Sepi Yang Ditinggalkan Amat Mencengkam Perasaan!

6:37 PTG

Bismillahirrahamanirrahim.
Hari ini terasa ingin jauh-jauh dari mendekati rumah. Buka pintu sahaja, sudah disambut dengan suasana sunyi dan sepi. Air mata seakan mahu gugur berjurai-jurai melihat pintu bilik anak-anak, dan apabila dibuka hanya kenangan yang memenuhi ruang mata!

Lebaran ketujuh, Fuad dan Fairuz sudah tinggalkan LD. Pagi ini, Abang Farid dan Aseeyah pula terbang ke sarang mereka.

Suhu pada petang ini mencecah sehingga 36'C. Walaupun berada di bilik berhawa dingin, rasa panas tetap terasa. Hendak tidur tapi tidak lena. Baiklah menulis sesuatu sementara menunggu Encik Suami dan Firdaus pulang dari sekolah agama.

Tumis Ikan Sardin 

Kelmarin Abang Farid beli ikan sardin cap ayam saiz tin besar berharga RM10.80. Di tempat kawan-kawan, berapa harga ikan sardin dalam tin?  Abang Farid selalu bertanya, macamana Mommy boleh masak ikan sardin yang sedap? Katanya, selalu Abang Farid cuba masak sendiri tapi tak sesedap masakan Mommy. Sebenarnya tidaklah sesedap mana pun masakan kita. Cuma, pada anak-anak sudah tentu air tangan ibu itulah yang selalu memenuhi selera.

Memandangkan Aseeyah masih batuk-batuk, Abang Farid minta jangan masak pedas. Jadi, Amie hanya hiriskan cili merah dan cili hijau sahaja. Amie tambahkan kentang. Abang Farid boleh rujuk resipi Tumis Ikan Sardin di bawah ini.

Tumis Ikan Sardin

Bahan-bahan:
  • 1 tin ikan sardin - saiz besar
  • 2 biji kentang - kupas kulit dan potong baji
  • 2 tangkai cili hijau - hiris
  • 1 tangkai cili merah - hiris
  • 3 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • 2 cm halia - hiris 
  • 1 sudu kecil pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan kentang, dan tambahkan sedikit air. Biarkan sehingga kentang empuk.
  3. Masukkan ikan sardin bersama sosnya.
  4. Masak seketika dan kemudian tuangkan bancuhan pati asam jawa.
  5. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Masukkan hirisan cili merah dan cili hijau.
  7. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
  8. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.
Telur Dadar

Sup Sayur Sawi, Cendawan Tiram & Udang.

Ikan Selayang Ekor Merah Goreng

Kicap Lada

Minta tolong Encik Suami buat sambal kicap untuk dijadikan cicahan Ikan Selayang Ekor Merah Goreng. Beginilah hasil kejadian kicap lada hasil air tangan Encik Suami.

Ikan Selayang Ekor Merah

Cantik betul warna merah pada ekor dan sirip ikan selayang @ ikan basung @ ikan sardin ini. Rasanya pun sedap dan manis berbanding ikan selayang yang biasa.

Kek Lapis Pandan

Duduk di dapur seorang diri, tenang-tenangkan hati sambil potong kek lapis pandan. Esok boleh bawa ke tempat kerja. 
Kedengaran pintu pagar dibuka. Encik Suami dan Firdaus sudah sampai.
Hai yang bernama sepi!
Pergilah jauh-jauh ke sanun!


23 comments

  1. Sudah biasa dengar riuh rendah, tentu sangat terasa bila semuanya hilang dari pandangan mata. Hanya masa dapat menghilangkan rasa sepi yang ditinggalkan.

    Saya dah agak lama bertukar ke sardin jenama Warisan, bukan dalam tin tapi dalam pek. Lupa pulak berapa harganya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tak pernah jumpa sardin jenama Warisan di LD. Kalau ada hendak cuba juga.

      Padam
  2. Allahu...hati seorang ibu pasti rapuh bila merindui keriuhan anak-,anak.
    Kicap lada air tangan En Majid tu nampak menyelerakan.
    Tetiba teringat judul sebuah filem
    " Sepi Itu Indah"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah baca novel Sepi Itu Indah.
      Eh, kalau tak silap filem Sepi Itu Indah ada arwah Nassier Wahab berlakonlah.

      Padam
  3. Salam Aidil Fitri Maaf zahir batin, riuh rendah tiba sunyi sepi memang terasa. Abang Farid merindui masakkan ibunya,, masak sendiri tentu tak sama. Terima kasih kongsi resepi, nak cuba jugak:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan BabyPose. Resipinya ringkas sahaja.

      Padam
  4. Sardin Adabi tin besar kat sini harga RM9. Sayu baca entri ni. Bila saya rasa sunyi, rindu anak, saya buat² sibuk. Sardin dengan telur dadar je dah buka selera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya harga di Sabah lebih sedikit berbanding harga di Malaya.
      Ya, saya pun suka sibukkan diri kalau rindu. Cuma masih terbayang-bayang kelibat anak-anak di setiap ruangan terutama di dapur!

      Padam
  5. Mudah-mudahan ada kesempatan berkumpul lagi 🤲
    Sy pun tumpang resepi Kak Amie ni ye...

    BalasPadam
  6. Sardin cap ayam kat area rumah SA RM9.80 kak amie...sedap plak tengok semua masakan kak amie tu...bila la SA akan dapat deria rasa SA semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, sardin cap ayam memang harga kayangan kan SA.
      Mudah-mudahan deria rasa SA kembali pulih.

      Padam
  7. Kak Amie, meh sini kita peluk.
    Mungkin macam tu la mak kita bila kita semua tinggalkan dia apabila dah temui kehidupan sendiri, kan.. semoga anak2 baik2 sahaja bila jauh dari ibunya.

    Kak Amie, sy kalau letak kentang dalam sardin, sy suka goreng dulu, pernah buat tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SK sudi peluk kita.
      Biasa juga saya goreng kentangnya dulu. Lagi lebih sedap saya rasa.
      Kali ini sekali harung masaknya.

      Padam
  8. Selamat hari raya, kak Amie, maaf zahir dan batin. Sardin ini memang sedap, tapi saya tak pandai buka tin-nya itu, macam tak ada tenaga pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga Naia.
      Ooo... susah buka penutupnya ya. Di sini penutupnya jenis tarik, jadi mudah untuk buka.

      Padam
  9. semua emak-emak mesti ada perasaan itu kalau anak-anak dah balik semula ke bandar kan kak. Betul lah kak mak kita masak apa pun semua sedap, kadang masak biasa pun tapi sedapnya. Kalau kat sini sardin cap ayam besar tu dalam RM 9.50 tak silap dana , sbb aritu ada beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita pun selalu teringat masakan emak kita walaupun sudah begitu lama ditinggalkan, dan jarang-jarang dapat menikmatinya.
      Dulu tidaklah sebegini mahak harga sardin cap ayam kan Dana.

      Padam
  10. Biasanya saya masak sardin bumbu sederhana saja..tomat,bawang putih dan cabai rawit ..makan pakai nasi hangat pun sedap terasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Woooo... ada cabai rawit tu yang bikin sedap kan.

      Padam
  11. sekali sekala kesepian di dapur best juga...dapat masak dengn lebih fokus

    BalasPadam
  12. hari tu tgk kat econsave sardin tin besar dlm rm9++... dlm hati ckp, sardin dah jd makanan org have have😁

    sedap pula sy tgk kek lapis tu kak

    BalasPadam
  13. Saya tak pernah guna asam jawa untuk sambal sardin.. selaunya perah limau sahaja selepas masak dan tutup api.. Nanti nak cuba bubuh asam jawa pula..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe