Rumah Terbuka Raya & Sambutan Ulang Tahun Bapa Saudara Ke-50
9:28 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Rumah terbuka raya kedua selepas beraya di rumah Gee, kami masuk kebun kelapa sawit ke rumah bapa saudara Encik Suami. Pada masa yang sama, mereka mengadakan sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke-50. Kira Jubli Emaslah kiraannya.
Perjalanan agak memakan masa kerana kebun kelapa sawit jauh ke dalam. Tapi sampai jugalah akhirnya. |
Rupanya ramai tetamu telah tiba. Kami agak terlewat kerana ke rumah Gee terlebih dahulu. |
Pelbagai jenis hidangan disediakan untuk para tetamu. Ada pecal. Ada udang masak sambal, itik masak palekko' dan sebagainya. |
Sebahagian tetamu lebih selesa berada di luar rumah kerana suhu yang panas apabila berada di dalam rumah walaupun banyak kipas angin dipasang. |
Perut kita sudah tidak ada ruangan lagi, jadi ambil sahajalah buah-buahan. |
Encik Suami sorong cengkarok dengan serondeng ikan pula! |
Aduhai.... inilah Itik Masak Palekko' yang menjadi rebutan tetamu. |
Tidak lama kemudian, hujan turun dengan lebatnya! |
Sempatlah kita menikmati butiran hujan yang jatuh ke muka bumi dan menjadikan suhu rendah! |
Selepas hujan, kek pun dikeluarkan untuk dipotong oleh Pak Lin & Mak Lin. |
Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-50 untuk Pak Lin (Haji Mohd. Indah bin Habib) dan Mak Lin (Hajjah Malina Cole). Semoga sentiasa sihat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. |
6 comments
Alhamdulillah sudah 50 tahun usia perkahwinan.
BalasPadamOh...ingatkan umurnya bapa saudara tu 50..hihihi
BalasPadamSemoga kekal bahagia hingga ke Jannah
Walau rumah di dalam kebun kelapa sawit pun rasa bahang juga eh kak.. rasa di mana2 pun sama panasnya. Harap hujan kebelakangan ni dapatlah turunkan suhu.
BalasPadam50 tahun bersama tp nmpk masih muda lg keduanya.. alhamdulillah
BalasPadamtahniah kepada pasangan Pak Lin dan Mak Lin...fuhh..jubli emas tu... kita yang baru belasan tahun kahwin ni kadang kadang nak pekup je muka suami dengan bantal time geram tu...hahahaa
BalasPadamkak cengkarok tu kerak nasi goreng ke? sedapnya semua menu tu kak itik tu tak pernah makan tu camne la rasanya
BalasPadam