tengok sup. Alhamdulillah, anak buah belanja makan. Seronok makan ramai-ramai.
BalasPadam