Makan Tengah Hari di Thai Siam Cuisine

9:44 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Agak lama juga kami tidak singgah makan di Thai Siam Cuisine yang terletak di I-Peak Bussiness  Centre, Lahad Datu. Selalu jugalah kami lalu di jalan yang sama kalau hendak berbelanja di coldstorage berhampiran. 

Tengah hari tadi, kami berdua jalan-jalan cari makan di Thai Siam Cuisine. Kami memilih Set PHUKET saiz kecil, hidangan untuk dua orang. Harga kesemuanya berjumlah RM70.00 dengan minuman percuma, teh o ais limau.

Ketika makanan dihidangkan ke meja, memang tak sabar untuk mencicipinya. Nasi putih bersama lauk-pauk Set PHUKET yang sampai ke meja kami:
  • Ikan Putih Stim Limau ala Thai
  • Tom Yam Campur
  • Kailan Ikan Masin
  • Sotong Celup Tepung
  • Nasi Putih
  • Telur Bungkus
  • Teh O Ais Limau

SET PHUKET

Kailan Ikan Masin

Tom Yam Campur

Telur Bungkus

Sotong Celup Tepung

Banyak isi Tom Yam Campur. Puas makan dan hirup kuahnya.

Ikan Putih Stim Limau ala Thai ini pun sedap. Encik Suami suka hirup kuahnya.

Jenuh kami nak habiskan minuman Teh O Ais Limau walaupun saiz kecil!

Sewaktu makan, walaupun lauk-pauknya sedap tetapi terasa ada yang kurang. Namun begitu kami terus suap nasi ke mulut dengan lauk-pauk yang ada.

Sewaktu menulis entri, teringat resit bayaran yang kita simpan dalam dompet. Kita semak menu yang kami makan. Rupanya ada satu yang tertinggal iaitu Timun & Sambal Belacan! Ada tertulis dalam resit tetapi tidak dihidangkan di meja kami. Agaknya sama-sama terlupa. Pelayan restoran terlupa, kami pun tak ingat!


Teringat kalau makan di kedai mamak, mesti ada  seorang pekerjanya atau tuan punya restoran datang ke meja, tanya adakah makanan yang dihidang sudah sampai semuanya?

12 comments

  1. Dah lama tak makan di kedai makanan Siam. Kalau pergi ke sana memang lauk yang sama jugak jadi pilihan kiteorang.

    BalasPadam
  2. Kalau ada sambal belacan+ timun tu lagi sedap tu, pelengkap hidangan...

    BalasPadam
  3. Patutlah ada yang kurang eh.. sambal belacan!
    Kami kalau tapau kat resto siam pun akan request sambal belacan, rasa tak complete kalau tak ada sambal diorang tu 😁

    BalasPadam
  4. Sambal belancan kena ada kalau jenis yg makan pedas kan. ehh.. bekas teh o ice limau tu unique sangat lah. menarik sungguh.

    BalasPadam
  5. sedap nampak semuanya tu kak, akak pun tak ingat sambal belacan tu sebab semua lauk yang macam-macam tu...

    BalasPadam
  6. Saya tak kisah kalau takde sambal belacan. Tapi suami selalu minta, kalau tak dihidang bersama.

    BalasPadam
  7. Berbaloi set ni RM70.. agaknya Kak Amie & suami tak kisah makan tak ada sambal belacan, sebab tu tak perasan ia tak dihantar ke meja, hihi. Kalau kami, tak ada sambal belacan, boleh kena pancung! Hahaha.

    BalasPadam
  8. waduhhhh kailan ikan masinnnn sedapnyaaaaaaa

    BalasPadam
  9. sedap menu Siam ni rasa masam manis pedas semua ada

    BalasPadam
  10. Wah,nampak sedap menunya..kalau kena yang pakej macam ni senang nak bajet
    Bekas teh O ais tu kalau kat sini panggil
    "air tower"

    BalasPadam
  11. sy rasa sangat2 berbaloi harga tu. ikan putih stim tu wallaweiiiiii👍👍👍👍

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe